Thursday, October 7, 2010

syafiq aiman.

ASSALAMUALAIKUM



kisah chinta syafiq aiman masih tidak berpenghujung. syafiq aiman masih mengharapkan maria, kekasihnya itu untuk kembali bersamanya. memang, mungkin maria sudah melupakannya pun sekarang ini, namun syafiq aiman masih mengharap. mengharap maria kembali kepadanya.. namun, setelah 4 tahun menuai cinta, syafiq aiman sudah kembali sedar. x perlu lagi dia setia kepada wanita yang menikam belakangnya. dia perlu maju kehadapan, mempersiapkan diri menghadapi dajjal laknatullah. bukti freemason ada di mana2, tapi mengapa maria juga yang dikejarnya. ya! syafiq aiman mahu berubah. mulai saat ini. syafiq aiman akan menjadi syafiq aiman yang baru. yang lebih segar, kontemperari, maskulin, bergaya, dan berkarisma.

hari ini hari pertama syafiq aiman memulakan kehidupan baru.beliau sudah mahu melupakan segala episod duka. beliau juga sudah bertekad, ingin menerapkan segala nilai2 positif dalam dirinya. pemurah, zuhud, bertanggungjawab, cukup tidur, pandai memasak, dan macam2 lagi. kereta bugatti veron berwarna keemasan yang dibeli bulan lepas di startkan enjinnya. panaskan enjin sebentar. sudah 4 tahun kereta tidak bersentuh kerana terlalu sibuk memikirkan tentang maria. dibukanya pintu kereta. berlari berterbangan tikus2 dan kelawar2 di dalamnya. syafiq aiman tersenyum. dicarinya kain buruk di sekitar itu. tiada. dia membuka kemeja Burberry yang dipakainya. dilap segala kekotoran yang ada di dalam kereta. umm bersih sudah. dia masuk kembali ke dalam rumah. memakai kemeja baru. sedang ingin masuk ke dalam kereta, dia ternampak kesan kotor pada sport rim kereta. dibukanya kembali kemejanya. jenama louis vutton. kesan kotor dilap. masuk kembali ke dalam rumah. memakai kemeja baru. kali ini buatan tangan tukang jahit robinson. tertera nama robinson di kolar. sekali dengan nombor dobi, yang syafiq aiman tulis dengan marker pen biru. syafiq aiman pergi ke enjin. diletakkan pipinya pada enjin kereta. melecur. baiklah, enjin sudah panas. syafiq aiman memulakan perjalanan.

di dalam kereta, syafiq aiman membuka frekuensi radio. hotfm. fara fauzana sedang lantang berbicara dengan faizal ismail tentang krisis kebuluran dan bencana alam di somalia. berat sungguh topiknya. seorang pemanggil menelefon. menceritakan pula tentang bencana alam di somalia yang meragut maruahnya selaku lelaki. tiba-tiba, panggilan pemanggil itu diputuskan. mencarut agaknya. sedang asyik memandu, tibe2 hotfm memutarkan lagu hit, serunai malam. tersedak sebentar syafiq aiman. dilanggarnya bumper jalan. tiang lampu terjatuh. seorang nenek cedera terseliuh terpijak kulit pisang. sebuah proton saga melambung ke udara mengelak tiang lampu lalu jatuh tepat ke atas seorang mamak yang sedang membuat panggilan ke china di telefon awam "smile". syafiq aiman cuba bertindak cool. dikawal kembali stereng keretanya. lincah pergerakannya. jalan raya kembali tenang. ditoleh ke belakang. pekerja tnb sedang menaikkan kembali lampu jalan yang tumbang. syabas. cekap sungguh mereka membuat kerja.

syafiq aiman menukar frekuensi radio. geli urat belikatnya mendengar lagu serunai malam itu. sekarang di sinarfm. salih yaacob sedang berbicara. geli hati syafiq aiman mendengar salih yaacob berbicara tentang senario politik di negara kemboja dan kesannya terhadap perkembangan otak si manja enfagrow. cukup sinis bunyinya. ditambah dengan lawak jenaka kak engku yang sibuk mengatakan bahawa ribena double twist mampu merawat masalah jeragat di muka. syafiq aiman berhenti sebentar di 7 eleven. dibelinya ribena double twist sedozen. terkejut penjaga kaunter. penjaga kaunter itu menegurnya, " buat apa ni, merawat masalah jeragat di muka?". syafiq aiman malu. diletakkannya kembali ribena. diambil surat khabar kosmo. bayar. blah.

masuk kembali ke dalam kereta. terkejut. sekali lagi lagu serunai malam. ya Allah! dibukanya surat khabar kosmo. gambar dr rozmey mempromosi filem 2 alam dijangka hit rm40 juta. ya Allah! syafiq aiman tersedak kembali. tangannya tertekan hon. piiiiiinggggggg!! penjaga kaunter mati terkejut. seorang pekerja warga myanmar yang sedang tidur di tingkat atas bangunan 7 eleven terkejut lalu bangun dan meluru ke tingkap. terus melompat ke bawah. jatuh ke atas sebuah van kilang yang membawa 7 pekerja. telefon awam runtuh. tekejut agaknya. syafiq aiman melarikan tangannya dari hon. uhh lega. tiba2 datang seorang melayu tua. memarahi syafiq aiman. syafiq aiman keluar dari kereta. ohh rupenye laki tua itu memarahinya kerana tidak membeli ribena twist itu tadi. boss 7 eleven rupenye. syafiq aiman masuk 7 eleven. beli ribena twist. kali ni bukan sebab masalah jeragat. sebab hormat lelaki tua itu. syafiq aiman start kereta. blah. ditolehnye ke belakang. pekerja telekom sedang membaiki telefon awam. sekali lagi syafiq aiman kagum. pantas dan cekap perkhidmatan di malaysia..

syafiq aiman meneruskan perjalanan. kadang2, kelihatan beberapa buah bmw dan lamborghini bertembung sesama sendiri di kiri kanannya. letupan kuat terhasil. mungkin masing2 cemburu dengan bugatti veron nya. sambil memandu, syafiq aiman menoleh ke belakang. bomba dan jpa sedang sibuk menguruskan kemalangan. ditolehnya ke hadapan kembali. polis trafik secara tiba2 datang dan menguruskan trafik akibat kemalangan. tiba2 banyak kereta melalui jalan itu. meramai dan mensesakkan jalan. bagi mengelakkan polis trafik syok sendiri sebab sebenarnya jalan tu kosong. sekali lagi syafiq aiman kagum. sekarang, syafiq aiman sedang menuju kembali ke rumahnya. syafiq aiman memecut laju. melalui kawasan berbukit-bukau. syafiq aiman terfikir, mengapa rumah orang2 kaya seperti nya ni selalu diletakkan di kawasan berbukit-bukau? huh. ttibe syafiq aiman tersedar. dia sudah berjanji kepada dirinya untuk bersikap positif, zuhud. dipecutnya laju2 kereta bugatti veron beliau terus ke dalam gaung. nyaris sebelum hendak masuk ke dalam gaung, syafiq aiman membuka pintu keretanya dan melompat keluar. sempat! syafiq aiman cepat2 berdiri. dilihatnya kedalam gaung. seekor naga ttibe datang dan memakan kereta nya. puas hati beliau..

syafiq aiman kemudian berlari ke rumahnya. jauh. 16.743 km memanjat bukit yang curam. beliau perlu sampai awal. laju dia berlari. dia berpeluh kuat. terik matahari di malaysia. x seperti di croatia tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. riak lagi. disebabkan terlau berpeluh, dia membuka baju kemeja robinson nya. seluar juga dilucutkan. keadaannya sekarang dengan singlet dan boxer mirip pelari pecut jamaica, astaga powell. makin laju pergerakannya sekarang. mirip astaga powell juga. syafiq aiman sampai di hadapan rumahnya. lelah dan penat. beliau mengambil alat bantuan pernafasan yang disimpan di dalam peti surat. uhhh lega. denyutan nadi kembali normal, setelah beliau memeriksa kadar denyutan nadinya dengan seorang doktor yang tiba2 lalu di situ. beliau kemudian mengambil minyak tanah. disimbahnya sekeliling rumah beliau. minyak tanah habis. dicampurkan sikit dengan minyak rambut gatsby strong hold. agar kebarakaran kekal lama. mancis dinyalakan. api marak dengan cepat. laju. syafiq aiman cuba meniup agar api lebih laju. berkesan. sekelip mata, rumahnya musnah. hangus dijilat api. syafiq aiman berteriak puas. sudah lengkap rasanya nilai2 positif dalam dirinya. dalam x sedar air matanya berlinangan.. kenapa kali ni bomba x cekap dan datang awal.. menyesal beliau.

p/s : jangan cuba membunyikan hon dengan kuat. sekolah memandu jaya tuah x ajar camtu.
p/s : kemeja kalau boleh pakai yang tukang jahit robinson buat. selesa.
p/s : pastikan test enjin kereta dah panas ke belum.
p/s : post ni panjang sangat.. sume sebab syafiq aiman.

p/s : syafiq aiman hanyalah watak imaginasi penulis, tiada kene mengena dengan sesape.

Tuesday, October 5, 2010

UPSR?? kacang la weyhh

ASSALAMUALAIKUM

sebelom pena teros dicoret, sebelom kata digubah menjadi entry, sebelom butang publish ditekan pantas, selamat cuti ak ucapkan kepada semua warga yg dididik di UiTM dan CFS IIUM.....macamane cuti yg baru bermula ini??bagos??ak harap korang tak dapat buat pape plan pon cuti nih pasal ak kene setel lesen....berat sebelah sangat kalo ak berlelah2 pusing2 stereng kat skolah mandu jaya tuah, korang bermengah2 maen kejo2 sambil makan super ring kat tasek perdana...sunggoh berat sebelah...tp papepon, cuti itu yg penting...agenda cuti korang tu yg kita tataw...cuti budak2 U nih bukan mcm cuti2 budak skola...cuti budak2 U nih biasenye kosong..takde individu ke-3 yg rancangkan ape xtvt nak buat time cuti2 nih...nak pegi kenduri kendara ke, panjat gunong ledang ke, mahupon join petandengan mewarna kat balai bomba segamat...tak brape nak function la kire...laen beno ngan satu lagi bangsa yg tgh cuti gak macam budak uitm ngan iium skang nih...sape lagi kalo bukan budak dajah 6 yg dah abes upsr arituh...nih yg ak rase nak ngumpat budak dajah 6 nih

ak bukan ape tetibe nak stori pasal budak upsr nih...arituh mase ak tgh berimpit2 dlm bas rapid kl, otw ke kl sentral...ttibe bas berhenti tanpa diundang...dahla ak tgh berdiri kat blakang skali pasal gentleman bagi seat kat sorg macik tua yg bawak due tong gas naek bas...diingatkan ye, macik tua..bukan awek2 kilang tong gas...tengah ak sembang lebat ngan macik tuh pasal kejatuhan mendadak harga emas 619 kat kedai pohkong cawangan batang benar, drebar bas berenti mengejot..tade tekan2 brek kaki dah..die pakat rentap brek tangan je teros sambil menjerit 'kita ke neraka!!'...ak yg baru abes pekse fizik maseh ingat lagi definisi inertia..inertia bermaksod kecenderungan sesuatu objek ntok meneroskan pergerakannya, semakin berat objek, semakin tinggi kecenderongan dan motivasi objek itu...'fuhhh, gua paham gua berat'ak mendesus perlahan...teros ak tercmpak dari belakang smpai ke cermin bas...mamat2 yg ade kat tengah2 bas tuh sume mengelak, macam dah plan awal2 sebelom bayo tiket bas yg diorang nak bagi ak tecampak ke cermin..ak redha...

prang!!!!bunyik meset nset ak...bukan bunyik cermin bas pecah...ak bangon dari tapak jenayah ak tecampak...takde buang2 mase dah...yg salah tetap salah, yg tecampak tetap saket...ak rentap kolar drebar bas, sambil carot sopan...'baba!! apsal maen brek2 nih??ni la akibat tak amek lesen kat skola memandu jaya tuah...'macam2 lg ak marah sambil promosi skolah memandu tempat ak amek lesen...tibe2 die dengan tangan menggeletar dan mata yg dah berair pasal kene angin tak tutop tingkap mase drive, tunjok kat depan bas....'chisss, budak skola mogok makanan RMT tak sedap ke nih?'..ramai betol budak pakai unifom skola baju putih slua slack getak biru gelap melintas jalan...ape diorang buat ramai2 kat jalan meru nih ak tak brape nak kompem..

baru ak tau punca vital kenape bas brenti secare tibe2...ak pon hulor tangan kat drebar sambil ucap 'slamat hari raye, maaf zahir batin..kalo umah pacek ade anak dara cantek, saye dtg raye esok'...ak melangkah sepi ke posisi asal sebelom kejadian inertia melampau tuh berlaku...ak rasekan macam semua mata yg ade kat situ tertumpu kepada ak...sebab utama diorang usha ak, itu yg kita tak tahu....tapi perjalanan ak ke belakang kembali terase terlalu jaoh...panjang sekali perjalanan itu...lepas 2minet, ak pon dudok balek kat tempat ak tadi...macik tong gas bg balek tempat dudok ak, pasal geron ak maen sergah2 drebar tadi...mmg itu yg ak harapkn..

mcm biase, kalo naek bas, ak akan pastikan perjalanan itu merupakan suatu yg bermakna...kalo dulu2 ade gak nampak geng2 moto ducati sakat cocok2 angin brade2 EX5, bangla kejo bas sambil kayoh beskal dan tak ketinggalan, kejadian2 mengundang maot macam kemalangan lori tayar langgar lori sport rim, dan macam2 lagi....tapi ntok trip kali nih, tak byk mende2 camtuh yg ak nampak....lepas 1km, bas kale kuning lalu sblah...lepas 1km lagi, bas kale oren plak....kalo lepas 1km tuh tak nmpk bas2 kale camtuh, lepas 20km nnt, 20 bas macam2 kale lalu reramai...ak dah menggaru2 kepale kerane pelik...mungkin krane gusar melihatkan tingkah laku ak yg asek menggaru hingga berdarah2,pitman iaitu watak ciptaan menegor ak..'takyah la ko pelik sgt ade bas byk2 nih, kan skang budak dajah 6 dah abes UPSR...ape lagi, ROMBONGAN la boy!!'....ak berenti menggaru lepas dengo penyataan imaginasi dari pitman tuh tadi...ak menoleh kblakang sambil meminta sopan kpade awek seat blkg...'awek, pinjam tudong bawal selai, nak balot luke kat kepale nih...'teros die hulor siap2 ngan no.telefon...nak soh ak msg la tuh, mcm tak paham...sambil membalut luke tadi, ak menggumam 'OOOOOO' krane baru teringat, budak2 da abes UPSR laa....

bile sebot abes UPSR, cikgu2 skola rendah tade agenda laen dah....kompem2 punye buat rombongan...dan hasil dari penelitian ak sejak ak abes tadika lg,port2 mashuk ntok rombongan adelah tak laen tak bukan KLCC, putrajaya, melake, pantai2 kat area pantai timur dan kalo yg nak tampil dengan gaye rombongan yg lebih urban sket, adelah pegi sunway lagoon ngan genting higland....believe me!! namploh peratos keuntungan kedai2 mewah kat klcc mcm topshop, cK dan harvey norman bak kate nizam adelah dtgnye dari budak2 dajah enam yg datang rombongan time2 camnih....budak2 zaman skang bukan mcm kite dulu2 beb...biar sifir 6 tak brape nak lancar, asalkan dompet jename levis petaling street....mase zaman2 ak rombongan dulu, time nih la nak mrase pegang duet lebeh sket...'nah, amek nih rm50, buat duet jajan...kalo ade lebih belikan t-shirt gambo klcc skali ek??'pesan emak pitman mase pitman nak pegi rombongan pegi petrosains taon 2004...tapi budak2 skang, kalo tak dapat 2ratos pegi rombongan, mau ditetaknye pak gad bank suroh kuarkan duit...duit rombongan mak bapak bayo pon dah cukop shukor...lagi duet blanje nak riban2...dasar campor tangan eropah betol...pastu, dulu kalo pegi rombongan, tak brape nak function kalo takde kamere...kamere kene gantong kat leher, baru ade style indie+gothic sket...dulu kamere maen filem je boy...redi2 la filem yg boleh snap 32 kali tuh...tu pn da kire byk...kalo amek gambo, jgn begerak2...bediri statik mcm tugu negare...kalo ko begambo kat tugu negare, biar tugu tuh jadik titik rujukan ko mcm mane nak berdiri statik...kalo begerak sket, gambo burok..kan dah membazer filem...duet filem nih mak bpak ak punye...gambo dlm tuh gambo korang plak tuh...kalo nak nnt, ak cucikan,korang bayo upah....keh keh keh...minda berniaga mcm nih kene asah dari kecik..kalo tak, susah nak berdaya maju beso nanti....laen keadaan ngan budak2 skang...pegi rombongan da takde dah bwk kamere filem...koman2 pon kamere compact yg 8 megapixels tuh...boleh delete2 gambo kalo burok...padahal tak sedo sume gambo burok...yg maju gile, bawak dslr...tuh pn ade brape kerat...bwk dslr takleh bwk mcm kamere compact,smpan dlm kocek...dslr pon kene gantong leher gak...dslr je dah stgh kilo, badan budak2 zman skang plak kecik2...tinggi siket je dari seat moto LC...bile balek rombongan, dah leher teleng....baru sebok2 panggel pak mahat tukang urot batin, soh betolkan balek leher...dijadikkan cite,pak mahat plak join skaki anak bliau yg pegi rombongan tadika pegi london....macam2 masalah bertimpa2 pegi rombongan nih...sbab tuh pernah ade isu kementerian pelancongan nak bekukan rombongan2 lepas pekse nih...fakta nih ak tipu...kementerian pelancongan jgn saman gua kay...

adoiyaiii...byk beno la pengalaman rombongan2 nih...smpai tak termuat ak nak taep sume dlm draft nset ak...boleh barai keypad nset kalo ak asek wat draft entry je keje...lgpon ak rase, korang sume maseng2 ade pengalaman rombongan time abes UPSR dulu kan...lg legend dari ak pon ade...tp, walau lgend mane pon tempat korang pegi, byk mane pon gambo korg amek dan jaoh manepon negare korang jejaki....igt sket beb, duet rombongan tuh sape yg bayokan...jgn lupe beli buah tgn balek umah....koman2 pon keychain satu rm5 pon da cukop mantop dah...nak begaye sket, angkat la t-shirt murah2...untok mengakhiri entry yg berjela ini, ak nak bgtaw...watak pitman tuh merupakan watak rekaan arep yg ak pinjam dlm entry nih demi mengelakkan menyentuh sensitiviti mane2 pehak...adios amigos.

p/s: mase kat kl sntral, tggu keteapi ak jempot balek umah, ak perasan ade satu port begambo yg legend boleh tahan....ak nampak ramai budak2 rombongan dajah 6 yg amek gambo ngan mesen tilik tapak tgn jadah tuh....lenkali boleh begaye bagai kat situ sambil senyom riang

Tuesday, September 28, 2010

from smap 2 PALAM.......

ASSALAMUALAIKUM


post ke 3 gua....memegang amanah drpd urduniyy fii PALAM...hehe.....

al youm. saatakallam 3anil maudhu3 al-ladzi muhimmun fi hayatina, wa hoowa 3an (masukkan tajuk)......begitulah intro yg diajar oleh naem ntok memulekan khutbah......teks ini telah berjaya me'nga2'kan dak2 smap pd mule khutbah naem. tp realitinya nmpk di tgh2 khutbah d mana kedengaran dengkuran ala2 cikoin bak kate azri. x tahu d mana silapnya. keikhlasan pendengar walla penyampainya??.....hehe....apa2 pon kite dah lari tajok sbnanye.

25 sept 2010, smap dah pecahkan tradisi dgn mengadakan solat hajat perdana d siang hari. bg wa ni adelah pkmbngn yg baek ntok mmbuke minda semue org yg solat sunat ni boleh d buat bile2 mase kcuali waktu2 yg dharamkan.

tp yg wa nk cite skang ni, perjuangan wa, fati azri n ecam smate2 ntok melawat urduniyy fii PALAM.....journey ktorg stat dr smap lps asar....lps wak2 je la....solat nye blom ag...lalai2...astaghfirullah~.......actually nk suro fathi drop wa kt kl sentral.....ttbe je aiman batch 07 offer nk blnje mkn....wa da serba salah dah ni.....azri da mule snyom2 berbisikkan slogan kami "malu=>lapar"....haha....jd, tanye punye tanye, fati pon bstuju la nk anta wa sampai puncak alam.....bermula lah journey kami ke PALAM dimana akan transit di mines untuk menikmati juadah2 free....tq abg aiman....hehe

di mines - setelah penat mengekori myvi SE aiman, azri telah menunjukkan tanda2 x mngenang budi dgn memotong aiman d carpark mines demi merebut parking space.....prkare ni mmg x leh dimaafkan.....tp xpe a....aiman baik......pizza hut confirm da....:p.....hahaha......masok mines kitorang solat, makan pizza n solat lg....ish3.....bgos nye dak uia....solat lebih byk dr mkn....hehe.......bnd plg bes blaku kt mines is bile ak, azri n ecam nga sembang2 smbil gelak an, ttbe je paklah yg jalan kt dpn ktorg toleh blkg n ckp, " korg gelak2 ni asal??....kutok ak ek??"....ktorg pon kate la " sembang2 zmn skola dlu, pas2 glak2, salah ke??"......dy pon bukak a cite pasal fathi lak yg nga xcited cite kt aiman dy suke gem2 moto gp ke mnde ntah....paklah pon ckp a fathi suke moto gp la.....sampai ke x la.....bwh 12 taon la...ape tah...ak pon x igt dah...pas2 dgn muke x bsalahnye ak jwb " wei paklah, kang fathi dtg blakang nga kite glak2 ni tye lak 'korg glak2 ni kutok sape??...ak ek??'....mampos kite paklah!!"....wak2 2 azri da tgelak da.....x thn ad org kne pancong....ecam wat muke dono je....ak pon gelak je a.....tanpe rse besala....hahahaha....setel cite kt mines ktorg klua la......

bepandukan xplaination aiman sket, dy ajo la kami jln kluo da mines 2.......bile masok je highway, fathi kate 1st kite cari jln ke puchong...ikot signboard......puchong punye puchong.......jmp la shah alam......shah alam punye shah alam, satu mse 2 ilang lak aiiii!!!!....cane ni??....susa tol....tros je laa.....jumpe satu signboard beso suro lurus ntok ke s.alam......masok la tol 2....tah pe tah nme dy.......pas masok 2 luros je........x pna pon jmp highway golap smcm je.....cuak den......ktorg ber4 pon mnyanyi2 la mghiburkan ati.......smpai satu tp ni jumpe sign board....kt c2 tulih jln ni ke IPOH 227km kot......2 je...xde jln len.....tgk pon lurus je......cuak gile....azri da glabah da.......ckp xde susur klua la.....ecam kate ade ni....ade ni.....nk sdapkan ati...same la ngn ak n fati....sume ngn kompiden nye ckp ad....nk sdp kan ati....pdhl dlm ati da x sdap da.....mcm basi gak a.....pk punye pk....smpai thp ak tye ecam...."ko ad sdare kt perak an cam?"....haha....mmg getir saat i2....pas2 alhamdulillah...jmp susur klua......pas2 masok tol len pulak.....jln3.....xde pon sign board shah alam....ktorg pon ikot a firasat bsame masok satu junction ni......jln punye jalan....ade lak signboard ke seremban....adoii.....ni mcm style ecam je spt mane yg dy kate "ak kalo sesat jln kt kl ni ak cri srmban....sbb jln 2 kompem ak tau"......ni kalu ikot care ecam ni kompem sok pg bru smpai PALAM ni.....hahaha......pas2 ktorg pon amek la kputusan ntok klua ke susur klua putrajaya.....pas2 tye akak kt tol 2 mne puncak alam....dy kate u turn masok blek tol...pas2 ikot sign board.....tap3...alhamdulillah....klua la di tol bt 3 lebor ke ape tah nme dy...org 2 sbot cam ebau je.....lebor 2 pon tau lps tgk signboard.....haha.......setel klua c2 tggl nk cri uitm je......haa....pas2 kitorg pon stop d petronas dgn gaye balek kg.....fathi g baya minyak.....ak isi....pas2 sorg g kedai mcm bli air....sorg cek taya....sorg cuci cermin pkai span stylo petronas 2.....mmg complete...nk jln smpai ipoh td pon boleh....cee....skang da lege bru boleh ckp cm2....x td dlm ati bdoa je.....haha.......pas2 nk make sure x sesat....ushe dtroskan dgn bertanye kpd drebar taxi jln ke PALAM......dy kate dorg pon nk mnghale ke sane gak.....tggu member dy g toilet jap.....pas2....ok!!!.....kite gerak....ikot la dorg smpai sati tmpt ni dy stop.....pas2 dy kate ikot jln ni ni ni.....sbb dy da nk tros kan pjlnn dy.....pas2 ok la....ktorg pon tros la jln ke PALAM......

lbey krg 1030 kot.....ktorg smpai.....1st test is kat pondok jaga....ikoti perbualan nii....zasssss~

jaga : nk ape
aku : nk masok
jaga : wat pe??
aku : jmp kwn....bg brg.....
jaga : awk tau x mlawat smpai 830 je bule
aku : mnx maap cik, sy x tau....tp sy nk kne jmp member ni....kejap je......
jaga : sy bole bg skejap je...awak pna masok cni x??
aku : x
jaga : kalau sy bg 5 mnt ckop x??
aku : x tau a....cik rse ckop x??
jaga : mne a ckop.....nk g kolej kdiaman pon 4km ag tau x??....
(adoi.....saket tol kne bahan dek jaga ni)....haha
jaga : tgglkan ic or lesen n no plet kndraan
aku : dlm ati (adoi~....cane ni doo??...ak da a nk overnite cni nih).....
dgn smat nye ak kaber
: jap ye cik...nk check no plet membe jap....x igt.....hehe
pas2 ak pon tarek a azri
: nah cik...ni drebar ni....tggl lesen dy kt cik....hehe

haa...setel kene bahan n bahan blek jaga, ktorg pon mnuju puncak A3.......kt parking 2 kelihatan org kaye tggu pkai kain plekat.....mmg zuhud.....alhamdulillah......naik la atas....tingkat 5....no bilek dorg je ak x lupe nk tgk....haha......smpai je bilek bsalam2an.....peluk2.....pas2 lepak2.....bnd plg bes kt cni lak jmp kemba manap..... x tau a ape yg sbijik nye.....tp kalo korg tgk kompem pgey dy kembar manap......bru add fb dy td....rahman ismail.....hahaha....market2......sori a man.....backspace laptop ak rosak a....x leh padam da ni....hahahaahaha


cm2 la lbey krg cite pjlnn ak ke PALAM......kampus yg siyes mantap doo!!!.....lawa2....hahaha......pape pon.....sdkt tazkirah laa.....wak2 2 ad gak a dugaan yg mlande.....dlm ati ak ni nk asek blame je....tp x tau nk blame sape....nk blame tuhan kompem kne panah petir kang......tp pk balek kalau asek kate "kalau la ak........td" kire blame takdir a 2....dr mne ag takdir 2 an kalu bkn dr ALLAH....xpe la...pengajaran nye....bile da d timpe msibah 2 anggap la 2 satu ujian or proses pengampunan dosa....moga2 iman kita sentiasa meningkat....amiin

p/s : sape urduniyy fii PALAM 2 x tau a an....:p......sbb ase nye uitm ni malaysian je kot....lu pk a snirik....hehe.....tp yg wa nk ckp nye pkataan 'PALAM' ni wa shaarie ajar wa......x tau a btol x....kalau x btol salahkan shaarie.......

wassalam - kwn BAEK yg x pnah kutok URDUNIYY FII PALAM......hehehe

Thursday, September 23, 2010

geli- geli bersama pitman at kelab dangdut jiwa luka, machang selangor.

ASSALAMUALAIKUM

benar. cinta itu kadang-kala memang memenatkan. sedangkan diri sendiri tidak terurus, inikan pula hendak menguruskan kehidupan seorang lagi. tapi mengapa cinta tetap juga agung di hati setiap dari kite? kerana melalui cinta, kebahagiaan dapat dikecapi. melalui cinta juga, seseorang merasakan diri dihargai. cinta datang dalam berbagai-bagai care. mungkin datang bergolek, meniarap ataupun turun dari pesawat boeing di langit. namun, biarlah bagaimana sekalipun ia datang, sekali ia hadir, seribu kali payah untuk melupakannya. mengapa ini semua terjadi.. walhal sudah kite sedari sendiri, cinta yang kite berikan selama ini hanyalah dijadikan bahan senda-gurau semata-mata. kite hanye dijadikan pemuas hati tatkala gembira, dilempar bak ketulan2 ayam spicy kfc yg habis diratah apabila kesedihan. dalam sedar x sedar, cinta yang selama ini disangka suci, rupanya hanyalah permainan toys r us. kata2 romantis yang diucapkan untuk bertahun lamanya, rupenye hanyalah umpama planting sugarcane beside the lips. diam x diam, kau sudah dimiliki yang laen. orang yg berada lebih dekat denganmu, yang mampu kamu tatap hari2, yg mampu didengar suarenye setiap detik. aku, ye. aku. terus berharap pada yang satu, mentang2 lah aku jauh. memakan mase yg lame dan berbelas stesen ktm dan lrt untuk sampai kepadamu, begini aku dilayan ye. x dikhabarkan pon bahawa tempat ku yang selama ini kekal di hatimu, rupenye dah diambil oleh si jantan penghembus asap2 nikotin. papehal pon, khabarkan lah berita dulu. tulis surat ke, hantar email ke, tulis kat wall ke, inikan tidak. terkejut singa aku dibuatnya mengetahui berita itu. mungkin inlah cinta.. walaubagaimanapun, terima kasih atas semua. anda mengajarku tentang percintaan. baru ku tahu percintaan itu masam bak caramel syarikat kek lee seng. sumpah aku x masuk lagi kedai kek tu lepas ni. walupon lee seng merupakan syarikat kek terbesar di jalan universiti, petaling jaya. selamat tinggal pujaanku.. selamat tinggal. maria..

~ dipetik daripada diari syafiq aiman, 11 januari tahun 2010 ~

syafiq aiman termenung jauh di jendela. jauh di sudut hati, beliau inginkan triple cheese burger itu. sudah lame diidamkannye. namun, apa khabar maria sekarang? sehatkah beliau? bagaimana kesihatan lembunya? dan ayahnya, pakcik kordi? ibunya? mulan jamilah? ahhh, makin difikir makin berserabut ligamen kakinye. ingatkah lagi maria padanya? ahhh, terfikir lagi sekali. berserabut lagi tendon kakinye pule. bagaimane pula dengan adek maria yang menyambut hari kelahiran semalam? arghhh terfikir lagi. ntah ape lg yg berserabut. di luar jendela, kelihatan instructor pusat memandu jaya tuah sibuk mengajar anak muridnya memandu. kedudukan tangan memegang stereng perlulah 45 darjah agar pemanduan selesa dan bermacam sembang lg yg kencang diputarkan. ehh, anak murid itu kelihatan seperti muka lembu pakcik kordi.. argghhh. sukar betul untuk lupakan maria..

ttibe syafiq aiman tersentak. rakannye dari jauh melaungkan namenye. ahh.. lupe sebentar hajat datang ke mari, bisiknya kepada seorang lelaki arab di sebelah. lelaki arab itu tidak mengerti ape2 sambil terus menelan asap shisha perisa ribena. syafiq aiman bergerak menuju ke rakannye di seberang sane. rakannye, shah hakim menunggu dengan penuh senyuman. di tangannya tergenggam due botol barbican perisa oren. wahh, lame juge x ku minum air ini,x sangke malam ni ade orang nak belanje, getus hati syafiq aiman yang secare x sengaje didengari oleh seorang nigger yang kebetulan berada di situ. nigger itu berbisik sendirian, aku minum hari2 x kecoh pun. syafiq aiman sampai kepada rakannya. dihulurkan botol barbican itu kepadanya. syafiq aiman menyambut. ringan. kosong. tidak berisi ape2. shah hakim yang melihat muke syafiq aiman kehairanan kemudian lantas berkata, tolong recycle botol itu. kalau bukan kite yang contribute kepada alam sekitar, sape lagi. tong kitar semula ade di sane, tong biru untuk kertas, coklat untuk kaca dan jingga untuk menyimpan tin aluminium dan plastik. sekarang cube teka, botol yang kau pegang itu untuk tong mane? syafiq aiman menjawab dengan lemah, coklat. betul...

syafiq aiman kembali kepada mejanya sebentar tadi. dibiarkan sahaja shah hakim ditempatnya, melayan wanita2 separuh usia yang sibuk menanyakan hal2 peribadi termasuk jual beli tanah pusaka di kampung serta wang hasil penternakan lembu beliau. lembu? pakcik kordi? argghhh terfikir kembali. kali ni secare x sengaja urat kentutnye terputus akibat terlalu heavy berfikir. tatkala sedang sibuk memikir, ttibe dj bertugas memutarkan lagu " serunai malam" nyanyian asal normah a. latiff, ibu kepada rahman hassan yang kemudian dinyanyikan semula dalam versi unplugged oleh tomok dari kumpulan kru. fikiran syafiq aiman melayang sebentar. lagu inilah kesukaan maria dahulu. sering dia nyanyikan untuk maria jika ada masa2 terluang atau ketika sama2 mereka bercanda di pasiran pantai morib suatu ketika dahulu. berlari berkejaran, menggeletek satu sama lain sehingga maria pernah dikejarkan ke icu akibat terlalu geli digeletek syafiq aiman. lagu inilah juga yang dinyanyikannya ketika bersama-sama kumpulan rock indie nya berjamming di studio2 sekitar wangsa maju. ahh terlalu banyak memori silamnya yang manis2. mane perginye rakan2 band nye dulu? yang dia tahu, rahman hassan dah menerbitkan buku dan menjadi novelis terkenal sejak bukunya bertajuk, "conspiracy in Malaysian kindergarten" mendapat sambutan hangat. talib daud dah bergiat dalam bisnes ikan kering dan belacan. sementara drummer nya, raul mahmud menyambung pengajian dalam master in business administration di UM. sementara dia? hanye membuang mase menanti maria yang tidak akan pulang. teruk betul beliau jika dibandingkan dengan rakan2 nya yang lain yang sudahpon berjaya..

syafiq aiman melangkah keluar dari tempat itu. makin lama berada di situ, makin banyak die teringatkan maria. semakin lama juga dia di situ, makin ramai yang mampu membaca monolognya. terutama sekali nigger2 yg ramai di situ. pitman menahan teksi, mahu pulang katenye. teksi tiba. setelah memberitahu destinasi dan berunding harge, syafiq aiman menoleh sebentar ke belakang. ditenungnya menara jam yang berada di situ. pukul 2 pagi sudahh. kemudian ditenungnya signboard tempat beliau melepak tadi. Kelab Dangdut Jiwa Luka, Machang Selangor. ahhh.. sungguh sedih name kelab dangdut ini. padan laa tarian2 di dalam nya hanya bermotifkan kesedihan. ditambah pula dengan environment lagu serunai malam.. hmm. syafiq aiman melangkah masuk ke dalam teksi. teksi meluncur pergi dengan laju.. sambil radio teksi memutarkan lagu serunai malam.. dan drivernye menanges teresak-esak.

p/s : syafiq aiman adalah pitman. dan pitman mahupun syafiq aiman adalah watak rekaan.makluman..

Thursday, September 16, 2010

rencana aidilfitri.

ASSALAMUALAIKUM

7 syawal. sekarang gua rase maseh ramai yang menyambut hari raye. ni sume disebabkan slogan yang diterapkan oleh rosmah mansor, "sebulan berpuasa, berbulanlah kite beraye". namun begitu, dalam kesibukan kite beraye, janganlah kite melupakan kepada puasa yang enam. kerana apabile berpuasa enam, ianye umpama berpuase setahun. dan alasan inilah jua yang gua gunakan tiap2 kali member2 mengajak puase sunat hari isnin khamis. gua bukan ape, gua rase bile puase penuh ramadhan n 6 syawal, kan dah ibarat puase setahun. so.. hmm, jangan ikut care gua.

gua jarang tgok tv. atau dalam bahase jawa ireland, televisyen. tapi, habit gua bertukar mendadak menjelang raye dan semasa raye. bukan ape, gua rase teringin nak tgok bile program2 tv sume bertukar kepada "aidilfitri special", "istimewa raya", "rayalah pulak" dan macam2 lagi. ade gak yg lg menarek name cam rumah terbuka af, os beraye di oz, mari beraya bersama saya dr rozmey 2 alam, ketupatku ditelan ular sawa, cintaku berputik di aidilfitri sepertimana berputiknya putik kapas dan laen2. gua bukan pe, terasa teringin gak laa nak tgok pe yg istimewanya program2 ni..adekah sekadar name yg panjang cam program dr rozmey tu atau mmg best sampai ak pon terase nak cube jusmate5 keluaran syarikat dr rozmey. jadi gua amek jugak laa beberape mase berharge dalam diri gua yang sepatutnye diisi dengan makanan dan ketidoran untuk menonton citer2 tu..

pade gua, sume cter "aidilfitri special" ni menghiburkan. sebelum itu, gua nak bagitau lu sume orang. aidilfitri ialah satu english word. i repeat. aidilfitri is an english word. sebab pe. aidilfitri lawannye special. istimewa lawannye raye. lu orang sume check tv masing2 kalau salah. kalau salah gak, mungkin jenama tv korang lain ngan gua. sebab tu proogram dye lari sket. gua rase r..dalam banyak2 program yang gua tonton, gua maseh musykil ngan beberape program yang gua rase x patut bersama beraya2 ngan umat islam seluruh malaysia.antaranye, malam jumaat kliwon ( gua rase citer ni ade kaitan sket2 ngan iklan pssst..malam jumaat), kuntilanak, toyol aidilfitri special di batu feringghi, salam lebaran pocong special n macam2 lagi. ade ke patut citer2 ni ditayangkan waktu raye. gua tau laa, setan2 sume dah terlepas. xyah laa sambut kepulangan mereka dengan hati terbuka. papepon, gua respek peminat2 man utd. walaupon diorang x beragama islam, diorang x sambut kepulangan setan2 ni. sebab tu man utd x menang2 dari lepas raye sampai sekarang. sebab setan kat logo diorang x balek2 lagi..

satu lagi, tyme raye2 ni,banyak la jugak konsert2 ataupon name komersial nye muzikal aidilfitri. yg gua prasan, muke siti nurhaliza ade kat sume tv. nabil camtu gak(penyanyi ke mamat nih). faizal tahir maen pusing2 tv3 je. anuar zain ade kat tv3 gak gua prasan. maher zain gua x jumpe lak. balek beraya kat kampung laa tu. ade gak penyanyi2 veteran kat tv9 yg dah x brape larat. penyanyi2 terlebey junior pon ade kat tv9 cam idola kecil. jap2, idola kecil mmg program yg bagus. melahirkan penyanyi2 sejak dari kecil lagi. xyah g skolah, xyah blajar, xyah wat hw. cume perlu nyanyi dan dikritik. bagus.. gua suka rancangan ni. jauh lebih baik dari imam muda. gua rase tu la yg dipikirkan penerbit idola kecil. namun, gua tetap rase ade gak rancangan2 nyanyi yg x berapa patut. contohnye anak dr rozmey blaja nyanyi aidilfitri special, konsert mtv britney spears istimewa raya, isteri2 menteri karaoke special aidilfitri n macam2 lagi. gua x paham laa penerbit2 rancangan zaman sekarang. sanggup menggadaikan maruah diri menerbitkan cter2 camtu..

jadik, kesimpulannye, gua dapat simpulkan yang program tv raye edition mmg bersimpul. macam2 jenis ade untuk ditonton. pilihlah yang bersesuaian. xpon, tontonlah berita tv9 dan buletin utama je. layan berita lagi bagus. sambil beristighfar dengan macam2 kes yang berlaku kat negara cam yg terbaru kes sosilawati. tu je laa sebaek-baek rancangan. satu lagi, rancangan yang baek ialah ucapan perdana menteri sempena raye hari tu. rancangan tu jadi baek sebab satu je reason,...... ade rosmah mansor dalam tu. sekian..