Sunday, July 17, 2011

Selembut Kasih Jamal #2


Pemuda itu masih senyap, tidak menghiraukan teguran Jamal Ariffin Mohsin. Jamal Ariffin Mohsin agak berang dengan tingkah laku pemuda tersebut. Sebelum ini tidak pernah lagi orang tidak menyahut seruannya. Selalunya apabila dipanggil, semua akan menyahut kembali, tetapi tidak bagi pemuda ini. Jamal Ariffin Mohsin menegur sekali lagi..

“Bro, dengar tak gua tanya ni. Kenapa main dam sorang-sorang?”

Seketika kemudian pemuda itu berpaling, lalu memandang Jamal dengan pandangan biasa. Sambil mengesat peluh di muka menggunakan tisu Premier yang disimpan di koceknya, pemuda itu menjawab :

“Oh, Jamal Ariffin Mohsin rupanya. Minta maaf kerana tak sedar kau di sebelahku. Maklumlah, aku perlu benar-benar bersedia sebelum berlawan dengan orang lain. Aku risau jikalau aku tak bersedia sepenuhnya, nanti yang lain akan memperalatkan aku jika aku bertemu dengan mereka. Yang paling aku risau, aku kena 4-step checkmate.”

“Sejak bila dam aji ada 4-step checkmate? Sejak bila lu tahu nama gua?”

“Adakah kau yang tak tahu pasal 4-step checkmate ataupun aku yang tak tahu asal-usul step itu? Ahh lupakan saja. By the way, nama kau kan famous dalam kelab nih sejak adik saudara kau dah jadi terkenal di website vimeo. Semua orang sibuk nak mula bertanya pasal adik saudara kau tu dekat kau. Masing-masing bangga nak beritahu kawan masing-masing yang mereka kenal dengan abang saudara kepada ahmadmustajap, pengarah filem pendek tu, merangkap adik saudara kau. Adakah benar kau tak sedar akan keadaan ini? Ataupun saja-saja nak tunjuk rendah diri? Ahh kalau kau rendah diri pun, yang naik nama nanti ahmadmustajap juga, bukan kau. “

“Betul lah, memang gua tak sedar.  Bila masa adik saudara gua pandai guna laptop pun gua tak sedar, inikan pulak dah pandai guna vimeo. Dah selangkah jauh daripada gua yang hanya tahu guna yotube. Setahu gua, gua cuma ajar dia cara on off laptop saja dulu, itu saja. Ohh dah terkenal beliau sekarang ye. Hmm beliau mengarah movie apa sampai terkenal sangat tu?”

“ Deodorant”

“Pergghh. Movie Deodorant?! Gua pernah dengar juga pasal movie tu. Tak sangka tu buah tangan adik saudara gua. Pergghh ini perkara serius ni. Gua rasa bangga.”

“Kalau aku pun aku bangga. Hmm by the way, yang kau dok tercegat dari tadi tu kenapa. Marilah join aku main dam ni. Tapi kau duduk sebelah je la, sebab aku masih tak bersedia nak lawan dengan orang lain. Kau duduk pun senyap je, jangan kacau step aku. Jangan cuba member pendapat, sebab ni sesi critical thinking. Otak aku yang diperlukan untuk berfikir, bukan otak kau.”

“Okay. Lagipun gua nak berfikir cara-cara nak promote ahmadmustajap ni. Kebanggan family tuh.”

Jamal Ariffin Mohsin duduk sebentar, kemudian bangun dan berlegar-legar di sekeliling kelas itu. Suasana masih lagi sunyi, betul-betul mengikut susana dalam Sims 3 ketika sims sedang bermain chess. Masing-masing sungguh khusyuk, mungkin berniat untuk menaikkan level masing-masing yang muncul di atas kepala, juga meniru budaya game Sims 3. Jamal Ariffin Mohsin masih berlegar-legar, kemudian mata beliau terpaku pada notis kenyataan di sebelah pintu masuk.

‘Pembahas Terbaik Peringkat Universiti Tempatan’.

Jamal Ariffin meneliti dalam-dalam biodata pembahas terbaik itu. Hebat. Beliau kelihatan amat hebat dengan pencapaian serta anugerah-anugerah yang telah beliau terima sepanjang penglibatan beliau dalam arena perdebatan di universiti. Jamal Ariffin Mohsin bagaikan terpukau membaca biodata pendebat tersebut. Secara tiba-tiba beliau berpaling dan menjerit ;

“Siapa Mokhtar Shaarie bin Eunos. Anyone?”

Semua orang kelihatan terkejut dengan teriakan Jamal Ariffin Mohsin. Masing-masing mengangkat muka daripada papan dam, dan memandang tepat kearah Jamal Ariffin Mohsin. Jamal Ariffin Mohsin berasa seperti beliau dibebani oleh satu tanggungjawab yang amat berat, bagaimana mahu dibalasnya setiap pandangan orang itu. Di dalam kelas itu sekarang ada lebih kurang 30 orang ahli, tak sempat rasanya jika beliau mahu membalas setiap satu padangan sambil tersenyum, seperti yang biasa dilakukannya ketika bertemu dengan orang lain.

“Anyone? Gua saja nak tau.. terbaca pasal dia ni.. hehe”

‘Hehe’ Jamal Ariffin Mohsin kelihatan tidak mampu untuk menghilangkan mood serius semua orang.

“Hehe..” sekali lagi Jamal Ariffin Mohsin mencuba..

Kemudian semua orang serentak berpaling ke suatu penjuru di kelas tersebut. Masing-masing memandang.. kearah lelaki yang ditegur oleh Jamal Ariffin Mohsin sebentar tadi.

“Hoi, sahutlah orang panggil nama kau tu!” jerit seorang lelaki di situ.

“Hoi, sudah-sudahlah tu berpeluh!” sambung sorang remaja perempuan lain.

Jamal Ariffin Mohsin cuba menenangkan suasana yang agak tegang itu. Beliau meminta semua orang agar bertenang dan menyambung sesi critical thinking masing-masing. Suasana kembali sunyi. Mata semua orang terarah kembali ke papan dam.

“Checkmate!” jerit seorang lelaki memakai baju kuning yang agak kotor.

Jamal Ariffin Mohsin semakin keliru. Beliau benar-benar buntu. Jamal Ariffin Mohsin terus keluar daripada kelas itu, dan menuju ke keretanya. Masuk sahaja ke dalam kereta, beliau terus mengeluarkan Samsung Galaxy nya. Satu-persatu kajian dijalankan tentang tempat sebenar checkmate, di papan dam aji atau di papan chess. Beliau benar-benar pasti beliau betul sekarang. Kereta dihidupkan dan beliau terus berlalu.

Beliau mungkin terlupa sesuatu yang penting..

Bersambung..

No comments: