Wednesday, March 17, 2010

zaman ini..

Assalamualaikum dan salam 1 mesia..



Apabila ditegur, reaksi biasa ego kita adalah untuk tersindir dan defensif. Kita terasa seperti maruah kita dipertikai dan mesti dipertahankan, mengakibatkan kita menyerang mereka yang menegur.

Berapa di antara kita cukup rendah hati untuk menerima kritikan dengan terbuka dan ikhlas?

Saya sendiri mengaku tidak senang, terutamanya jika teguran itu disampaikan dengan kasar.

Walaupun begitu, tidak mungkin kita dapat menambah baik diri kita tanpa mendengar dengar berbuka hati apa yang dikatakan tentang diri kita — barulah kita boleh menilai secara adil sama ada kritikan itu benar atau tidak.

Kebelakangan ini, nama Malaysia seringkali terdengar di media dunia — tetapi malangnya, dalam cahaya yang cukup negatif.

Subjek kritikan yang diterima Malaysia termasuk serangan ke atas tempat-tempat ibadat, hukuman sebat kepada Kartika dan tiga perempuan muda, serta perbicaraan Anwar Ibrahim.

Pihak-pihak kerajaan telah mempertahankan dengan agresif kewibawaan kerajaan serta sistem kehakiman di negara kita. Ada yang puas hati dengan pendirian kerajaan, manakala ada yang terasa kerajaan Malaysia bertindak seperti jaguh kampung di komuniti antarabangsa.

Untuk menilai kritikan-kritikan yang diterima Malaysia kebelakangan ini, kita terpaksa melepasi ego dan berfikir dengan tenang mengenai intisari hujah-hujah yang dibawa oleh para kritik.



" Adek...oooo.. adek...!! "


ooooppsss...

sori sori..mak saya panggil..


" pegi kedai tolong mak beli rempah ayam Babas ngan santan separuh...

ade duit lebey 5 posen..beli la choki choki ngan ais pop, jangan gatal2 nak beli mainan Ding Dang...

nek besikal slow2 sikit..nanti rantai jatuh..

cepat sikit ye... "


oh..anak yang baik mendengar kata..

saya terpaksa pegi kedai jap...

nanti balik saya sambung lagi..

kkk, chow..

2 comments:

wanna said...

sambung cepat!!! hihihi

dodol said...

apemende la yg ko cube mengarot nih syaitann!!..ahahaha