Saturday, July 9, 2011

Selembut Kasih Jamal #1


“ Bang, saya rasa dompet ni abang punya. Saya ada terjumpa dekat tepi swimming pool tadi.”

Menyeluk poket belakang Levi’s 501 beliau dengan serta-merta.

“ Weh terima kasih lah. Macam mana lu tahu ni gua punya?”

“ Saya jumpa, lepas itu terus buka dompet. Maaflah buka tanpa keizinan. Saya buka dan cari IC terus.  Dah jumpa tu saya tengok lah muka pada IC tuh. Mula-mula saya ingat Saiful Malaysian Idol, tapi lepas baca nama yang tertera bukan pula. Pandang-pandang keliling, ternampak abang. Muka relax je, tak sedar gamoknye wallet dah entah ke mana. Tengok punya tengok muka sah-sah lah abang punya dompet ni. Betul la abang kan, Jamal Ariffin bin Mohsin?”

“ Ha, gua lah tu. Tengok gambar dalam tu pun lu boleh tahu tu gua, cuma gambar lesen kereta tu je lain sikit. Lu pun tahu kan, mana ada orang dalam Malaysia ni yang gambar lesen kereta dia macam muka dia.  Kalau tak gambar tu dihitamkan, gambar muka macam tengah kemurungan. Antara dua tu. Gua betul-betul berharap kerajaan Malaysia bagi gambar lesen stylo macam profile picture Facebook. “

“ Betul juga tu bang. First time saya tengok kakak saya tak bergambar bibir dia muncung, dekat lesen kereta dia lah tu. Patutlah sampai sekarang tak bawak kereta, mungkin frust agaknya dengan gambar tu. Lesen P dia dah habis dah pun, dah lesen penuh dah. Sampai sekarang tak bawak kereta lagi. Nak kata kereta tak cukup, ada 5 buah kat rumah tu. Orang dalam rumah ada 4 je. Saya pula baru lesen L. Lambat lagi nak test lesen. Ada ke patut sekolah memandu tempat saya belajar tu, masa belajar guna Kancil, masa nak test guna Kelisa. Mau tak gugup saya nak pergi test!”

“ Lu masuk sekolah mana? Memang mencabar betul kalau sampai macam tu sekali. Gua dulu ok je, masa belajar pakai Kancil, masa test JPJ pun Kancil. Sebab tu sampai sekarang pun gua pakai Kancil ni, sebab itu je yang gua tahu bawa. Gile hape member gua suruh beli Perdana. Mana gua pernah test bawa kereta tuh. Mau tak gugup gua bawa nanti!”

“ Perghh Perdana susah tu bang nak bawa. Saya Kelisa pun tak lepas, inikan pulak kalau disuruh bawa Mercedes mata bulat kat rumah saya tu. Perghh kalaulah selepas saya lulus test JPJ nanti, papa saya suruh bawa kereta tu, mau makan dalam bang! Terasa tu! Memang betul-betul nak menjatuhkan maruah saya tu!”

“ Walaupun makan dalam ke apa ke, lu jangan nak melawan pulak ayah lu tu. Dia tetap ayah lu, faham. Tolak cara baik lah kalau dia suruh bawa Mercedes tu. Cakap je lu orang tiada keyakinan diri, kurang motivasi serta didikan ibu bapa. Ahhh gua silap. Kalau lu sebut kurang didikan ibu bapa mau makan penampor sampai terkoyak urat leher lu kang, lalu mengakibatkan pendarahan dalaman. Jangan main-main.  Eh gua lupa pulak gua ada hal tadi. Seronok pulak berbual dengan lu ni. Gua gerak dulu la ye. Gua join Kelab Bahas kat kolej gua tu, harini katanya ada buat sesi critical thinking, dengar cerita lawan dam aji sesama ahli kumpulan. Kalau gua terlepas game tu kang, sampai bila-bila pemikiran gua tak mencapai tahap kritikal. Risau jugak ibu bapa gua di kampung nanti. Ok, chow dulu. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.. oh by the way, nama saya…”

Jamal Ariffin Mohsin terus berlalu, tanpa berpaling.. sambil bernyanyi perlahan lagu ‘Tak Mungkin Berpaling’, dengan hanya menyanyikan part Mawi, dan senyap ketika part Zamani.

Jamal Ariffin Mohsin tiba di perkarangan parking kolej beliau. Kawasan letak kereta hampir penuh, dengan hanya sepetak sahaja lagi yang kosong, diapit oleh sebuah kereta Waja dan Chevrolet. Semasa hendak meletakkan keretanya ke petak kosong itu, Jamal Ariffin Mohsin tersenyum sendirian memikirkan signifikannya kereta beliau diapit oleh kereta Waja dan Chevrolet. Jamal Ariffin Mohsin tersenyum lagi beberapa saat kemudian, memikirkan yang beliau masih tak dapat memikirkan signifikannya kereta beliau diapit oleh dua buah kereta tersebut. Akhirnya beliau berhenti tersenyum setelah beliau beliau mendapati bahawa sepanjang perjalanan beliau sejauh 6 kilometer tadi, beliau terlupa untuk membuka radio.

“Macam mana aku boleh terlupa perkara wajib ini..”

Jamal Ariffin Mohsin mengangkat hand-break. Padu sungguh angkatan beliau. Kemudian perlahan beliau menekan punat radio, dan memusing punat volume hingga ke angka 10, dan mula mendengar radio.  Tak sah hidupnya kalau tak mendengar radio untuk sehari itu. Sesi critical thinking Kelab Bahas terpaksa dilewatkan seketika..


***

Keadaan di dalam kelas sunyi sepi, yang kedengaran hanyalah bunyi penghawa dingin yang sangat dingin, serta beberapa bunyi dahi yang berkerut. Bayangkan betapa senyapnya kelas itu, sehinggakan dahi berkerut pun boleh didengar bunyinya. Semua ahli persatuan sedang sibuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam perlawanan dam aji. Ada juga kelihatan seorang ahli yang sudah duduk mencangkung di atas kerusi dek kerana terlalu kritikal memikirkan gerakan-gerakan seterusnya, serta memikirkan cara untuk mengelakkan buah dam pihak lawan daripada dinaikkan pangkat sebagai haji. Kehadiran Jamal Ariffin di dalam kelas tidak dihiraukan sesiapa pun. Hati Jamal Ariffin Mohsin sayu mengenangkan nasib beliau..

Jamal Ariffin Mohsin kemudian terlihat seorang pemuda yang sedang duduk bermain dam aji di suatu penjuru di kelas itu. Pelik. Amat pelik. Baju beliau habis basah, berpeluh. Tangan terketar-ketar. Beliau kelihatan sangat serius, menumpukan sepenuh perhatian terhadap papan dam aji di hadapannya, sambil memegang sebiji buah dam di tangan dan mencuba beberapa gerakan, kemudian tidak pasti lalu meletakkan buah dam dan kembali berfikir. Jamal Ariffin Mohsin mendekati pemuda itu..

“Bro, kenapa main dam sorang-sorang ni?“

Bersambung..

USA : Penulis, Coke dan Dr Pepper

Assalamualaikum.


Kat US ni, tak boleh dah nak pergi kedai mamak mintak neslo ais. Sirap limau pun tak boleh. Asal pergi mana-mana tempat makan mesti order lemonade, tu pun kalau tak mau minum soda. Bercerita pasal soda, dekat sini, memang main beverage adalah soda. Dia punya bukti kalau pergi supermarket, harga sebotol mineral water lagi mahal daripada Coke dengan Sprite. Zombie betol.

Minuman berkarbonat macam Coke, Sprite, Dr Pepper memang menjadi pilihan abang adik pakcik makcik. Soda ni penulis minum-minum jugak, tapi tak adalah sampai hari-hari meneguk soda. Tambah pulak soda ni tak elok untuk kesihatan, boleh kena sakit buah pinggang. Tapi kat sini, kalau berniaga Coke memang boleh untung gilak. Pagi petang siang malam minum soda.

Say no to soda !

Pagi-pagi bila berjalan nak ke kelas, for sure jumpa orang lalu–lalang pegang botol Coke kat tangan. Pagi-pagi buta dah minum Coke. Situasi ni lebuh kurang mcam pagi-pagi pergi makan roti canai mintak air Coke. Terok bebenor.

Ni lagi satu, Coke ni ada banyak jenis. Mainly, Classic Coke dengan Diet Coke. Classic Coke yang biasa-biasa tu. Diet Coke ni konon-konon kurang gula sebab pakai aspartame, sihat dan tak perlu risau kena penyakit buah pinggang bila minum hari-hari. Orang-orang yang berisi dan nampak mcam mengalami masalah kesihatan suka minum dengan alasan “ Diet Coke ok. Sihat tau. “ Padahal rasa dia lebih kurang dengan Classic Coke tu, apa yang sihat pun tak tau. Ceyt, senang sangat kena tipu.

Diet konon...ceyt!

Masa first semester last year, penulis ada ambil kelas Chemistry. Professor tu nama dia Prof List. Seminggu ada 3 kali kelas dengan dia, kelas pukul 8 pagi sampai 9 pagi. Pagi-pagi bila masuk kelas kalau tak nampak dia pegang tin Diet Coke memang tak sah. Dia punya ketagih memang dasyat. Kalau pergi office dia, memang boleh nampak kotak-kotak tin Coke tersusun kemas, siap sedia untuk diminum. Dia bila nak minum selalu cakap “ I need more caffeine.more caffeine “. Seram betol.

Penulis dulu pernah juga dengar cerita pasal Coke ni boleh buat cuci tandas lagi power dari Ajax fabuloso, lori tangki yang bawa Coke ni ada tanda hazardous, air Coke bila letak mentos meletup berbuih-buih dan macam lagi. Coke juga dikaitkan dengan Israel. Dah banyak orang complaint pasal keburukan Coke ni for health. Banyak sangat kalau nak cerita, antaranya low sperm count, tooth decay, acidity terlampau, contain pesticide dan macam-macam lagi.

Jangan amalkan orait.

Ada satu brand soda yang penulis tak pernah jumpa dulu-dulu. Nama dia Dr Pepper. First time rasa memang tak ubah macam ubat batuk kaler hitam beli dekat Klinik Hidayah. Dr Pepper ni kaler dia macam coke jugak tapi dia punya taste, worse. Tapi yang pelik ramai jugak yang minat Dr Pepper ni. Kalau diikut hati, lagi elok minum air kosong. Taste dia memang out. But still, Coke menang la. Dr Pepper ni orang- orang tua suka sebab err..tak tau sebab apa. Rasa dia orang cakap lebih tradisional.  Entah la.


Tu dia Dr Pepper !!

Dah kalau tiap-tiap hari minum benda-benda macam ni mau tak dapat penyakit. Say no to soda.Err..kadang-kadang minum ok la, jangan tiap-tiap hari sudah. Sekian pesanan khidmat masyarakat.




 That s it. See y`all!

Monday, July 4, 2011

makan hati berulamkan jantung

ASSALAMUALAIKUM

cikgu: dah besar nanti siapa nak jadi orang kaya? angkat tangan

*semua pelajar mengangkat tangan, malah ada yang siap menyalakan lighter hayun kiri ke kanan ...tetapi ada seorang pelajar tidak mengangkat tangan

cikgu: bill clinton, kenape kamu taknak jadi orang kaya?

bill clinton: saya taknak nanti bile dah tua saya kene sakit jantong.

**********

ini merupakan antara pengaruh yang telah menular dalam pemikiran budak2 zaman sekarang...hinggakan zaman bill clinton ketika kecil pon , pemahaman sebegini telah mula menular...banyak drama2 melayu memaparkan bila seorang pengarah syarikat projek melon2 punya banyak, nanti akhirnya akan diserang penyakit jantung,terbaring di dalam ofis sendiri, sambil tangan kanan memegang botol ubat...ahh, tak lupe beberapa biji pil bertaburan..untuk efek yg lebih dramatik, mungkin akan ada darah keluar dari mulut...ok, serangan jantong gua rase takde darah keluar dari mulut..

berbalik kepada kisah sakit jantung tadi, ramai budak2 yg terpengaruh lantas menamatkan cita2 untuk menjadi seorang yg kaya...gua dapati mereka kini lebih cenderung untuk membawa bajak setelah mengetahui bahawa seorang pembawa bajak walaupun tidak kaya, tetapi mereka kool....ini merupakan satu fenomena yg tidak sihat dalam negara..jika semua modal insan membawa bajak, masalah trafic jam akan meningkat...tetapi kesan positif dari sini adalah penurunan statistik kemalangan jiwa....

budak2 zaman kini perlu diberikan pengetahuan bahawa penyakit jantung bukanlah disebabkan anda menjadi seorang yg kaya...sebab dan musabab yg jelas harus diberikan...adakah tidak minat minum air orange merupakan penyebab sakit jantung...betulkah penghidap sakit jantung tidak boleh mandi menggunakan shower ..kenape org kaya biasanya ade sakit jantung...bagaimana serangan jantung berlaku...kalau tiba2 rasa gatal kat dada tu kira serangan jantung ke?ahhh, banyaklah yg kene diterangkan....tapi takpe..untuk entry kalini, gua akan terangkan secara ringkas mengenai penyakit ini...berdasarkan pengetahuan ilmu mistik gua

nama sakit jantung diberi berasaskan pada dari mana penyakit itu menyerang iaitu jantung....tidaklah dipanggil sakit jantung jika ginjal anda yang gagal berfungsi..mula ditemui pada kurun ke 8, apabila seorang benggali roti meninggal dunia secara tiba2 ketika melihat papan saham...mengapa benggali roti bermain saham? itu tidak dapat dipastikan...bagaimana penyakit ini menyerang? ya, dia menyerang secara mengejut...dia punya mengejut sampai org yg diserang boleh terkejut lalu berpotensi untuk mati di tempat kejadian...secara detail mengenai segala proses pengaliran darah, pengepaman jantung dan kembang kecut sel jantung bolehlah ditanya kepada doktor ataupun mereka yg pakar..google juga termasok dlm pakar..

bagaimana satu individu tu berpotensi untuk ada penyakit ni? secara terus terangnya gua katakan..semua individu di muka bumi ni berpotensi untuk ada penyakit jantung...ini kerana semua mempunyai jantung sekurang2nya satu, tidak dikira christina perry kerana dia mempunyai "jar of hearts" dan kanye west yg "heartless"....amalan pemakanan yg tidak sihat menambahkan lg potensi anda diserang sakit jantung....kuat makan lemak sebagai makanan ruji, minum minyak masak guna straw, dan bersenam hanya ketika larian satu murid satu sukan sahaja antara aspek pemakanan yg mempengaruhi....mengenai simptom2 atau tanda2 yg anda menghidap sakit jantung adalah, secara tiba2, anda membuka mata dan mendapati anda kini berada di dalam wad hospital.....masa itu barulah anda akan dapat tahu yg anda menghidap sakit jantung...itupun kalau berpeluang buka mata.

oleh itu, gua ada cara bagi mengurangkan risiko diserang sakit jatung...dekatkan diri dengan sayur-sayuran....hanya dekat sahaja sudah mencukupi...selepas itu, kurangkan pengambilan daging...bila pengambilan daging sudah kurang, kurangkan pula kuantiti daging yg anda makan....kurangkan penggunaan minyak dalam memasak...tak kira samada lu menggoreng mahupun membakar...kalau dah minyak namenye, bakar goreng pon same....minum air mineral dalam kuantiti yg logik...dan salah satu perkara paling penting, senaman...gua sarankan sekurang2nya bila lu bangun tidor, sembahyang subuh....kalau sembahyang pon tak buat, lu sihat macamna pon, tak sedap dia punya feel...setiap pagi hujung minggu, pergilah bawa anjing di rumah anda berlari2 di taman...jika anda tiada anjing, jangan jadi bebal meminjam anjing jiran...bukankah tidak membela anjing itu perbuatan yg baik?

jadi gua rasakan gua dah terangkan sedikit sebanyak mengenai sakit jantung....sila ambil mana yg perlu sahaja...oleh itu, tak perlulah adik2 kecil takot untuk menjadi kaya hanya disebabkan risau diserang sakit jantung...belajarlah dgn rajin dan berusaha tekun...semoga menjadi seorang yg kaya dan sihat, lantas memberi sedikit wang kepada blog ini sebagai tanda penghargaan..

p/s: ilmu bio gua dah jadik macamni...jahanam2

Monday, June 27, 2011

Play Sports

 ASSALAMUALAIKUM

Kalau gua cakap pasal faedah bersukan ataupun exercise/play sports, memang confirm2 lu orang akan dapat jawab dengan senang. Selain daripada lu orang sendiri yang merasai faedah bersukan itu, ianya juga merupakan soalan yang sering keluar dalam karangan2 Bahasa Melayu atau English time sekolah. Jadi, walaupun x pernah bersukan pun, lu orang akan dapat jawab dengan senang soalan pasal faedah2 nih. Klise sangat.. menyihatkan badan, mengeratkan silaturrahim, membantu melancarkan pengaliran darah, membolehkan lu orang memakai fesyen2 sukan yang terbaru seperti seluar trek sekolah yang bergoyang-goyang dan banyak lagi.. perghh senang.

Bersukan memang menyihatkan, tapi tahukah lu orang bahawa menonton orang bersukan lagi menyihatkan? Perghh gua cakap, dia punya benefits jauh lebih hebat daripada yang tengah bersukan. Benefits ialah faedah dalam Bahasa Melayu, bukan ape gua takut Dodol Utopia ataupun Naim Khazali x faham gua cakap English. Ohh, English ialah Bahasa Inggeris. Lu orang kene alert. orang yang bersukan benefits nya banyak terarah kepada menyihatkan badan.. serta semua isi2 penting seperti yang ditulis oleh Man Jeddah, pelajar tahun 6 dalam karangan “faedah bersukan”, namun faedah orang menonton sukan lebih terbaikk habaq hang. Meh gua story satu-satu, mengikut kategori, iaitu kesihatan, kesenian dan kebudayaan, semangat patriotism, dan lain-lain.

First, kesihatan. Gua ambil contoh orang yang pergi stadium tengok bola. Jarang gua jumpa orang yang tengok bola bila keluar dari stadium x berpeluh sekali. Jarang jugak gua jumpa orang yang bila habis tengok bola bila keluar dari stadium berpeluh lagi hebat daripada player bola. Jadi pandai2 lah lu orang ambil in the middle between that tentang tahap peluh yang dikeluarkan. Perghhh bila peluh keluar, menyihatkan ape? Setakat gua belajar PJK kat sekolah dulu, yang gua faham, asal peluh keluar je kira menyihatkan lah tu ye dok. Kalau x pergi stadium pun xpe, duduk rumah tengok final badminton yang ada player Malaysia.. perghh, berpeluh jugak. Tapi kalau lu tengok Golf Channel di rumah dengan air-cond dipasang sepoi-sepoi bahasa.. berpeluh, gua x pasti.

Part kesenian dan kebudayaan yang gua suka nih. Kalau lu orang pergi stadium, tengok bola ke badminton ke takraw ke, benda yang paling best ialah follow nyanyian2 daripada fans yang datang. Perghh feeling dia, lagi style daripada tengok konsert baq hang. Nyanyian2 pulak memang sedap, tambah2 lagi backup singer iaitu fans semua nyanyi style menjerit. Perghh kalau Paul Moss datang tengok bola pun beliau nyanyi macam ni, pitching lari pun xde hal. Lagi satu, setakat nyanyi je buat ape. Berjoget tu penting. Giler kesenian dan kebudayaan lah gua cakap. Yang paling style, lu orang x perlu nak berlatih depan youtube nak follow2 kareografi sambil jerit2 5,6 7,8! before datang ke stadium macam lu orang buat before pergi konsert k-pop, tapi lu orang boleh follow tarian2 dengan senang je time tengah tengok bola tuh. Simple serta penuh kesenian dan kebudayaan.

Lagi satu, tengok sports akan menaikkan semangat patritosme. X perlu susah2 habis duit belanja datang tengok tugu negara dengan tujuan untuk membangkitkan semangat patriotism, setakat beli tiket masuk stadium dah cukup. Dah lebih menyeronokkan. Bendera Malaysia merata-rata, Melayu Cina India merata-rata serta macam2 lagi merata-rata. Ahh macam2 lagi. Gua xtau nak cakap macam mana.

Jom. Hari Rabu nih, Malaysia lawan Taiwan kat Bukit Jalil. Lepastu macam2 lagi ada, lawan Arsenal la, Liverpool la, Chelsea la.. macam2. Apa kata jom gi stadium. Die punye feeling memang terbaikk. Lagi terbaik gua rasa daripada join demonstarasi. X, bukan gua cakap demonstrasi itu x baik ke ape, tapi gi stadium tengok bola lagi baik. Ahhh kalau nak join demonstrasi pun gua xde hal, asalkan lu orang gi stadium. Ape? Lu orang takut gi stadium nanti lapar laa ape la. Ceyt, kuaci kat stadium giler sedap. Campur2 dengan air mineral. Perghhh rase die..

Banyak betul gua cakap English campur2 BM dalam nih. Rasa macam BBNU pulak. Perghh feeling die.. 

Wednesday, June 22, 2011

my first time

ASSALAMUALAIKUM

Gua dibesarkan dengan menonton kartun usop sontorian sebelum solat maghrib, makan makanan kampung seperti nasi goreng kampung, dan main tangkap ikan di parit2, bukan laut dalam seperti GP joran metro…jadi secara logik akal manusia normal, gua memang budak kampung…tak perlu gua tukar nama kepada manap mahupun ali untuk menunjukkan yg gua ni brader kampung...oleh hal yg sedemikian, gua jarang didedahkan dgn aktiviti2 kebandaran macam window shopping, jogging setiap petang di taman bersama anjing, mahupun bermain Daytona usa di arked….dan yg paling mustahak, gua kurang diperkenalkan dengan makanan2 fast food yg hanya boleh didapati di kawasan pesat membangun…kfc, pizza hut, mcd, tu semua gua jarang jumpe…jangan kate nak jumpe makanan die, mainan percuma happy meal tu pun gua dapat tatap dalam iklan tv sahaja…tu pun kadang2 iklannye taknak keluar kat tv rumah gua…kampung katenye…cilake
Memandangkan gua jarang makan2 kat kfc,pizza hut mahupun mcd ni, maka gua takde kemahiran yg mantap untuk berhadapan dengan kedai2 sebegini…gua tak akan tau ape nak buat…adekah gua perlu carik meja kosong, duduk dan tunggu org amik order? Kalau kat mcd, bolehke gua order burger big mac special macam selalu gua buat dekat kedai burger cik bob? Kat pizza hut tu sop boleh gua tuang suke hati tak? Soalan2 rupe macamni selalu buat gua seakan fobia untuk dekat dgn kedai2 begini rupa…kadang2 terbawak2 ke mimpi…gua runsing…takkan gua yg semaskulin arepseman nak mengalah dengan hal tadika2 camni? Jadi, gua ingin mula belajar “how to deal with kfc”..apsal kfc? Pasal kfc adalah tempat yg selalu family gua pergi,bungkus….pizza hut jarang, manakala mcd ketika itu gua rasa adalah benda mustahil kerana ade satu burger legend depan pasaraya Billion tgh up mase tu…
Oleh yg demikian, gua mula ikut2 bile abg atau bapak gua pergi kfc…gua nak tgk camne proses aqad jualbeli berlangsung….bile gua follow bapak gua, beliau ade cara tersendiri yg sememangnya style…ini gua panggil style redah...order dgn menunjuk menu yg ade kat atas kaunter, dan mengiyakan hampir semua yg ditanya oleh awek kaunter…gua rasekan cara ini mudah bagi ‘green horn’ mcm gua….bile follow abg gua plak, lain carenye….cara beliau lebih style dan teratur…macam selame ni kfc tu beliau yg asaskan…order tak pakai tunjuk, tapi cakap ape yg nak….soalan yg ditanye awek kaunter ade yg dibalas dgn jawapan ye,taknak,takpe dan lain2 jawapan yg berkait….nampak lebih pro…gua kagum sendiri di tepi kaunter
Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah… dan pokok tanpa buah boleh bergoyang kerana angin yang goncang seperti kata meet uncle hussen....suatu hari gua dan mak gua keluar ke Bandar….bank cimb nak bayar loan juta2 kat mak gua…lepas gembira2 tengok duit banyak, gua ajak makan kfc…ye la, duit banyak makan kat kfc la, ape klas makan kat rumah…sesampainye kat kfc,kitorang carik tempat duduk dulu…mase tu pagi dan byk tmpat kosong..jadik gua rasa harini gua nak makan pindah2 tempat….tiba2 mak gua cakap,”dah dodol, pergi order sane”…gua tersentak…gu tengok depan, ade mak gua…kiri akak gua…kanan, makcik tukang mop yg secare tiba2 bertentang mate dgn gua…ayam tambatan hal order2 kfc macam bapak dan abang gua takde….ini hal berat…tapi nampaknya inilah masanya gua amalkan ilmu yg gua dah cilok sedikit sebanyak…
Gua berjalan kemas ke kaunter….takde sorang pon yg tgh order…ini merencatkan gua untuk membuat sedikit persediaan…namun begitu, demi nampak maskulin gua gagahi juga…”selamat datang.makan bungkus?”, awek sweet soal gua pantas…gua senyum nipis, dan menjawab ‘makan’…ahh, soalan2 camni takkan gua tak boleh jawab…..konfiden gua mula naik…gua rase gua boleh handle benda ni dgn steady macm gua selalu beli gam sagu dekat koperasi sekolah….gua mule tengok menu…otak gua berfikir ligat, ape makanan yg logic untuk mengenyangkan 3 org pelanggan…lepas berfikir lebih kurang, gua pilih satu combo set…gua tak igt apebende yg gua pilih, ni hal 20-30 tahun dulu…..pastu awek tu senyum lagi sekali…dan bertanya,”nak tambah fries?”…ahh, apebende ni…gua tak reti jawab soalan2 camni…tapi gua cube control jiwa…mengikot petua sesetengah org, kalau tak berapa paham ape bende yg budak kaunter tanyekan, cume iyakan sahaje seperti dgn menjawab “ok, boleh, nak” dan lain2 yg positif…dalam keadaan gabra, gua jawab “ok”…dan awek tadi menekan2 keyboard die…wahh, berjaya…lepastu die tanye plak “air pepsi ke?”...gua jawab “nak”…awek kaunter membuat muke sedikit pelik, namun masih lagi menekan2 keyboard beliau….walaupun moral gua sedikit jatuh akibat awek tadi buat muke, gua masih yakin gua dapat handle aktiviti makan kfc harini….dan gua telah harungi beberapa lagi soalan lain yg ada hubungan dengan membeli ayam kfc….siap semua makanan yg diorder atas dulang, gua angkat dan berjalan perlahan ke arah meja..gua perasan awek tadi ade cakap sesuatu dgn member die lantas tergelak kecil….gua duduk dan memandang ayam kfc dengan pandangan paling sepi pernah gua buat…memang sepi
*********************
Lepas awek tu tanye pasal air pepsi, die tanye gua “nak ayam OR ke spicy”….gua gelabah tak tau….OR tu jadah ape? Spicy tu apebende plak….dgn gelabah2,maka gua ikot petua yg ada dan jawab “ok”....awek tu tersenyum sinis dan menjawab kembali “OK”.....memandangkan OK dekat dgn OR, gua dpt ayam OR haritu….


p/s: kat meja,akak gua tanye apsal tak amek spicy….mase tu baru gua dapat tangkap apebende OR dgn spicy ni…gua jawab kat akak gua dgn steady, “spicy pedas…makan pedas2 nanti kene apendiks” sambil menyambong layan kepak ayam