Thursday, September 9, 2010

sepi.

ASSALAMUALAIKUM

5 september 2010. 12 tgh malam.
gua keseorangan lam bilik gua di uia. rakan2 semua dah pulang ke kampung halaman masing2, bagi menyambut hari raya aidilfitri yang dijangka bakal disambut pada hari jumaat. masalahnye, kenapa gua keseorangan di uia? jawapannye, final project gua x siap2 lagi. gua dikehendaki menyiapkan lukisan di atas kertas a2, tentang ciri2 rumah yang perlu ada bagi setiap rumah dan sekitar perumahan. senang cter, bagi budak2 taska bukit aman, lukisan "rumah idamanku". tapi masalahnye, budak2 taska bukit aman x perlu panik dan risau melampau sebab kebanyakan lukesan2 mereka pasti akan mendapat gred a, walaupun konspirasi pemberian gred a yang mudah oleh guru2 taska kepada murid2 telah berjaya dibongkar oleh rahman hassan, pelajar 5 tahun dari tadika teluk sisek dalam buku beliau " kindergaten : between honour and sincerity". sedikit ulasan tentang buku beliau, rahman hassan berjaya merobek satu persatu rahsia golongan2 guru taska yang disimpan rapi dalam kalangan mereka hingga menyebabkan persatuan guru2 taska semalaysia memfail saman malu terhadap beliau dan memohon penarikan lesen penjualan buku "kindergaten : between honour and sincerity " di kedai2 buku berhampiran. berbalik kepada cerita yang gua ingin sampaikan. jadi, bagaimana gua berjaya menulis entry walaupon kerja maseh x siap2 lagi. jawapannye, kerja gua baru je siap. jadi disebabkan itulah gua tibe2 terperasan yang gua sebenarnye keseorangan dan keadaan sungguh sunyi sepi seperti sedang makan megi dalam dorm sorang2 waktu prep malam d smap berlangsung. hanye slurrrppp yang kedengaran.. dan disebabkan keadaan terlalu sepi, satu persatu memori silam datang menjengah mengetuk pintu bilik gua. gua bukak pintu bilik gua. ramai yang datang. gua persilakan semua masuk. buat macam bilik sendiri ye..

januari 2005
masuk smap. dalam bahase mudahnye, sekolah menengah agama persekutuan labu. tyme ni laa gua kenal ramai jenis manusia. ade yg putih mcm kulit muka gua, yang hitam macam rambut gua, yang perang macam tangan gua, yang merah jambu macam kuku gua, yang biru macam mata kanan gua dan turquoise macam mata kiri gua. mula2 masuk, semua muka kelihatan suci biarpun dalam debu bak kate saleem. masing2 membawa ijazah terbaik masing2 seperti sijil upsr yg sekarang ntah kemana, sijil johan berkumpulan lari sambil bawak bola pingpong dengan sudu peringkat negeri, johan angklung daerah dan macam2 lagi. tyme ni, memori gua x berapa nak dtg sangat. yg banyak gua ingat cume melalui malam2 hari di smap dalam ketakutan dan kecuakan. mengapekah? ini semua disebabkan amalan "hormati yang senior, ade ku kesah yang junior" yang diamalkan secare monarki di smap. akhernye, gua dah dapat ape yg gua sebenarnye nak ceritakan.. iaitu kesah tentang batch gua dan batch senior gua bermesra.

2005. minggu orientasi
mule2 orientasi rase bangge. mane taknye, dengan layanan mesra yang diberikan oleh senior2 sewaktu pendaftaran sehingga ada di antara mereka yang sanggup menjadi kuli dan bell boy kepada kami2 semua dengan mengangkat beg dan peralatan2 tingkatan satu smap ke bilik. ade juge antara kami yang tersalah anggap sebahagian mereka adalah pekerja2 warga myanmar yang menyamar pakai school uniform semata- mata untuk mengangkat beg2 kami pada hari tu. sebab mengikut tradisi myanmar, barangsiapa yang membantu mengangkat baldi dan cadar serta sarung bantal pelajar tingkatan satu, maka mereka akan memperoleh pangkat dato' dari sultan masing2. begitulah gamaknye.. namun begitu, menjelang malam, hujan yang disangka sampai ke petang rupenye tiba2 panas d tgh hari. kemesraan yang disangka berkekalan sampai bila2 rupanya berubah menjadi battlefield d maghrib hari. secara tiba2, semua mereka berlakon menjadi ganas. namun disebabkan kecetekan ilmu kami2 semua tentang seni lakonan, kami x berjaya mendetect bahawa mereka semua sedang casting watak tambahan untuk cerita crows zero. semua mereka mencuba sedaya upaya membawakan watak ganas dengan berkesan. dan kami sungguh tertipu.. sehingga kami menurut segala perintah mereka2 kecuali seorang hero dari kedah, f****** izuan yang berjaya mengesan lakonan mereka dan mencuba untuk lari dari skrip asal keganasan yang dicipta. kerana itulah, beliau dikecam hebat. pujian kepada beliau kerana berani.. namun begitu, seperti yang dikhabarkan tadi, ramai yang tertipu dan cuak kepada mereka semua. lebih2 lagi kepada mais. antara contoh2 kecuakan melampau yang berjaya dizahirkan ialah menyanyi lagu kebangsaan dengan tangisan, memalukan brand seluar trek smapl dengan pemakaian secara terbalik, menzahirkan kepakaran dalam matematik dengan mengira helai daun di pokok serta bilangan lubang pagar, menguji kelancaran pengaliran darah di dalam otak dengan membuat pusingan setempat tanpa henti, serta menguji keberkesanan senaman di gim selama ini dengan duduk separuh untukk tempoh masa yang lame. semua dilakukan dengan berkesan, kecuali beberapa yang uzur dan tidak bersedia..kelas vokal juga diadakan untuk memastikan casting senior kami ini berjaya. dan lagu yang dinyanyikan terdiri daripada pelbagai genre, nasheed iaitu asma ul husna, rock leleh iaitu "mana kami pergi, semua orang bertanya...", romantik syahdu iaitu lagu negeri sembilan serta balada longlai iaitu lagu sekolah. semua dinyanyikan dengan vokal setaraf black dan lan meet uncle hussein. cume lagu sekolah lebih kepada s.m. salim.

malam2 hari. sepanjang tahun.
balek prep malam merupakan opening ceremony kepada neraka d smap. bagi kami yang masehh mentah d sekolah, kami amat mengharapkan dorongan dan sokongan serta semangat dari mereka yang terlebih dahulu makan mee pahit dan minum air beras d dm smap. bagi senior2, mereka memang sentiasa berasa terbuka untuk mendengar luahan masalah2 adek2 mereka. malah mereka cukup caring. sehinggakan apabila tidak ade yang hadir ke dorm untuk bertemu mereka, mereka sanggup menghantar utusan ke dorm kami2 sume untuk mencari sape2 sahaje yang sanggup ke dorm mereka untuk bermesra. wahh, bagi kami, ini satu penzahiran kasih sayang yang ekstrem. namun, seperti biasa, x semua berlaku seperti yang kami rancang. kerana rancangan senior2 kami lebih berpandangan jauh dan merangkumi rancangan2 kami. hampir setiap malam, akan ada wakil kami pergi sesi kaunseling bersama mereka. sesi kaunseling ini merangkumi pelbagai program bercorak ilmiah seperti membasuh baju, menggosok baju, mengurut, menyanyi, serta bersenam. dan semua ini dilakukan dengan rela hati. kecuali beberapa pelajar terpilih yang berjaya mendapat sedikit dana dan tips2 sumbangan senior2 yang prihatin. dan setelah disiasat, senior2 prhatin ini kebanyakannya join group "tv3 : bersamamu" di friendster. (facebook maseh x dikenali). tu pun gua siasat kot.. kehidupan malam kami waktu itu, hanyalah untuk menjadi hamba kepada mereka2 semua.. terima kasih.merasa gak gua jadik hamba.. tu antara cita2 gua waktu tadika dulu..

gua rase entry gua kali ni lebih bersifat kewanitaan dan sedikit kesusasteraan. kerana mengikut kajian prof dr. wang gingron iaitu pakar kaji cuaca dari hanoi, wanita lebih mudah mengekspresikan ketidakpuasan hati mereka terhadap sesuatu perkara berbanding lelaki yang lebih suke berdiam. jadi, untuk mendapatkan feel pengkespresian kemarahan itu, gua sanggup menyuntik hormon2 tertentu ke dalam badan gua malam ni bagi membolehkan entry ini ditulis. dan alhamdulillah gua dah hampir sampai ke penghujung. dan gua rase gua berjaya "konon2" mengeksperesikan kemarahan gua terhadap ape yg berlaku waktu dulu2. gua senanye xde simpan dendam pun, cume hormon yg gua suntik ni sahaja yang buat gua rase bdendam tibe2. namun begitu, kalau x dsebabkan senior2 gua dulukala, gua x rase batch gua mampu melakukan kejayaan yg lebih bermakna sebegini. gua x rase kami semua mampu melakukan ape yg mereka lakukan terhadap kami dulu kepada junior2 kami pula jika tidak mereka yang mengajar, kami x rase warisan ini dapat kami kekalkan jika tidak mereka yang mengekalkannya, kami juga x rase kami mampu muncul dengan idea2 yg lagi gile jike mereka x introduce idea2 gile kepada kami dan macam2 lagi. tahniah kepada semua.. semoga smap labu terus maju di hati setiap pelajar dan gurunya..

p/s : gua dgr cter warisan ini sedang slow2 cuba ditamatkan oleh golongan2 terhormat di smap. semoga ianya x menjadi.. barangsiapa yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya.. ujar posmen nenek gua punye driver, goerge santayana..




No comments: