Wednesday, November 17, 2010

pesan orang tua

assalamualaikum

hari ni merupakan hari raya eidul adha. salam hari raya gua ucapkan mewakili kru produksi lauk pauk kehidupan dan juga fanz lauk pauk kehidupan, "LAUKS". semoga raya haji kali ni lebih bermakna terutama kepada mereka yang sedang menunaikan haji di tanah suci. juga diucapkan selamat berjaya dan chaiyok kepada warga2 sijil pening minda, SPM yang akan memulakan ekspedisi menuju puncak pada minggu hadapan. di kesempatan ini juga, gua ingin mengucapkan selamat bercuti kepada adik2 di bangku sekolah yang baru memulakan cuti persekolahan. juga kepada cikgu2 yang x terlibat dengan SPM yang juga akan memulakan cuti sepertimana adik2 sekolah yang bercuti. sebelum gua terlupa, SPM ada hubung kait jugak dengan STPM, dari segi masa peperiksaan. juga selamat berjaya gua ucapkan kepada mamat2 n minah2 yang akan amek STPM. x lupa juga, gua ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi syabas kepada adik2 senior sekolah rendah yang dapat result gempak time UPSR. kalau apply untuk gi sbp tuh, pastikan tick sekolah sains macam gua buat. sebab nnti lu akan dapat smap labu, macam gua dapat. tapi lagi bagus kalau lu orang tick sekolah agama, sebab gerenti masuk smap labu, macam member2 gua buat. senang citer baek lu orang masuk smap labu, sebab end up tules blog macam ni, macam gua tengah buat.

baeklah, gua senanye nak sentuh sket pasal peristiwa yang berlaku sekarang ni iaitu cuti sekolah akhir tahun. biaselah, asal nak cuti je, sume pelajar2 sekolah akan semangat. lagi2 pelajar2 yang duduk sekolah asrama, macam gua dulu2. semangat kot nak balik ni. kalau bebudak perempuan tu, beg akan di-pack sebulan sebelum cuti, menandakan semangat yang tinggi dan azam yang jitu. kalau bebudak lelaki yang senior sket, sume tengah pikir hari last nak gi lepak mane. terminal one ke seremban parade. ke dataran seremban. ataupun kedai mamak tempat faeez halim, hanis zakwan dan mustakim mazlan tengok bola time mereka mula2 fly. xpon tengah pikir nak tido ke x malam tu. bagi dak2 laen lak, sume tengah open makanan. menghabiskan makanan2 yang ade. time ni la kite dapat tengok sape yang kedekut, sebab selalunye sape yang kedekut tu la makanan die paling banyak, sebab selame ni die makan sorang. jadi sebagai rumusan, malam last kat sekolah semua akan bz, termasuklah mesin basuh dan tv. dan laptop kat bilik gerakan. dan pendrive dan external yang nak copy movie. dan lampu2 bilik yang terpakse bernyale hingga ke pagi sebab xde light off. dan yang paling penting, percussion yang ditinggalkan kat syukbah musolla yang akan diketuk smpai subuh.

esoknya, pagi2 lagi bebudak perempuan akan ramai2 dah lepak kat dataran. tunggu bas datang. bawak beg besar2. teddy bear besar2. yang ade bawak bantal spare sume pegang kat tangan sebab x muat masuk beg. yang dapat muat masukkan bantal dalam beg adalah bantal2 yang kene tiup pakai mulut untuk mengembungkannya. ade jugak yang kene tiup pakai pam basikal. budak2 laki pulak akan turun lewat sket, sebab lepas subuh baru nak start packing barang. sebab tu kes ampaian masih penuh walaupon cuti terjadi, sebab x ingat baju2 yang tengah kene jemur kat ampaian. pastu bas2 sekolah serta bas2 kilang yang gedebak pulak sampai. pastu wat gangster parking kat dataran. bas untuk ke johor pula bernama bas catar, dinaiki oleh najmuddin "manap" moskori suatu ketika dahulu. dan juga ammar "elmo" hakim. bile bas2 ni start parking sume, budak2 sume teruja pastu konon2 men cop2 sape dapat bas paling best n sape dapat bas catar. haram tol. bile diumum bas paling best untuk negeri 'itu', seluruh pelajar negeri tu bersorak. termasuk la rakyat2 negeri tu yang berada di negeri itu. negeri tu jugak akan ambil cuti peristiwa untuk meraikan kejayaan tu. betapa hebatnya penangan bas tercantik.

sebelum naik bas, akan ade sape2 sahaja yang akan buat ucapan, samada kat darul qiadah atau mercu tanda. sape2 ini ialah orang2 yang berpangkat di sekolah, seperti pengetua, hem atau warden. ucapan ini diberi bertujuan untuk mengingatkan pelajar2 akan kehebatan pemandu2 bas dan keselamatan yang perlu diambil semasa bas berhenti untuk berehat di r&r. dan disebabkan gua dah 5 tahun melalui perkara yang sama, gua dah berjaya simpulkan ucapan kelima-lima tahun itu untuk menjadi satu. dan gua gelarkan ucapan ini sebagai 'pesan orang tua'...

"baeklah, hari ni lu orang sume akan pulang ke kampung. seperti biase, sampaikan salam kepada keluarga masing2 daripada gua. gua sebenarnye berhajat nak datang setiap rumah untuk bagi salam, tapi gua ade masalah pada pemanduan jarak jauh. nak naek flight, rumah lu orang bukan la sebelah airport. jadi ni je la gua mampu.

hari ni,gua sediakan bas2 untuk lu orang pulang. pastikan lu orang x tersalah bas. pertama sekali, periksa no plat bas dan padankan dengan silang kata yang telah gua bekalkan. jika lu orang berjaya menyelesaikan silang kata itu, lu orang akan menjumpai kod2 untuk mengetahui no plat bas masing2. selepas itu, sila pastikan bahawa lu orang mengenali serba sedikit pemandu bas. ambil no telefon beliau untuk memastikan sebarang pertanyaan senang diajukan. kalau boleh, periksa sedikit latar belakang keluarga beliau. cyber cafe akan dibuka untuk membolehkan lu orang semua periksa profile facebook pemandu bas untuk mengetahui asal usul mereka. kalau pemandu bas itu bekas banduan atau penjenayah, sila laporkan kepada admin.

seterusnya, bagi memastikan kelancaran perjalanan, periksa kondisi bas. cek angin dalam tayar. pastikan signal dan wiper berfungsi dengan cemerlang. kalau boleh, tukar minyak hitam bas. periksa keadaan enjin. pastikan bas menggunakan enjin mengikut spesifikasi yang ditetapkan jpj. kalau mampu, pastikan langsir bas ditukar. dan juga sarung kusyen. ini bagi mengelak sebarang jangkitan bakteria. kalau tidak cukup budget, sembur dengan semburan fabreeze sudah memadai.

terakhir sekali, sebelum menaiki bas, periksa dan kira bilangan anak tangga bas. pastikan kaki melangkah betul2 mengikut bilangan anak tangga bas. jangan ade yang terlebih atau terkurang. sebelum duduk, periksa no tempat duduk. borang tempat duduk bas boleh didapati di bawah tempat duduk bas. di dalam borang itu, terselit gambar pelajar yang berhak dan layak menduduki tempat duduk itu. dan juga yang paling penting, pastikan anda bercakap menggunakan loghat yang betul. dilarang sama sekali bercakap loghat kedah ketika menaiki bas untuk ke kelantan. anda mungkin dikenanakan tindakan tatatertib oleh pemandu bas."

setelah sesi ucapan selesai, semboyan akan dibunyikan. bas2 pon berlalu pergi. pelajar2 dalam bas akan melambai rakan2 yang lain yang x naek bas, seperti rakan2 yang pulang ke kl dan negeri sembilan. serta sarawak seperti zubair mustaffa. demikian satu coretan peristiwa terpenting dalam kalendar sekolah. sekian, majulah bas untuk negara. salam..

2 comments:

rizal_everdeen said...

dan aku jugak yg melambai lambai dr jaoh tatkala korg sume meninggalkan aku. org "jaoh" laaaa katekan.

ismatulnabilaismail said...
This comment has been removed by the author.