Saturday, July 9, 2011

Selembut Kasih Jamal #1


“ Bang, saya rasa dompet ni abang punya. Saya ada terjumpa dekat tepi swimming pool tadi.”

Menyeluk poket belakang Levi’s 501 beliau dengan serta-merta.

“ Weh terima kasih lah. Macam mana lu tahu ni gua punya?”

“ Saya jumpa, lepas itu terus buka dompet. Maaflah buka tanpa keizinan. Saya buka dan cari IC terus.  Dah jumpa tu saya tengok lah muka pada IC tuh. Mula-mula saya ingat Saiful Malaysian Idol, tapi lepas baca nama yang tertera bukan pula. Pandang-pandang keliling, ternampak abang. Muka relax je, tak sedar gamoknye wallet dah entah ke mana. Tengok punya tengok muka sah-sah lah abang punya dompet ni. Betul la abang kan, Jamal Ariffin bin Mohsin?”

“ Ha, gua lah tu. Tengok gambar dalam tu pun lu boleh tahu tu gua, cuma gambar lesen kereta tu je lain sikit. Lu pun tahu kan, mana ada orang dalam Malaysia ni yang gambar lesen kereta dia macam muka dia.  Kalau tak gambar tu dihitamkan, gambar muka macam tengah kemurungan. Antara dua tu. Gua betul-betul berharap kerajaan Malaysia bagi gambar lesen stylo macam profile picture Facebook. “

“ Betul juga tu bang. First time saya tengok kakak saya tak bergambar bibir dia muncung, dekat lesen kereta dia lah tu. Patutlah sampai sekarang tak bawak kereta, mungkin frust agaknya dengan gambar tu. Lesen P dia dah habis dah pun, dah lesen penuh dah. Sampai sekarang tak bawak kereta lagi. Nak kata kereta tak cukup, ada 5 buah kat rumah tu. Orang dalam rumah ada 4 je. Saya pula baru lesen L. Lambat lagi nak test lesen. Ada ke patut sekolah memandu tempat saya belajar tu, masa belajar guna Kancil, masa nak test guna Kelisa. Mau tak gugup saya nak pergi test!”

“ Lu masuk sekolah mana? Memang mencabar betul kalau sampai macam tu sekali. Gua dulu ok je, masa belajar pakai Kancil, masa test JPJ pun Kancil. Sebab tu sampai sekarang pun gua pakai Kancil ni, sebab itu je yang gua tahu bawa. Gile hape member gua suruh beli Perdana. Mana gua pernah test bawa kereta tuh. Mau tak gugup gua bawa nanti!”

“ Perghh Perdana susah tu bang nak bawa. Saya Kelisa pun tak lepas, inikan pulak kalau disuruh bawa Mercedes mata bulat kat rumah saya tu. Perghh kalaulah selepas saya lulus test JPJ nanti, papa saya suruh bawa kereta tu, mau makan dalam bang! Terasa tu! Memang betul-betul nak menjatuhkan maruah saya tu!”

“ Walaupun makan dalam ke apa ke, lu jangan nak melawan pulak ayah lu tu. Dia tetap ayah lu, faham. Tolak cara baik lah kalau dia suruh bawa Mercedes tu. Cakap je lu orang tiada keyakinan diri, kurang motivasi serta didikan ibu bapa. Ahhh gua silap. Kalau lu sebut kurang didikan ibu bapa mau makan penampor sampai terkoyak urat leher lu kang, lalu mengakibatkan pendarahan dalaman. Jangan main-main.  Eh gua lupa pulak gua ada hal tadi. Seronok pulak berbual dengan lu ni. Gua gerak dulu la ye. Gua join Kelab Bahas kat kolej gua tu, harini katanya ada buat sesi critical thinking, dengar cerita lawan dam aji sesama ahli kumpulan. Kalau gua terlepas game tu kang, sampai bila-bila pemikiran gua tak mencapai tahap kritikal. Risau jugak ibu bapa gua di kampung nanti. Ok, chow dulu. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.. oh by the way, nama saya…”

Jamal Ariffin Mohsin terus berlalu, tanpa berpaling.. sambil bernyanyi perlahan lagu ‘Tak Mungkin Berpaling’, dengan hanya menyanyikan part Mawi, dan senyap ketika part Zamani.

Jamal Ariffin Mohsin tiba di perkarangan parking kolej beliau. Kawasan letak kereta hampir penuh, dengan hanya sepetak sahaja lagi yang kosong, diapit oleh sebuah kereta Waja dan Chevrolet. Semasa hendak meletakkan keretanya ke petak kosong itu, Jamal Ariffin Mohsin tersenyum sendirian memikirkan signifikannya kereta beliau diapit oleh kereta Waja dan Chevrolet. Jamal Ariffin Mohsin tersenyum lagi beberapa saat kemudian, memikirkan yang beliau masih tak dapat memikirkan signifikannya kereta beliau diapit oleh dua buah kereta tersebut. Akhirnya beliau berhenti tersenyum setelah beliau beliau mendapati bahawa sepanjang perjalanan beliau sejauh 6 kilometer tadi, beliau terlupa untuk membuka radio.

“Macam mana aku boleh terlupa perkara wajib ini..”

Jamal Ariffin Mohsin mengangkat hand-break. Padu sungguh angkatan beliau. Kemudian perlahan beliau menekan punat radio, dan memusing punat volume hingga ke angka 10, dan mula mendengar radio.  Tak sah hidupnya kalau tak mendengar radio untuk sehari itu. Sesi critical thinking Kelab Bahas terpaksa dilewatkan seketika..


***

Keadaan di dalam kelas sunyi sepi, yang kedengaran hanyalah bunyi penghawa dingin yang sangat dingin, serta beberapa bunyi dahi yang berkerut. Bayangkan betapa senyapnya kelas itu, sehinggakan dahi berkerut pun boleh didengar bunyinya. Semua ahli persatuan sedang sibuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam perlawanan dam aji. Ada juga kelihatan seorang ahli yang sudah duduk mencangkung di atas kerusi dek kerana terlalu kritikal memikirkan gerakan-gerakan seterusnya, serta memikirkan cara untuk mengelakkan buah dam pihak lawan daripada dinaikkan pangkat sebagai haji. Kehadiran Jamal Ariffin di dalam kelas tidak dihiraukan sesiapa pun. Hati Jamal Ariffin Mohsin sayu mengenangkan nasib beliau..

Jamal Ariffin Mohsin kemudian terlihat seorang pemuda yang sedang duduk bermain dam aji di suatu penjuru di kelas itu. Pelik. Amat pelik. Baju beliau habis basah, berpeluh. Tangan terketar-ketar. Beliau kelihatan sangat serius, menumpukan sepenuh perhatian terhadap papan dam aji di hadapannya, sambil memegang sebiji buah dam di tangan dan mencuba beberapa gerakan, kemudian tidak pasti lalu meletakkan buah dam dan kembali berfikir. Jamal Ariffin Mohsin mendekati pemuda itu..

“Bro, kenapa main dam sorang-sorang ni?“

Bersambung..

No comments: