Friday, December 17, 2010

bangun subuh.

ASSALAMUALAIKUM

Time gua sekolah2 dulu, antara benda paling ditakuti yang berlaku sepanjang hari ialah bangun subuh. Benda ni memang gua syak berlaku di mana2 sekolah asrama di seluruh dunia islam. Budak2 zaman sekolah memang paling takut kalau bangun subuh lewat. Dan kategori yang banugn subuh lewat ni ade 2 golongan. Golongan pertama ialah golongan musolla ataupun golongan yang seimbang peratusannya antara senior dan junior. Golongan ini memang takut untuk bangun lewat subuh kerana risaukan pahala yang akan dapat nanti sedikit berbanding pahala orang yang berjemaah di awal waktu serta pahala saf depan. Golongan ini juga selalunya akan berkopiah pada waktu subuh serta memakai kain pelikat ketika solat. Golongan yang kedua pula terdiri daripada golongan yang takutkan denda serta hukuman yang bakal menimpa jika turun subuh lewat. Dan golongan ini kebanyakannya terdiri daripada golongan berseluar hijau dan baju x bergosok di sekolah gua. Bagi golongan berseluar hitam, perkara2 seperti takut lewat subuh kerana takutkan denda ini hanya akan terjadi pada waktu2 tertentu sahaja. Satu lagi, golongan ini selalunya tidak berkopiah di waktu subuh kerana risaukan rambut yang telah disisir rapi akan rosak dibawa arus kopiah.
Seperti yang telah gua mentionkan tadi, hanya ade kes2 tertentu sahaja yang akan menyebabkan abang2 senior [golongan berseluar hitam (zaman dulu seluar putih)] kat sekolah gua menjadi takut lantas turun awal untuk solat subuh. Kes tersebut x lain dan x bukan ialah gerakan “mari bangun subuh dan bersolat jemaah bersama warden” ataupun singkatannya, MBSBJBW. Program amal ini selalunya berlaku pada hari2 persekolahan dan amat rare sekali jika berlaku pada hari2 minggu. Jika berlaku pada hari minggu pun, itu bermakna program amal itu berjaya mencapai jumlah pengunjung musolla yang terlampau sedikit sepanjang hari minggu itu. Watak2 penting dalam program terdiri daripada beberapa orang yang namanya akan di listkan sebentar lagi. Tanpa mereka ini, siapalah program amal ini. Dan lebih penting, hanya dua saf sahajalah sembahyang rakaat pertama imam pertama subuh.

Cikgu samat
Cara beliau menyempurnakan program amal ni amat menarik. Mula2, semua dorm akan dijelajahnya. Time ni la, budak2 f1 dan f2 gelabah kerana dikejut oleh warden, kerana sepatutnya mereka dikejut oleh jam loceng dan rakan katil atas masing2. Maka time2 begini keadaan tandas di floor f1 akan hiruk-pikuk dengan jerit pekik pelajar f1 mandi. “tok! tok! tok! cepatlah, anta dah mandi lama sangat dah ni. Bagaimana dengan giliran ana?!” Berlainan pula dengan lain2 floor. Tandas masih juga penuh, tetapi kurang sesak kerana hanya dipenuhi pelajar f2 dan golongan pertama yang takutkan lewat subuh. Sementara yang lain masih tidur2 ayam di atas katil. Kenapa tidur2 ayam? Sebab masing2 kene timing elok2, biar time cikgu samat ronda sekali lagi, masing2 buat2 baru nak turun dari katil, baru selak selimut yang setelah puas cuba menyelak selimut selimut dari time first cikgu samat ronda sebab selimut tebal sangat, dan macam2 lagi. Ade jugak yang buat2 baru terjumpa tuala, kerana konon2 terlupa warna tuala sendiri akibat tidur terlampau lama serta macam2 lagi. Namun begitu, sebenarnya cikgu samat sentiasa berjaya membuatkan semua turun subuh sebab pintu gate akan dikunci dan sape2 lewat kene rotan. Xpun, kene dimerit. Untuk yang men nyorok2, cikgu samat akan naek semula ke setiap dorm lepas kire sampai seratus sambil tutup mata untuk carik sape yang nyorok. Orang yang first beliau jumpe, kene jadik tukang carik orang nyorok lak, cikgu samat lak nyorok2. Begitulah game nya sampai time perhimpunan.

Cikgu hussain
Yang ni agak terbaekk. Habis semua mende sepanjang perjalanan beliau akan diketuknya. X kira lah benda itu bersifat buatan manusia ataupun manusia itu sendiri. Jadi, berhati-hatilah..

Ustaz zakaria dan cikgu sahizam
Gandingan ini pernah memenangi best dua/group artists kat shout awards. Namun, dari segi kejut subuh, gandingan ini memang terbaik. Selalunya, cikgu sahizam akan bertindak lebih awal iaitu dengan meronda di sekitar asrama pada pukul 2-3 pagi untuk memastikan semua orang dah tertidur. Ini bagi memastikan tiada masalah social berlaku di malam2 hari serta semua orang mampu bangun subuh seawal mungkin pada waktunya. Time subuh, gerakan ini akan diambil alih oleh ustaz z. gerakan beliau agak pantas, sepantas rotan di tangan. Beliau mampu mentawaf asrama dengan jangka masa yang pendek sahaja, sehingga menyebabkan tiada siapa yang mampu untuk berpura-pura tidur setelah dikejut kali pertama. Jika ade yang masih sempat berpura-pura, nescaya mereka akan terkena libasan padu jerangkap samar oleh ustaz z kerana tersalah timing. Gerakan due warden ini jugalah yang menyebabkan ramai x mandi untuk solat subuh dan akan curi2 naik lepas solat. Tapi, kadang2 diberi kelepasan naik jugak kerana risaukan bau yang menonjol-nonjol ketika perhimpunan nanti. Tapi yang paling penting, gerakan dua warden ini akan ditutup dengan jayanya oleh pelajar2 di kelas masing2 apabila seorang demi seorang mendedahkan kepada rakan2 sekelas masing2 lebam2 dan birat2 di kaki akibat dirotan. Kalau makin ramai yang tunjuk birat, makin berjayalah majilis penutupan gerakan itu.

Cikgu razak
Ni yang paling otai. X perlu gunakan rotan, cuma gunakan kelebihan dan kekuatan vocal yang ada. Cuma kadang2, perlu gunakan sedikit teknolongi seperti pembesar suaré ataupun héller(gua tatau nak eja). Kalau time cikgu razak, selalunya ramai yang akan bangun terkejut dan terus berlari ke bilik mandi. Ada juga yang terkejut sehingga terjerit2 melawan balik. Itu semua akibat gerakan minda separuh sedar akibat terlalu terperanjat. Namun begitu, bagi yang mahir, time cikgu razak adalah time terbaekk bagi mereka yang ingin menguji skill menyorok. Tapi awas, jika dijumpai, nahaslah anda…
Ramai lagi warden yang ada, tapi gua dah x larat nak detailkan satu persatu. Yang atas ni pun x detail, sebab gua x citer pasal sebarang peristiwa yang berlaku sepanjang warden2 ni kejut subuh. Apa2 pun, hari jumaat hari yang paling best. Imam baca surah yang panjang, lame sket boleh lepak kat atas, x perlu terkejar-kejar..

1 comment:

katatelus. said...

ahah!
taktik yg same ntok ari jumaat..