Saturday, December 17, 2011

Muazzin


Gua sedang tekun di meja study gua. Presentation board perlu dihantar lagi beberapa hari. Board a1 terbentang luas di atas meja, dengan lagi 2 keping menunggu giliran untuk dijamah.

Sedang gua khusyuk menyiapkan, azan Maghrib berkumandang dari surau Mahallah sebelah. Sudah kebiasaan, pantulan bunyi ke arah bilik gua hanya mampu menerima azan surau dari Mahallah lain, bukan daripada Mahallah gua sendiri.

Tapi kali ni lain macam..

Sedap sungguh azan kali ni. Ditambah lagi dengan gua yang sedang khusyuk menyiapkan kerja, maka makin bersemangatlah gua menghadap board tu. Rasa macam diseru semangat gua untuk siapkan..

Berdasarkan pendengaran dan pemerhatian gua, gua yakin kali ni muazzin baru. Lain sket pitching dia dengan yang biasa gua dengar..

Muazzin sudah sampai ke laungan Haiyya ala Solah. Sedap. Laungan kali kedua lebih nyaring , suara semakin tinggi…

Semakin tinggiiii…

Tinggiiiii…..








Pecah.

****

Gua terbayang tawa-tawa kecil budak-budak di sekolah dulu.

Ahhh, sukar untuk gua katakan. Kalau dalam situasi ni di sekolah, mahu terus pencen jadi muazzin. Kena bahan sampai habis sekolah pun boleh jadik jugak.

Nasib baik sekarang gua bercakap dalam konteks universiti, dengan jumlah pelajar yang terlampau ramai untuk saling mengenali satu sama lain serta kehadiran untuk berjemaah di musolla tidak diwajibkan. Lega sikit muazzin tu.

1 comment:

Danial Qawiem said...

ku x sangka ko xsbot psl muazzin tpantas smapl.