Sunday, August 29, 2010

selamat berjuang sahabatku.

ASSALAMUALAIKUM

gua terpaksa menunaikan janji seorang jantan kepada jantan yang lain iaitu gua harus merealisasikan hasrat PM kita, Dato Seri Najib untuk melihat blog lauk pauk kehidupan menghasilkan entry berganda atau dalam bahasa minangkabau dipanggil "double entry" pada malam je-19 ramadhan ini. setelah membaca secara mendalam entry pertama yang dihasilkan oleh saudara dodol menggunakan pemikiran matang nye, gua berasa bahawa gua juga patut berusaha untuk berfikir secara matang dan lebih kedewasaan seiring dengan visi dan misi negara malaysia yang ingin melahirkan belia yang benci kepada dadah. jadi, seiring dengan itu, gua juga akan cube muncul dengan satu entry yang lebih memerlukan ketajaman otak untuk berfikir dan kepantasan minda untuk menganalisa.

baeklah, gua mau mulekan entry gua dengan cerite pasal gua. semalam, gua terpandang fb budak2 intec. setelah gua selidiki dengan mate dan kata hati, gua baru tahu bahawa mereka semua baru sahaja lepas graduate dari intec, dan menunggu masa je nak pergi menghafal lagu rakyat mesir dan jordan serta mempelajari masakan tradisional pak2 arab di sane. lalu secara tibe2 gua tersentak. lamunan gua melihat fb mereka2 semua terhenti apabila mood serius gua datang menjengah secara tibe2 tanpa mengucapkan salam. gua terpikir tyme gua spm lu, seperti mane rakan2 gua yang lain, gua juga menyimpan hasrat yang sama iaitu ingin terbang jauh ke negara orang untuk menuntut ilmu disamping mempelajari bahasa dan budaya masyarakat di sana. namun gua juga terpikir, alangkah indahnya rancangan daripada Yang Maha Esa yang memberikan kite sesuatu yang pada mulanya kita rase satu kerugian, tetapi rupenye merupakan satu nikmat. gua memang x berjaya untuk mendapat mane2 tawaran luar negara kerana sijil spm gua x berapa mahal kalau nak dijual buat paper buruk. jadi pada mulanya gua rase itu adalah satu kekurangan pada diri, apatah lagi melihat rakan2 setilam dan sebantal yang laen akan ke mane2 ntah d serata pelusuk dunia ni.

namun begitu, gua mula sedar. semua terjadi ade hikmahnye. gua x dapat bayangkan kalau gua dapat ke luar negara, adakah gua mampu meneruskan hidup sebagai muslim yang baik dengan iman yang senipis ini. bagaimane kah gua mampu mengelakkan diri gua dari terjebak dengan berbagai lagi masalah sosial jika di bumi gua sendiri, gua lalai dengan suruhan - Nya. adekah gua mampu berterusan melakukan amal ibadat yang gua amalkan sejak sekolah dulu. adakah rakan2 gua akan hadir membantu, tatkala gua memerlukan dorongan dan kekuatan untuk mendekati- Nya. melalui soalan yang gua kemukakan tadi, gua sendiri sudah gagal menjawabnya, sebelum gua sempat ke luar negara lagi. sekarang, gua sedang study di pusat asasi uia. walaupon namenye seakan islamik sepertimane name sekolah gua dahulu, tetapi gua rase gua gagal hampir sembilan puluh peratus soalan2 yang gua kemukakan sendiri. gua tak mengerti di mane silapnye, adakah ini lahir dari jiwa seorang remaja yang inginkan kebebasan seperti merpati dalam sangkar, atau mungkin kekuatan iman x segah name tempat gua menuntut ilmu. gua buntu.

buat rakan2 semua, gua mahu memetik kate2 ustaz zawawi (guru bahasa arab gua tyme f4 merangkap guru kelas gua tyme f2) yang disampaikannye kepada gua melalui ruangan chat fb. " sesat orang yang berilmu lebih teruk daripada sesat orang yang jahil". ingatlah, kite semua beruntung diberi pendidikan agama sejak kecil hingga masuk ke peringkat sekolah menengah. dan paling tidak pun, kita sudah mampu membezakan yang mane yang haq dan yang batil. jadi, gunakanlah ilmu kita itu untuk menjadi dorongan dan sokongan untuk mencapai ibadat yang maksima terhadap- Nya, bukan jadikan ilmu itu sebagai penghalang dan hijab bagi kite untuk mendekati - Nya. perlu diingat jua, sejauh mane kite menuntut ilmu, sebanyak mane fail sijil pendidikan kite, itu bukanlah jaminan kepada tingginya darjat kita di sisi makhluk yang lain. kite semua adalah sama, yang membezakan adalah bagaimane kite menggunakan ilmu yang ade itu ke arah yang lebih baik. akhir sekali, sayangilah orang yang menyanyangi anda, kerana tanpa nasihat dan ke "caring" an mereka, anda tidak mempu sampai ke tahap anda berada sekarang. wassalam..

2 comments:

aliah said...

belaja rajen2...

Aen said...

rezeki saya d malaysia shj. xpe. :)

redha itu penting..

like2.. :)