Tuesday, March 23, 2010

BehindTheScene video clip IN-TIM

assalamualaikum

tajuk je dah poyo..bunyik cam program tv astro channel E! 712 r lak.. macam r IN-TIM ni merupakan satu fenomena industri hiburan masa kini yang menjadi kegilaan golongan kapitalis berkehidupan mewah yg hidup di bandar2 besar seperti KL n JB..ohh mustahil same sekali perkare itu berlaku..

"wei, IN-TIM ni haiwan ape?" soal Puspawaty Rameloo, wartawan dari rancangan Aduan Rakyat ketika mejanya dipenuhi aduan daripada masyarakat Labu, N9 suatu ketika dahulu..

IN-TIM merupakan satu kumpulan muzik berasal dari seoul, korea dan sekarang mula mencuba nasib untuk menembusi pasaran muzik malaysia setelah album ke-37 mereka bertajuk ' kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi' tidak berjaya mendapat sambutan di korea hasil daripada kemunculan pesaing yg ramai seperti wonder girls yg mmpunyai lagu yg lebih catchy.. dan juga sebab utama album mereka tidak laku di sana adalah mungkin kerana masyarakat korea tidak mengamalkan pengambilan nasi dalam kehidupan seharian mereka..

lalu berbekalkan semangat yg jitu, mereka berlima iaitu nizam, meghe, ayat, awi dan ucop bersama-sama mak andam mereka merangkap pemegang ijazah seni halus titik-titik urutan muka, afiq syahmi bertekad mencuba nasib di malaysia dengan menjadikan smap labu sebagai pangkalan mereka meluaskan empayar muzik mereka..lalu terhasillah single terbaru mereka untuk album yang ke-38 bertajuk 'lilin seorang guru'.

bercakap kepada pemberita ketika diajukan soalan, pengarah video muzik lagu ini yang hanya mahu dikenali sebagai 'penyelamat artis sampah' menegaskan bahawa penghasilan video klip ini merupakan antare yg paling mencabar dalam kariernye kerana lagu yg didendangkan perlu diteliti dengan halus bagi memastikan mesej yg akan disampaikan kepada penonton dapat dihayati sepenuhnye..ditambah lagi dengan wajah2 artis yg sememangnye 'kayu' untuk menghayati lirik..
'menghasilkan klip video GREENDAY lebih mudah', ujarnya lagi yg pernah memenangi anugerah utk kategori pengarah paling hancuss dalam AIM 08..

penghasilan klip video ini sebenarnye memakan masa 7 hari kerana perlu disiapkan sebelum sambutan hari guru sekolah.. proses mmbuat vid ni memang penuh dengan keseronokan disamping sekali-sekale bermain dengan emosi..scene 1st yg berjaya dirakamkan adalah disekitar hutan di taman ge0grafi sambil barisan penyanyi korea ini memakai baju batik sekolah..scene ni hanye mengambil mase yg pendek sahaja kerana masing2 masih bersemangat..cume mane-mane scene yg melibatkan ayat perlu dirakam lebih daripada 2 kali kerana malu berhadapan dgn kamera katenye.. bla r!! haha

macam2 lg sebenarnye perkara yg kelakar terjadi..ade antaranye peyanyi kumpulan ini yg memiliki vokal iras2 jaclyn victor iaitu awi terpakse dikejutkan bangun dari tidur d tgh2 malam utk sesi shooting, yg akhirnye scene itu x dimasukkan pun lam vid kerane environment yg gelap..(gua ckp envirnonment ye, bukan diorang).. ade jugak sesi shooting lam kelas bersame adib yg kononnye sdg sibuk bertanyekan prinsip arhimedes dan kaitannye dengan kapal selam terbaru TLDM kepada cg elias.. cume tyme ni sume artis cam malu2 sket kecuali nizam yg hambar kerana pengambarannye disaksikan ramai peminat wanita..n byk lagi..

lastly, thx to everyone who making this vid successfully.. n yg pastinye vid ni berjaya mdapat sambutan luar biasa semasa tayangan perdana time sambutan hari guru.. selamat maju jaya IN-TIM!! haha..


saksikanlah kehambaran mreka....!!!

4 comments:

daQ farazdaQ a.k.a sambal~petai said...

Assalamualaikum.
Taniah kpd IN-TIM.
anda sume layak sebagai finalist jantan macho...
sukar utk wat pilihan krn sumenyer nampak baik+beriman...amat payah utk wat keputusan...
kan malu 2 sbhgn drpd iman...jd bagus la bagi yg masih malu2x dlm klip videO nih...(ayat...meghe)
dan bg yg sudah berani...Nizam..ucOp dan Awi..smmg nyer Allah suka org Islam yg kuat@berani...gunakan lah semangat ini sbg mujahid Islam
last kOmen...krg pencahayaan..tp x pa krn penuh penghayatan...huhu~
cOntact saya ika ingin m'dptkn lbh byk advices,k!

FatinMeester21 said...

lawak

servant said...

malu+berani=macho!

servant said...

sokong...kurang pencahayaan..(x jelas sgt)
tapi.....penuh penghayatan..teringat lak tym hari guru...isk...isk...