Sunday, January 23, 2011

Diari Joni 3

 ASSALAMUALAIKUM

5.35 pm
Joni dengan parang di tangannya dihayun membabi buta. Habis koncot lalang yang menghalang perjalananannya ke Taman Geografi. Seekor belalang terkejut beruk terus melompat dari puncak lalang ke pentas tanah merah. Teringat keluarga di rumah, siapa pula nak sara kalau dah arwah.
Joni mengucap syukur atas kejayaannya mendapatkan parang. Memang sejak kecil dia diajar begitu. Keluarga alim, kata orang. Joni tersenyum girang bila terpandang batang buluhnya.
Dia terus memasang kekuda dan mula meberi fokus sepenuhnya. Di tangan kirinya, batang buluh dipegang, lurus menegak ke langit sementara tangan kanannya utuh menghala parang. Sesaat sebelum menetak, dia mencampak parang kebawah.
“ Baunya pun dah tak tajam, inikan pula matanya, “ keluh Joni sendirian. Diketuk-ketuk parang tersebut tanpa tujuan yang jelas.
Teringat dahulu, Sufian Soi kawan sebelah mejanya pernah minta jag air dari Pakcik Roe, hendak dipinjam untuk jamuan kelas 2 Skype. Nampak cantik dan bersinar, tapi sayang bila diisi, bocor bawahnya. Lantas, timbul desas-desus di sekolah tentang Pakcik Roe kedekut bagi pinjam barang. Asal pinjam, mesti diberi yang cacat, tak pun diberi yang sudah tak diguna.
Selama ini, Joni tak pernah percaya dengan desas-desus itu, tapi kini diri sendiri yang mengalami. Kena dihidung sendiri.
Joni bingkas bangun dan menyeka peluh didahi. Lengan baju Pendidikan Jasmani yang sudah lusuh itu dilipatnya. Joni cuba menenangkan diri dan menarik nafas dalam. Suaranya yang merdu terus dialun…

“ Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua…. “

Joni jelas kecewa dengan sikap Pakcik Roe. Dia menadah tangan berdoa agar sikap kedekut Pakcik roe dalam memberi pinjam barang berkurang, kalau tidak sekaligus cukuplah sedikit demi sedikit.
******************************************************************
“ Gunakan kudrat yang ada Joni. Hidup ini tidak boleh terlalu bermanja. Kalau tidak, hancur binasa. “ nasihat Atuk Ki kepada Joni. Jalanya disebar ke atas sungai yang kering itu.
Joni terpangu melihat perlakuan datuknya.
“ Tapi Atuk bukankah sungai itu kering, mana ada ikannya ? “ Joni cuba bertanya. Atuk Ki hanya senyum tawar.
*******************************************************************
5.43 pm
Joni tersentak dari lamunannya.
“ Mungkin ada benarnya kata-kata Atuk Ki. Inilah masanya. “ Joni menggenggam erat penumbuknya.
Azamnya makin tinggi. Lebih tinggi dari puncak Kinabalu.



Bersambung….

Thursday, January 20, 2011

cinta coklat

assalamualaikum

gua berjalan-jalan megah seorang diri di midvalley. tiada apa yang nak dilakukan sebenarnya, hanya mahu lari daripada bebanan tugasan yang banyak. sungguh banyak, sehingga kadang2 gua lupa step untuk menggerakkan kuda dalam game chess. huruf L atau Z? hmm. gua teruskan berjalan sehingga gua sampai ke tingkat paling atas. gua lihat orang ramai melakukan tawaf selamat datang mengelilingi bulatan di hadapan cinema, beratur membeli tiket. gua perhatikan poster di cinema, mencari-cari jika ada tayangan filem 2 Alam hasil buah tangan dr. rozmey. hmm tiada. jadi mengapa orang terlampau ramai?

gua teruskan penerokaan solo gua di tingkat atas midvalley. gua kelaparan. gua terlihat food court yang penuh sesak. gua berlari-lari anak untuk kesana. secara tiba2, kaki gua kaku apabila gua tertoleh ke kanan. pameran coklat peringkat midvalley. hmm menarek. gua lajukan langkah gua menuju ke dalamnya. gua harap dengan keadaan gua yang serba daif ini, tanpa ditemani sebarang awek di sisi akan mampu membuatkan akak2 yang menjual coklat kat sini memberi sebanyak mungkin coklat untuk gua test kesedapannya. gua masuk tanpa lupa untuk memberi salam kepada semua pengunjung. aktiviti di dalam hall itu berhenti seketika. masing2 menjawab salam gua. selang dua saat, keadaan kembali rancak dan meriah.

gua perhatikan terdapat berbagai jenis coklat wujud dalam dunia ni. ade yang berperisa vanilla, coklat hitam, coklat coklat, coklat kelabu dan macam2 lagi. begitu juga, dengan bentuk. ade yang lonjong, bulat, petak dan love. love? mengapa? gua berdiri di tengah2 hall selama seminit sambil membuat muka garang dengan tangan didepangkan seluas mungkin bagi menarik perhatian orang ramai. semua orang tidak mempedulikan tindakan gua itu. semua membuat hal masing2 sambil ditemani pasangan yang setia di sisi. ditemani pasangan? coklat? apakah semua ini???

gua runsing. gua berlari keluar dari hall sambil menangis. sampai di tingkat dua, gua terjatuh dari eskalator hingga terjunam ke tingkat satu. gua bangun dari jatuh. serta-merta gua teringat kembali memori2 lama. satu-persatu menusuk ke minda..

di sekolah gua, atau lebih mesra dipanggil labu institution, coklat dan pasangan romantis memang x dapat dipisahkan. tidak percaya? percayalah kata siti nurhaliza. lu orang boleh tanya siapa2 pun, apakah hadiah mingguan yang diterima seorang pasangan kekasih. teddy bear? nasi goreng rudy? vitagen koop? ataupun mungkin kita boleh kata playstation portable? oh tidak sama sekali. tuan2 dan puan2, hadiah itu ialah coklat. ya! coklat! coklat ialah antara barang wajib beli pasangan kekasih jika outing. kajian yang dilakukan oleh pakcik jaga menunjukkan hampir 2/5 pelajar yang balik daripada outing, apabila di scan plastic dan bagnya, mempunyai coklat. hebat?

namun begitu, coklat yang diberi dari kekasih kepada kekasih di sekolah gua hanya terlimit kepada satu jenis sahaja iaitu cadbury. gua tatau nape, mungkin cadbury adalah coklat versatile mampu milik. atau mungkin pelajar2 tidak didedahkan dengan kewujudan coklat2 lain sepertimana gua yang telah didedahkan sewaktu pameran coklat peringkat midvalley berlangsung. mungkin juga salah pameran coklat yang memilih midvalley, bukan terminal one sebagai venue. banyak kemungkinan boleh terjadi di sini. tetapi yang pasti, cadbury adalah pilihan. bagi pasangan yang sengkek, mereka tetap akan berusaha mengumpul duit tabungan untuk membeli cadbury, walaupun mereka sedar kewujudan faeez halim dan konco2 nya dari pihak koop yang sering mempromosi coklat2 mereka seperti tofiluk, nips, safari yang jauh lebih murah walaupun kurang bermutu.

satu lagi gua perasan. ade berbagai cara untuk menjadikan pemberian coklat ini lebih bermakna. antaranya yang paling popular ialah letak bawah meja dengan harapan si tuan punya meja itu datang keesokan paginya dan makan coklat tu time perhimpunan. ade jugak yang menggunakan pengantara, rakan2 sendiri ataupun budak2 junior yang terliur dengan cadbury tu. tapi setakat ni gua x pernah jumpa lagi la sape2 yang guna makcik cleaner ke rudy kantin ke or makcik dm sebagai pengantara. haa yang gunakan cikgu samad dengan cg rahayu sebagai pengantara banyak jugak, tapi selalunya kalau guna dua orang ni, pasangan2 kekasih ni wat pakej sekali dengan surat2 dan mesej2 hp la. hehe. mintak maaf kepada semua hadirin hadirat sekalian..

gua tersedar daripada lamunan. air mata di pipi sudah kering. gua masih lapar. gua teruskan perjalanan gua ke mcD. ramai sungguh manusia. alhamdulillah gua dapat duduk. di depan gua ada satu pasangan kekaseh. time tengah makan, datang dua pasangan kekasih arab bertanyakan sama ada kerusi di sebelah mereka itu kosong atau tidak. makanpasangan kekasih melayu dengan konfiden menjawab kosong dan memberi kerusi itu dengan harapan pak arab dan mak arab itu amek kerusi dan blah pergi meja lain. tapi sangkaan mereka meleset. pak dan mak arab lepak sekali satu meja. meja dahlah kecik, kongsi lak 4 orang. gua kesian. lelaki macho menunjukkan muka hampa. harapannya untuk beromantis dengan awek romantisnya tidak kesampaian. awek romantis memujuk2 sambil bermonolog mencemuh lelaki romantis kerana membawanya makan di tempat yang sesak dan x romantis..

p/s : koop memang legend dalam menjual coklat dan aiskrim.

Sunday, January 16, 2011

Diari Joni 2

 ASSALAMUALAIKUM

5.27 pm
Joni gelisah tak senang duduk. Batang buluh di tangannya digenggam erat, erat seerat rangkulan anak kepada ibunya. Matanya berair mungkin dimasuki miang buluh. Dipandangnya sekeliling Taman Geografi sambil mulutnya terkumat – kamit menyebut sesuatu. Pandangannya terpana ke kantin.
Lima saat kemudian, dia dapati dirinya di dalam dapur kantin, tepat di hadapan Pakcik Roe, tauke kantin sekolah. Bau nasi goreng pattaya menusuk kalbu. Joni tanpa lengah mencuit sedikit nasi yang masih separuh masak lalu disuapnya ke dalam mulut.
Tangannya pantas ditepis Pakcik Roe.
“ Ish, apa masalah kau ni Joni! Ini nasi budak-budak puteri order. Kalau kau nak, order lah sebungkus, pakcik boleh buatkan, “ tiga kali geleng kepala Pakcik Roe atas perlakuan Joni.
“ Maafkan saya pakcik. Saya perlukan sebilah parang secepat mungkin.
Secepat mungkin. “ jelas Joni dengan serius.
Pakcik Roe mula terbayang drama Keliwoon terbitan TV3. Parang selalunya ada kaitan dengan ritual penyembahan minta nombor ekor. Dadanya turun naik menghembus nafas. Nasi goreng pattaya budak-budak puteri mula berbau hangit.
“ Bukan itu tujuan saya pakcik. Saya tak pernah main nombor ekor. Saya orang Islam. “ terang Joni sambil matanya tepat memandang Pakcik Roe.
Rahang Pakcik Roe terbuka luas. Masakan Joni mampu membaca fikirannya. Belum pernah dalam seumur hidupnya ada orang berjaya melakukan sedemikian. Selama ini, hanya dalam rancangan magis dilihatnya perkara itu.
“ Jangan banyak sangat tengok cerita tahyul pakcik. Tak elok. Saya pun hairan lihat industri seni tanah air kita asyik-asyik keluarkan filem tahyul, cerita hantu. Tidakkah mereka sedar sedikit sebanyak ia mampu mempengaruhi mentaliti rakyat kita ? “ soalan dilontar Joni dengan nada sinis berniat mulia.
“Betul tu nak. Pakcik setuju benar dengan pernyataan itu. Pakcik belanja nasi goreng pattaya sebungkus, “ bicara Pakcik Roe kekaguman.
Namun demikian, mata putih Joni masih melilau melihat suasana dapur kantin. Mencari sesuatu.
Bersambung…

Saturday, January 15, 2011

Diari Joni 1

  ASSALAMUALAIKUM

5.09 pm
Joni berjalan sambil dikuis-kuis kerikil di laluannya. Sejak dari tadi dia berjalan di hadapan Dewan Seri Bestari. Kawan-kawannya ajak main bola di padang hoki yang terletak di bawah cerun belakang asrama, tapi ditolaknya penuh hormat.
“ Jom bola. Game derby petang ni ! “ sergah Zack dari belakang.
"Hamstring aku tak elok lagi ni," balas Joni, bernada acuh tak acuh.
Zack memang hantu bola. Sejak dari form 1, tiap-tiap petang memang main bola. Kalau petangnya tak main bola, malam dah macam kena demam denggi. Joni terus menguis-nguis kerikil. Dilihatnya jauh di sudut padang, bebudak Form 1 tengah main guli.Teringat kenangan masa muda-muda agaknya. Joni dulu pemenang Pertandingan Tuju Guli peringkat sekolah. Dia wakil rumah Uthman bersama Baihaqi Anuar, tapi sayang Baihaqi Anuar kandas di suku akhir, Joni pula layak sampai final bertemu Joel, wakil rumah Umar. Tak sampai 14 minit, Joni merangkul piala kemenangan. Tiba-tiba, dia ketawa kecil.

5.18 pm
Joni masih di depan dewan. Bingung mencari aktiviti untuk dibuatnya di petang hari. Dari jauh dia lihat budak-budak puteri berjalan lenggang-lenggok ke kantin. Memang biasanya para pelajar ke kantin waktu sebegini untuk order nasi pattaya dengan nasi paprik sekali dengan air milo. Selalunya malam lepas maghrib baru siap.
“ Makan saja kerja, mana tak gemuk. Nanti bising-bising berat naikla, apa la..” ngomel Joni sambil muncung mulutnya.
Joni berjalan pantas ke Taman Geografi. Jam di menara ditenungnya, lagak seorang pendaki gunung. Joni mula mengatur langkah. Makin lama, makin pantas jalannya menuju ke taman itu. Taman Geografi memang dah lama ada, cuma jarang dilawat orang. Iyalah, bukannya ada apa kecuali buluh-buluh miang yang tak mati-mati. Joni tiba-tiba berlari pantas umpama angina Selat Melaka. Saat dia tiba di sebatang buluh elok terpacak, dia mendongak ke udara, dan dengan angkuh dia melompat ke udara.
Zaaaass!
Jatuh batang buluh menggamit ketenangan burung gagak yang sedang menjamah saki-baki makanan di belakang kantin. Dibelek-belek batang buluh yang tumbang.
“ Hurm, boleh ni. Boleh ni “ dengus Joni.
Bersambung….

dodol utopia

assalamualaikum

nama panggilan beliau ialah dodol utopia. beliau merupakan seorang lelaki macho berjiwa kental yang juga merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat. hebat dalam berpidato, serta mendapat tempat kedua dalam pertandingan pencarian lelaki hensem, kacak dan bergaya (tewas kepada syed afiful). berkawan baek dengan imraan azhar, ahli kumpulan lawak no.1 malaysia serta bercita-cita untuk bekerja di econsave suatu hari nanti. sekarang merupakan penuntut asasi kejuruteraan di puncak alam walaupun pernah gagal untuk menuju puncak semasa menyertai ujibakat af musim ke-3 dahulu.

maka itu, kami warga extrovert mengucapkan selamat hari lahir ke-19 kepada syafiq suhaimi. semoga berjaya mendapat kerja di econsave suatu hari nanti. dan yang paling penting, semoga berjaya menjadi player basketball tersohor di uitm puncak alam dengan kasut yang bergaya itu.

p/s : arepseman.blogspot.com