Wednesday, July 20, 2011

Harimau Malaya


Sekarang ni team Harimau Malaya makin meningkat. Good. Penonton pun dah mula ramai datang stadium. Rakyat Malaysia pun dah ada cara lain nak berhibur secara majmuk, selain daripada tengok konsert Akedemi Fantasia, tengok wayang, tengok MTV World Stage, rempit di tengah malam, dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan ramai orang.

Sekurang-kurangnya, sekarang team dah kuat, orang boleh turun stadium. Boleh ajak nenek datuk pakcik makcik semua. Bawak family memang xde hal la. Gile hape kalau pergi MTV World Stage bawak datuk nenek.

Duduk depan TV pun xde masalah rasanya. Kalau bukak team Malaysia lawan bola, x mungkin la ade sape2 nak bantah. Team Malaysia tuh, kalau bantah pun mungkin orang-orang gaji Indon yang bengang sebab x tengok Indo Pek. Tapi gua rasa Indon sekarang pun nak tengok Malaysia main, sebab ada abg endon, Safee Sali. Cuba bayangkan satu family dengan datuk nenek depan tv tapi tengok Desperate Housewives, awkward bukan. Ataupun contoh senang, Showdown 2011. Melainkan datuk nenek anda bekas B-boy. Jadi ternyata team Harimau Malaya bole menyatupadukan rakyat.

Post gua kali ni ialah untuk menonjolkan semangat Harimau Malaya dalam kalangan rakyat Malaysia saja. Banyak. Memang banyak. jadi bacalah, apa yang sempat gua ambil daripada Twitter dalam minggu EPL nih.

@RealUsopWilcha : Kami ber4 AM crew dgn bangganya telah membeli jersey ori harimau malaya to show our supports to our national team

@tomok_nb_oiam : Saya telah menukar avatar saya kepada HARIMAU MALAYA..tanda sokongan saya terhadap pasukan negara..anda bagaimana?

@jinnyboy : Full time MAS 3 LFC 6, right now I'm proud that harimau Malaya scored 3 goals, I don't care about the score. Well done tigers!

@fahrinahmad : Tq evrybody!!! And.... Harimau Malaya always.. Xcited! And hope for a great match!! Auuummmm!!!!

@sheilamajid :As much as I am an Arsenal fan,I will be donning our HarimauMalaya colors tonite. Gunners in my heart, Tigers are my soul. :)

@obefiend : USA lost to japan while Brazil lost to Paraguay. Brazil failed to convert ALL PENALTIES. Lets hope Malaysia can do something to CFC!

@khairykj : Malaysia boleh bro. Meh la sini RT @WayneRooney: The lad who went to watch Liverpool train in mufc top with my name on the back is a legend.

@richard_buxton : Now that's how you take a free kick! Rahim draws Malaysia level just minutes before the break. #LFC


Beliau pun sokong Malaysia


Tanah tumpahnya darahku..

Sunday, July 17, 2011

Selembut Kasih Jamal #2


Pemuda itu masih senyap, tidak menghiraukan teguran Jamal Ariffin Mohsin. Jamal Ariffin Mohsin agak berang dengan tingkah laku pemuda tersebut. Sebelum ini tidak pernah lagi orang tidak menyahut seruannya. Selalunya apabila dipanggil, semua akan menyahut kembali, tetapi tidak bagi pemuda ini. Jamal Ariffin Mohsin menegur sekali lagi..

“Bro, dengar tak gua tanya ni. Kenapa main dam sorang-sorang?”

Seketika kemudian pemuda itu berpaling, lalu memandang Jamal dengan pandangan biasa. Sambil mengesat peluh di muka menggunakan tisu Premier yang disimpan di koceknya, pemuda itu menjawab :

“Oh, Jamal Ariffin Mohsin rupanya. Minta maaf kerana tak sedar kau di sebelahku. Maklumlah, aku perlu benar-benar bersedia sebelum berlawan dengan orang lain. Aku risau jikalau aku tak bersedia sepenuhnya, nanti yang lain akan memperalatkan aku jika aku bertemu dengan mereka. Yang paling aku risau, aku kena 4-step checkmate.”

“Sejak bila dam aji ada 4-step checkmate? Sejak bila lu tahu nama gua?”

“Adakah kau yang tak tahu pasal 4-step checkmate ataupun aku yang tak tahu asal-usul step itu? Ahh lupakan saja. By the way, nama kau kan famous dalam kelab nih sejak adik saudara kau dah jadi terkenal di website vimeo. Semua orang sibuk nak mula bertanya pasal adik saudara kau tu dekat kau. Masing-masing bangga nak beritahu kawan masing-masing yang mereka kenal dengan abang saudara kepada ahmadmustajap, pengarah filem pendek tu, merangkap adik saudara kau. Adakah benar kau tak sedar akan keadaan ini? Ataupun saja-saja nak tunjuk rendah diri? Ahh kalau kau rendah diri pun, yang naik nama nanti ahmadmustajap juga, bukan kau. “

“Betul lah, memang gua tak sedar.  Bila masa adik saudara gua pandai guna laptop pun gua tak sedar, inikan pulak dah pandai guna vimeo. Dah selangkah jauh daripada gua yang hanya tahu guna yotube. Setahu gua, gua cuma ajar dia cara on off laptop saja dulu, itu saja. Ohh dah terkenal beliau sekarang ye. Hmm beliau mengarah movie apa sampai terkenal sangat tu?”

“ Deodorant”

“Pergghh. Movie Deodorant?! Gua pernah dengar juga pasal movie tu. Tak sangka tu buah tangan adik saudara gua. Pergghh ini perkara serius ni. Gua rasa bangga.”

“Kalau aku pun aku bangga. Hmm by the way, yang kau dok tercegat dari tadi tu kenapa. Marilah join aku main dam ni. Tapi kau duduk sebelah je la, sebab aku masih tak bersedia nak lawan dengan orang lain. Kau duduk pun senyap je, jangan kacau step aku. Jangan cuba member pendapat, sebab ni sesi critical thinking. Otak aku yang diperlukan untuk berfikir, bukan otak kau.”

“Okay. Lagipun gua nak berfikir cara-cara nak promote ahmadmustajap ni. Kebanggan family tuh.”

Jamal Ariffin Mohsin duduk sebentar, kemudian bangun dan berlegar-legar di sekeliling kelas itu. Suasana masih lagi sunyi, betul-betul mengikut susana dalam Sims 3 ketika sims sedang bermain chess. Masing-masing sungguh khusyuk, mungkin berniat untuk menaikkan level masing-masing yang muncul di atas kepala, juga meniru budaya game Sims 3. Jamal Ariffin Mohsin masih berlegar-legar, kemudian mata beliau terpaku pada notis kenyataan di sebelah pintu masuk.

‘Pembahas Terbaik Peringkat Universiti Tempatan’.

Jamal Ariffin meneliti dalam-dalam biodata pembahas terbaik itu. Hebat. Beliau kelihatan amat hebat dengan pencapaian serta anugerah-anugerah yang telah beliau terima sepanjang penglibatan beliau dalam arena perdebatan di universiti. Jamal Ariffin Mohsin bagaikan terpukau membaca biodata pendebat tersebut. Secara tiba-tiba beliau berpaling dan menjerit ;

“Siapa Mokhtar Shaarie bin Eunos. Anyone?”

Semua orang kelihatan terkejut dengan teriakan Jamal Ariffin Mohsin. Masing-masing mengangkat muka daripada papan dam, dan memandang tepat kearah Jamal Ariffin Mohsin. Jamal Ariffin Mohsin berasa seperti beliau dibebani oleh satu tanggungjawab yang amat berat, bagaimana mahu dibalasnya setiap pandangan orang itu. Di dalam kelas itu sekarang ada lebih kurang 30 orang ahli, tak sempat rasanya jika beliau mahu membalas setiap satu padangan sambil tersenyum, seperti yang biasa dilakukannya ketika bertemu dengan orang lain.

“Anyone? Gua saja nak tau.. terbaca pasal dia ni.. hehe”

‘Hehe’ Jamal Ariffin Mohsin kelihatan tidak mampu untuk menghilangkan mood serius semua orang.

“Hehe..” sekali lagi Jamal Ariffin Mohsin mencuba..

Kemudian semua orang serentak berpaling ke suatu penjuru di kelas tersebut. Masing-masing memandang.. kearah lelaki yang ditegur oleh Jamal Ariffin Mohsin sebentar tadi.

“Hoi, sahutlah orang panggil nama kau tu!” jerit seorang lelaki di situ.

“Hoi, sudah-sudahlah tu berpeluh!” sambung sorang remaja perempuan lain.

Jamal Ariffin Mohsin cuba menenangkan suasana yang agak tegang itu. Beliau meminta semua orang agar bertenang dan menyambung sesi critical thinking masing-masing. Suasana kembali sunyi. Mata semua orang terarah kembali ke papan dam.

“Checkmate!” jerit seorang lelaki memakai baju kuning yang agak kotor.

Jamal Ariffin Mohsin semakin keliru. Beliau benar-benar buntu. Jamal Ariffin Mohsin terus keluar daripada kelas itu, dan menuju ke keretanya. Masuk sahaja ke dalam kereta, beliau terus mengeluarkan Samsung Galaxy nya. Satu-persatu kajian dijalankan tentang tempat sebenar checkmate, di papan dam aji atau di papan chess. Beliau benar-benar pasti beliau betul sekarang. Kereta dihidupkan dan beliau terus berlalu.

Beliau mungkin terlupa sesuatu yang penting..

Bersambung..

Saturday, July 9, 2011

Selembut Kasih Jamal #1


“ Bang, saya rasa dompet ni abang punya. Saya ada terjumpa dekat tepi swimming pool tadi.”

Menyeluk poket belakang Levi’s 501 beliau dengan serta-merta.

“ Weh terima kasih lah. Macam mana lu tahu ni gua punya?”

“ Saya jumpa, lepas itu terus buka dompet. Maaflah buka tanpa keizinan. Saya buka dan cari IC terus.  Dah jumpa tu saya tengok lah muka pada IC tuh. Mula-mula saya ingat Saiful Malaysian Idol, tapi lepas baca nama yang tertera bukan pula. Pandang-pandang keliling, ternampak abang. Muka relax je, tak sedar gamoknye wallet dah entah ke mana. Tengok punya tengok muka sah-sah lah abang punya dompet ni. Betul la abang kan, Jamal Ariffin bin Mohsin?”

“ Ha, gua lah tu. Tengok gambar dalam tu pun lu boleh tahu tu gua, cuma gambar lesen kereta tu je lain sikit. Lu pun tahu kan, mana ada orang dalam Malaysia ni yang gambar lesen kereta dia macam muka dia.  Kalau tak gambar tu dihitamkan, gambar muka macam tengah kemurungan. Antara dua tu. Gua betul-betul berharap kerajaan Malaysia bagi gambar lesen stylo macam profile picture Facebook. “

“ Betul juga tu bang. First time saya tengok kakak saya tak bergambar bibir dia muncung, dekat lesen kereta dia lah tu. Patutlah sampai sekarang tak bawak kereta, mungkin frust agaknya dengan gambar tu. Lesen P dia dah habis dah pun, dah lesen penuh dah. Sampai sekarang tak bawak kereta lagi. Nak kata kereta tak cukup, ada 5 buah kat rumah tu. Orang dalam rumah ada 4 je. Saya pula baru lesen L. Lambat lagi nak test lesen. Ada ke patut sekolah memandu tempat saya belajar tu, masa belajar guna Kancil, masa nak test guna Kelisa. Mau tak gugup saya nak pergi test!”

“ Lu masuk sekolah mana? Memang mencabar betul kalau sampai macam tu sekali. Gua dulu ok je, masa belajar pakai Kancil, masa test JPJ pun Kancil. Sebab tu sampai sekarang pun gua pakai Kancil ni, sebab itu je yang gua tahu bawa. Gile hape member gua suruh beli Perdana. Mana gua pernah test bawa kereta tuh. Mau tak gugup gua bawa nanti!”

“ Perghh Perdana susah tu bang nak bawa. Saya Kelisa pun tak lepas, inikan pulak kalau disuruh bawa Mercedes mata bulat kat rumah saya tu. Perghh kalaulah selepas saya lulus test JPJ nanti, papa saya suruh bawa kereta tu, mau makan dalam bang! Terasa tu! Memang betul-betul nak menjatuhkan maruah saya tu!”

“ Walaupun makan dalam ke apa ke, lu jangan nak melawan pulak ayah lu tu. Dia tetap ayah lu, faham. Tolak cara baik lah kalau dia suruh bawa Mercedes tu. Cakap je lu orang tiada keyakinan diri, kurang motivasi serta didikan ibu bapa. Ahhh gua silap. Kalau lu sebut kurang didikan ibu bapa mau makan penampor sampai terkoyak urat leher lu kang, lalu mengakibatkan pendarahan dalaman. Jangan main-main.  Eh gua lupa pulak gua ada hal tadi. Seronok pulak berbual dengan lu ni. Gua gerak dulu la ye. Gua join Kelab Bahas kat kolej gua tu, harini katanya ada buat sesi critical thinking, dengar cerita lawan dam aji sesama ahli kumpulan. Kalau gua terlepas game tu kang, sampai bila-bila pemikiran gua tak mencapai tahap kritikal. Risau jugak ibu bapa gua di kampung nanti. Ok, chow dulu. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.. oh by the way, nama saya…”

Jamal Ariffin Mohsin terus berlalu, tanpa berpaling.. sambil bernyanyi perlahan lagu ‘Tak Mungkin Berpaling’, dengan hanya menyanyikan part Mawi, dan senyap ketika part Zamani.

Jamal Ariffin Mohsin tiba di perkarangan parking kolej beliau. Kawasan letak kereta hampir penuh, dengan hanya sepetak sahaja lagi yang kosong, diapit oleh sebuah kereta Waja dan Chevrolet. Semasa hendak meletakkan keretanya ke petak kosong itu, Jamal Ariffin Mohsin tersenyum sendirian memikirkan signifikannya kereta beliau diapit oleh kereta Waja dan Chevrolet. Jamal Ariffin Mohsin tersenyum lagi beberapa saat kemudian, memikirkan yang beliau masih tak dapat memikirkan signifikannya kereta beliau diapit oleh dua buah kereta tersebut. Akhirnya beliau berhenti tersenyum setelah beliau beliau mendapati bahawa sepanjang perjalanan beliau sejauh 6 kilometer tadi, beliau terlupa untuk membuka radio.

“Macam mana aku boleh terlupa perkara wajib ini..”

Jamal Ariffin Mohsin mengangkat hand-break. Padu sungguh angkatan beliau. Kemudian perlahan beliau menekan punat radio, dan memusing punat volume hingga ke angka 10, dan mula mendengar radio.  Tak sah hidupnya kalau tak mendengar radio untuk sehari itu. Sesi critical thinking Kelab Bahas terpaksa dilewatkan seketika..


***

Keadaan di dalam kelas sunyi sepi, yang kedengaran hanyalah bunyi penghawa dingin yang sangat dingin, serta beberapa bunyi dahi yang berkerut. Bayangkan betapa senyapnya kelas itu, sehinggakan dahi berkerut pun boleh didengar bunyinya. Semua ahli persatuan sedang sibuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam perlawanan dam aji. Ada juga kelihatan seorang ahli yang sudah duduk mencangkung di atas kerusi dek kerana terlalu kritikal memikirkan gerakan-gerakan seterusnya, serta memikirkan cara untuk mengelakkan buah dam pihak lawan daripada dinaikkan pangkat sebagai haji. Kehadiran Jamal Ariffin di dalam kelas tidak dihiraukan sesiapa pun. Hati Jamal Ariffin Mohsin sayu mengenangkan nasib beliau..

Jamal Ariffin Mohsin kemudian terlihat seorang pemuda yang sedang duduk bermain dam aji di suatu penjuru di kelas itu. Pelik. Amat pelik. Baju beliau habis basah, berpeluh. Tangan terketar-ketar. Beliau kelihatan sangat serius, menumpukan sepenuh perhatian terhadap papan dam aji di hadapannya, sambil memegang sebiji buah dam di tangan dan mencuba beberapa gerakan, kemudian tidak pasti lalu meletakkan buah dam dan kembali berfikir. Jamal Ariffin Mohsin mendekati pemuda itu..

“Bro, kenapa main dam sorang-sorang ni?“

Bersambung..

USA : Penulis, Coke dan Dr Pepper

Assalamualaikum.


Kat US ni, tak boleh dah nak pergi kedai mamak mintak neslo ais. Sirap limau pun tak boleh. Asal pergi mana-mana tempat makan mesti order lemonade, tu pun kalau tak mau minum soda. Bercerita pasal soda, dekat sini, memang main beverage adalah soda. Dia punya bukti kalau pergi supermarket, harga sebotol mineral water lagi mahal daripada Coke dengan Sprite. Zombie betol.

Minuman berkarbonat macam Coke, Sprite, Dr Pepper memang menjadi pilihan abang adik pakcik makcik. Soda ni penulis minum-minum jugak, tapi tak adalah sampai hari-hari meneguk soda. Tambah pulak soda ni tak elok untuk kesihatan, boleh kena sakit buah pinggang. Tapi kat sini, kalau berniaga Coke memang boleh untung gilak. Pagi petang siang malam minum soda.

Say no to soda !

Pagi-pagi bila berjalan nak ke kelas, for sure jumpa orang lalu–lalang pegang botol Coke kat tangan. Pagi-pagi buta dah minum Coke. Situasi ni lebuh kurang mcam pagi-pagi pergi makan roti canai mintak air Coke. Terok bebenor.

Ni lagi satu, Coke ni ada banyak jenis. Mainly, Classic Coke dengan Diet Coke. Classic Coke yang biasa-biasa tu. Diet Coke ni konon-konon kurang gula sebab pakai aspartame, sihat dan tak perlu risau kena penyakit buah pinggang bila minum hari-hari. Orang-orang yang berisi dan nampak mcam mengalami masalah kesihatan suka minum dengan alasan “ Diet Coke ok. Sihat tau. “ Padahal rasa dia lebih kurang dengan Classic Coke tu, apa yang sihat pun tak tau. Ceyt, senang sangat kena tipu.

Diet konon...ceyt!

Masa first semester last year, penulis ada ambil kelas Chemistry. Professor tu nama dia Prof List. Seminggu ada 3 kali kelas dengan dia, kelas pukul 8 pagi sampai 9 pagi. Pagi-pagi bila masuk kelas kalau tak nampak dia pegang tin Diet Coke memang tak sah. Dia punya ketagih memang dasyat. Kalau pergi office dia, memang boleh nampak kotak-kotak tin Coke tersusun kemas, siap sedia untuk diminum. Dia bila nak minum selalu cakap “ I need more caffeine.more caffeine “. Seram betol.

Penulis dulu pernah juga dengar cerita pasal Coke ni boleh buat cuci tandas lagi power dari Ajax fabuloso, lori tangki yang bawa Coke ni ada tanda hazardous, air Coke bila letak mentos meletup berbuih-buih dan macam lagi. Coke juga dikaitkan dengan Israel. Dah banyak orang complaint pasal keburukan Coke ni for health. Banyak sangat kalau nak cerita, antaranya low sperm count, tooth decay, acidity terlampau, contain pesticide dan macam-macam lagi.

Jangan amalkan orait.

Ada satu brand soda yang penulis tak pernah jumpa dulu-dulu. Nama dia Dr Pepper. First time rasa memang tak ubah macam ubat batuk kaler hitam beli dekat Klinik Hidayah. Dr Pepper ni kaler dia macam coke jugak tapi dia punya taste, worse. Tapi yang pelik ramai jugak yang minat Dr Pepper ni. Kalau diikut hati, lagi elok minum air kosong. Taste dia memang out. But still, Coke menang la. Dr Pepper ni orang- orang tua suka sebab err..tak tau sebab apa. Rasa dia orang cakap lebih tradisional.  Entah la.


Tu dia Dr Pepper !!

Dah kalau tiap-tiap hari minum benda-benda macam ni mau tak dapat penyakit. Say no to soda.Err..kadang-kadang minum ok la, jangan tiap-tiap hari sudah. Sekian pesanan khidmat masyarakat.




 That s it. See y`all!

Monday, July 4, 2011

makan hati berulamkan jantung

ASSALAMUALAIKUM

cikgu: dah besar nanti siapa nak jadi orang kaya? angkat tangan

*semua pelajar mengangkat tangan, malah ada yang siap menyalakan lighter hayun kiri ke kanan ...tetapi ada seorang pelajar tidak mengangkat tangan

cikgu: bill clinton, kenape kamu taknak jadi orang kaya?

bill clinton: saya taknak nanti bile dah tua saya kene sakit jantong.

**********

ini merupakan antara pengaruh yang telah menular dalam pemikiran budak2 zaman sekarang...hinggakan zaman bill clinton ketika kecil pon , pemahaman sebegini telah mula menular...banyak drama2 melayu memaparkan bila seorang pengarah syarikat projek melon2 punya banyak, nanti akhirnya akan diserang penyakit jantung,terbaring di dalam ofis sendiri, sambil tangan kanan memegang botol ubat...ahh, tak lupe beberapa biji pil bertaburan..untuk efek yg lebih dramatik, mungkin akan ada darah keluar dari mulut...ok, serangan jantong gua rase takde darah keluar dari mulut..

berbalik kepada kisah sakit jantung tadi, ramai budak2 yg terpengaruh lantas menamatkan cita2 untuk menjadi seorang yg kaya...gua dapati mereka kini lebih cenderung untuk membawa bajak setelah mengetahui bahawa seorang pembawa bajak walaupun tidak kaya, tetapi mereka kool....ini merupakan satu fenomena yg tidak sihat dalam negara..jika semua modal insan membawa bajak, masalah trafic jam akan meningkat...tetapi kesan positif dari sini adalah penurunan statistik kemalangan jiwa....

budak2 zaman kini perlu diberikan pengetahuan bahawa penyakit jantung bukanlah disebabkan anda menjadi seorang yg kaya...sebab dan musabab yg jelas harus diberikan...adakah tidak minat minum air orange merupakan penyebab sakit jantung...betulkah penghidap sakit jantung tidak boleh mandi menggunakan shower ..kenape org kaya biasanya ade sakit jantung...bagaimana serangan jantung berlaku...kalau tiba2 rasa gatal kat dada tu kira serangan jantung ke?ahhh, banyaklah yg kene diterangkan....tapi takpe..untuk entry kalini, gua akan terangkan secara ringkas mengenai penyakit ini...berdasarkan pengetahuan ilmu mistik gua

nama sakit jantung diberi berasaskan pada dari mana penyakit itu menyerang iaitu jantung....tidaklah dipanggil sakit jantung jika ginjal anda yang gagal berfungsi..mula ditemui pada kurun ke 8, apabila seorang benggali roti meninggal dunia secara tiba2 ketika melihat papan saham...mengapa benggali roti bermain saham? itu tidak dapat dipastikan...bagaimana penyakit ini menyerang? ya, dia menyerang secara mengejut...dia punya mengejut sampai org yg diserang boleh terkejut lalu berpotensi untuk mati di tempat kejadian...secara detail mengenai segala proses pengaliran darah, pengepaman jantung dan kembang kecut sel jantung bolehlah ditanya kepada doktor ataupun mereka yg pakar..google juga termasok dlm pakar..

bagaimana satu individu tu berpotensi untuk ada penyakit ni? secara terus terangnya gua katakan..semua individu di muka bumi ni berpotensi untuk ada penyakit jantung...ini kerana semua mempunyai jantung sekurang2nya satu, tidak dikira christina perry kerana dia mempunyai "jar of hearts" dan kanye west yg "heartless"....amalan pemakanan yg tidak sihat menambahkan lg potensi anda diserang sakit jantung....kuat makan lemak sebagai makanan ruji, minum minyak masak guna straw, dan bersenam hanya ketika larian satu murid satu sukan sahaja antara aspek pemakanan yg mempengaruhi....mengenai simptom2 atau tanda2 yg anda menghidap sakit jantung adalah, secara tiba2, anda membuka mata dan mendapati anda kini berada di dalam wad hospital.....masa itu barulah anda akan dapat tahu yg anda menghidap sakit jantung...itupun kalau berpeluang buka mata.

oleh itu, gua ada cara bagi mengurangkan risiko diserang sakit jatung...dekatkan diri dengan sayur-sayuran....hanya dekat sahaja sudah mencukupi...selepas itu, kurangkan pengambilan daging...bila pengambilan daging sudah kurang, kurangkan pula kuantiti daging yg anda makan....kurangkan penggunaan minyak dalam memasak...tak kira samada lu menggoreng mahupun membakar...kalau dah minyak namenye, bakar goreng pon same....minum air mineral dalam kuantiti yg logik...dan salah satu perkara paling penting, senaman...gua sarankan sekurang2nya bila lu bangun tidor, sembahyang subuh....kalau sembahyang pon tak buat, lu sihat macamna pon, tak sedap dia punya feel...setiap pagi hujung minggu, pergilah bawa anjing di rumah anda berlari2 di taman...jika anda tiada anjing, jangan jadi bebal meminjam anjing jiran...bukankah tidak membela anjing itu perbuatan yg baik?

jadi gua rasakan gua dah terangkan sedikit sebanyak mengenai sakit jantung....sila ambil mana yg perlu sahaja...oleh itu, tak perlulah adik2 kecil takot untuk menjadi kaya hanya disebabkan risau diserang sakit jantung...belajarlah dgn rajin dan berusaha tekun...semoga menjadi seorang yg kaya dan sihat, lantas memberi sedikit wang kepada blog ini sebagai tanda penghargaan..

p/s: ilmu bio gua dah jadik macamni...jahanam2