Friday, May 3, 2013

PENGALAMAN.........

ASSALAMUALAIKUM

Sudah lama rasanya tiada 'post' di blog ini. Apatah lagi gua yang kian lama tidak menge'post' di sini. Diharap semua pembaca lauk pauk sentiasa sihat cemerlang di dunia sejahtera di akhirat.

Kalau dahulunya sering kita bicara tentang sekolah, gelak tawa bersama SYAFIQ SUHAIMI, basah gusi bersama Haron Nizam, 'pecah perut' bersama Arep Seman, belanja sakan bersama orang kaya Naim Khazali, bicara galaksi bersama Faeez Halim, tidak dilupakan ke'hambar'an Bahau yang sering menghiburkan kita, selongkar makanan di loker Syafiq Bulat dan macam-macam lagi kerenah berada di sekolah. Kini semuanya menjadi kenangan yang terpahat dalam hati, menjadi memori hidup mati, menjadi saksi di bahu kanan kiri, untuk melangkah ke alam yang lebih jauh dan luas.

Mungkin dahulunya kita terfikir, mereka ini lah sahabatku sehidup semati. Mungkin dahulunya kita terfikir, selamanya ketawa bersama menangis bersama(Gua x pernah ckp lu nangis syufuq..serius..=P). Tapi, yang bermain difikiran hanya apa yang pernah kita nampak dan lalui sepanjang hidup. Kita tak terbayang luasnya alam seperti yang kita lalui sekarang. Kalau dulu kita ada hanya kira-kira 150 orang sahabat satu batch, mungkin kira-kira 800 orang kawan satu sekolah, kini ada lebih puluhan ribu kenalan yang ada di dunia kita sekarang, yang menambah lagi peluang kita untuk berkenal-kenalan dengan kehidupan.

Ada yang dahulunya bodoh, rasa tertekan diejek dan dicemuh oleh kawan-kawan tetapi me'munafik'kan diri seolah-olah bahagia, pabila berpisah terus mengasingkan diri dan berasa aman kerana terlepas dari dendam kesumat dahulu. Tetapi tidak memikirkan 'happy ending' untuk dua insan yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Moga dijauhi dari sifat bodoh.

Ada pula yang kurang bijak. Rasa tertekan dengan 'environment' di sekolah. Macam penjara katanya. Setelah tamat persekolahan ada yang kekal 'kurang bijak', ada yang mula jadi 'bijak'. Kurang bijak apabila mengekalkan tanggapan sekolah sebagai penjara dan terus berada di luar seolah-olah bebas dari 'undang-undang' dan lebih teruk lagi menyalahkan 'pendidikan' di sekolah dulu sebagai jurang yang terlalu jarang dengan dunia luar mengakibatkan 'culture shock' yang melampau. Mohon juga dijauhi daripada menjadi orang yang kurang bijak.

Ada pula yang bijak, mungkin dahulunya sama seperti orang yang kurang bijak ketika di sekolah, tetapi menyedari hakikat 'Penjara' itu dengan pandangan dari sudut latihan ketahanan. Katanya "Dunia penjara orang mukmin, kalau 'Prison of Pumpkin' pun tidak boleh bertahan, bagaimana dengan 'World Class Prison'?". Mungkin bijak itu datang selepas 'konvo'nya beliau daripada penjara tersebut, tetapi sangat baik kerana baik buruk, bahagia derita seseorang dikira pada penghujung hayatnya. Moga Tuhan kurniakan 'Happy Ending' (Husnul Khatimah) untuk kita semua.

Jika disenaraikan semua, mungkin beribu jenis pengajaran yang kita semua dapat daripada detik-detik di sekolah dulu. Lihatlah betapa besarnya nilai seorang guru yang bernama 'pengalaman'. Walaupun saat-saat di sekolah menengah itu kecil peratusnya jika dinisbahkan dengan seumur hidup kita setakat ini. Mungkin hanya suku daripada kehidupan kita buat masa sekarang (Mudahan diberi umur yang panjang dan diberkati), tetapi impaknya didalam kehidupan cukup besar. Cuba bayangkan jika kita mengambil pengalaman seluruh umur yang telah kita lalui selama ini, renungkan, kaji dan muhasabah, sudah pasti hidup ini akan menjadi semakin hari semakin baik insyaAllah.

Kenang bagaimana hari pertama menangis di tadika, yang kemudian harinya menganggap tadika sebagai syurga permainan. Bagaimana pula tidak mahu keluar dari kereta hari pertama dihantar sekolah rendah, kemudian dipujuk oleh ayah, dihadiahkan pula beg beroda yang dibangga-banggakan sehingga Tahun 3. Masuk sahaja Tahun 4 terus minta beg baru tanpa roda, kebudak-budakan katanya. UPSR Tahun 6 dianggapnya sangat besar dalam kehidupan, tetapi bila sudah lulus berlagak kepada adik-adik "hek eleh, UPSR je pun". Begitulah setelah melalui PMR dan SPM, sombong dan berlagaknya.

Semua yang dilalui sepanjang hidup, yang telah diatur rapi oleh Tuhan ada hikmahnya. Susah senang sepanjang hidup semuanya bermakna. Senang memang mesti disyukuri. Susah pula ada tiga martabat, yang pertama diredhai, dan ini ciri asas menunjukkan seorang itu beriman. Yang kedua sabar sewaktu susah, martabat ke dua, juga menunjukkan seorang itu tabah. Yang teragung apabila seseorang mampu bersyukur ketika diuji, susah untuk dipraktik tetapi mereka yang mampu memang terbukti seorang hamba yang sangat taat dan akur.

Begitulah cara hidup menjadi guru untuk kita melangkah lebih tinggi selain Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan utama. Yang terakhir peganglah kata Ibn Qayyim Rahimahullah yang beliau katakan sebagai alamat kebahagiaan hidup seseorang :

1. Sekiranya diBERI nikmat dia berSYUKUR.
2. Sekiranya diUJI, dia berSABAR.
3. Sekiranya berBUAT DOSA, dia meMOHON AMPUN.

Semoga kita semua tidak mensia-siakan hidup yang berbaki ini.. Ya Allah, kau golongkanlah kami dalam kalangan mereka yang bertemu dan berpisah keranaMu...=)

Monday, December 10, 2012

dari legend, untuk legends

B3-A9-14/15
UiTM Shah Alam
6 Disember 2012
11.00 pagi

Zaman dulu ada satu pulau...kat pulau tu banyak kambing biri-biri dan dua ekor singa. saya namakan singa A dan singa B. dua-dua ekor singa ni nak jadik raja, manakala yang mengundi pula adalah kambing biri-biri ..pada tahun pertama, singa A berucap, "Jadikkan aku raja, sehari seekor je aku akan makan"...ini berlainan dengan manifesto singa B yang inginkan 2 ekor biri-biri untuk dimakan setiap hari. oleh sebab manifesto singa A lebih menyenangkan pihak biri-biri, singa A diangkat sebagai raja.

pada tahun seterusnya, singa B pula bercakap bahawasanya, kalau dia jadik raja, dia akan makan 2 hari seekor saja biri-biri. tawaran ini lebih menguntungkan biri-biri, maka singa B pula yg diangkat sebagai raja manakala singa A turun takhta.

keadaan ini berlarutan dari tahun ke tahun, yang mana kambing biri-biri dapat menikmati tawaran yang lebih hebat setiap tahun...dan kambing biri biri dapat melihat bahawa, perubahan yang dilakukan dgn kerap setiap tahun lebih banyak membawa kesan positif kepada mereka.
.
.
.
.
.
maka, fikir dan bertindak

Friday, October 19, 2012

futsal labu @ kepong

ASSALAMUALAIKUM



Sabtu ni bersamaan esok hari, sejarah akan tercipta dan sejarah ini lebih power daripada sejarah yang dibangga-banggakan oleh kelab Liverpool. Para penggiat,aktivis dan pecinta bola-sepak dari batch xtrovert-92 akan bersama-sama turun padang, dalam usaha menjulang piala futsal labu buat pertama kalinya. Untuk event kali ini, beberapa orang lagenda tidak dapat bersama-sama berjuang memandangkan urusan mereka di Negara orang asing lebih utama. Namun begitu, nama-nama yang sedang meningkat naik, bakat-bakat muda dan beberapa pemain yang sudah sedia mahsyur dengan kebolehan dan ada antara mereka merupakan komrad pemain-pemain lagenda batch ini sudah siap sedia bagi menghadapi kejohanan ini sejak iklan pertama diumumkan 3bulan lalu. Antara pemain-pemain yang bakal membawa nama batch xtrovert ini adalah:


Nursyarina Ibrahim(Manager Pasukan)
-satu-satunya manager wanita dalam kejohanan kali ini. meminati bola sepak dalam konteks khairul fahmi che mat, aidil zafuan, nazmi faiz dan marlon alex james. Memberikan komitmen yang tinggi dalam pembentukan pasukan dan hal ehwal para pemain. Mempunyai kebolehan menguruskan hal ehwal akaun dengan baik samada akaun kewangan mahupun akaun twitter.



Nizamuddin
-tidak dapat disangkal lagi kebolehan beliau dalam arena bola sepak. Merupakan Individu yang paling disebut-sebut bakal menjadi kapten bagi pasukan futsal ini. Mengikut cerita yang masih lg diragui kebenarannya, beliau hanya mula pandai menyepak bola ketika darjah enam. Merupakan salah seorang drpd team 7-side yang disegani. Pandai berjenaka, dan pandai menghilangkan diri pada waktu malam.


Adib rhaais
-kawan rapat kepada nizamuddin. Kalau, nizamuddin tak jadik kapten, kemungkinan besar lilitan tersebut akan berada di lengan mamat ni. Rajin post kat facebook pasal hal-hal kahwin awal. Mempunyai gaya permainan yang bersahaja tetapi laju. Terkenal dgn gerakan gelecek ala “Shaolin soccer”. Mengikut komen daripada bek kanan pasukan futsal SPM tahun 89, adib ini merupakan pemain yang perlu di-mark sebaik mungkin. Diver yang jarang menjadi.


Aizat Azmi
-mempunyai nama jolokan park Ji sung, namun gaya permainan beliau lebih mirip neymar versi kampung. Merupakan orang penting dalam cabutan undi kumpulan. Skill menggelecek bola beliau sememangnya tidak boleh dinafikan. Mengikut rekod perlawanan petang2 kat padang puteri, beliau pernah menggelecek melepasi bahauddin sekaligus menjaringkan gol. Bukan benda senang untuk melepasi bahau ketika main petang2.


Imraan Azhar
-walcott pada warna kulit dan gaya bermain. Mempunyai susuk tubuh seorang pemain futsal yg berbakat. Sedang mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor juga host dota yang terkemuka. Sedang dilamun cinta. Memandu swift dan berani dalam bergaya. Boleh dikatakan, kebolehan beliau dalam bermain futsal banyak berinspirasikan kepada pasukan kegemarannya iaitu arsenal.


Amir Amali
-orang gila. Banyak mengeluarkan skil-skil yang mengelirukan secara tidak sengaja. Sekilas pandang, mirip kepada Barathrum the spiritbreaker. Pernah dikecam hebat ketika bermain petang2 pada zaman sekolah dahulu kerana corak permainan beliau yang agak agresif. Namun, beliau tetap berpegang pada prinsipnya, “my game, my rule”. Antara pemain yang perlu diberi perhatian kerana corak permainan yang sukar diduga.


Ariff Ashman
-terkenal dgn moto “Laju”. Penyokong kuat skuad Pahang.  Pandai mengaplikasikan ilmu bola keranjang di dalam pengawalan kawasan pertahanan. Sepanjang pengalaman bermain bersama, beliau banyak membuat serangan mengejut tanpa dijangka oleh pihak lawan mahupun pasukan sendiri. Sedang mengejar cita-cita menjadi arkitek yang tidak lupa menghadiri ceramah ustaz zaharudin.



Syazwi Aiman
-laju sedikit dari Ariff Ashman, yang membolehkan beliau digelar speed demon. Speed dan demon itu memang cocok pada beliau. Pemenang beberapa pingat emas dalam acara pecut ketika zaman sekolah. Suka makan kulit dan satu bahagian entah apebende entah name die dalam ayam. Walaupun seorang yang laju, beliau jarang melakukan counter attack disebabkan faktor stamina. Berpewatakan menarik, pandai bermain gitar, kadang-kadang gagap dan peminat kuetiaw kerang penang.



Norakmal Nordin.
-kembar peter schemeichel. Menjalani latihan intensif sebagai goalie sejak tadika lagi, walaupun beliau lebih berminat untuk bermain di posisi sayap kanan. Lebih dikenali dgn jolokan “Magic”. Boleh menangkap bola dalam 45 posisi mengikut rekod terkini. Gemar buat magic samada ketika bermain bola mahupun outing, dan merupakan peminat tegar david blaine. Membenci criss angel kerana merasakan magic beliau tidak jujur.

                                                            
Syafiq Suhaimi.
-berkebolehan tinggi. Jarang berbohong. Taat pesan Ibu bapa dan jiran tetangga.

marilah beramai-ramai datang ke venue pertandingan pada hari esok bagi menyaksikan persembahan penuh epik dan mendebarkan...semoga kemenangan berpihak kepada pasukan yang benar. majulah sukan untuk xtrovert-92



Wednesday, September 12, 2012

malu

ASSALAMUALAIKUM

Kelas pertama semester ke-3 mula isnin yang lepas..tapi macam yang aku dah jangka sebelum mula-mula masuk universiti, lecturer tak masuk kelas…pemandangan yang biasa dalam minggu pertama…tapi aku mengharap keadaan ni tak berlanjutan sampai hujung sem macam yang berlaku semester lepas…

Dan macam semester2 lepas juga, aku sentiasa menyematkan azam yang tebal dalam diri aku…kalau lecturer ajar tak paham, angkat tangan tanye, jangan buat perangai celake malu tak tentu pasal…bapak aku pernah cakap, kalau orang yang bertanya ni, dia bodoh kejap je dalam kelas…yang tak bertanya tu bodoh  tak tahu sampai bila….

Tapi entah apehal aku sendiri tak tahu, aku lebih memilih untuk jadik bodoh tak tahu sampai bila…


*selamat menyambung pelajaran kepada semua, kecuali nizam, adib dan shaarie

Friday, August 31, 2012

Sajak Merdeka.


(Jika raya sinonim dengan lagu, merdeka sinonim dengan sajak. Aku tak paham sejak bila merdeka sinonim dengan mat rempit dan cerita hantu di tv)


Merdeka.
Dipetik daripada seorang pakcik yang bersajak di Kuantan.



Freemason,

Mengapakah engkau ada?

Freemason,

Mengapakah engkau segi tiga?

Hidup ibarat lilin.

Eh silap, itu guru.

Guru ibarat lilin, menerangi pemuda pemudi pasca merdeka.

Pemuda pemudi pasca merdeka ibarat apa?

Mereka bermain gadget, sampai lupa gadget itu freemason.

Mereka hanya tahu tentang segi tiga, dan sedikit sebanyak angka sembilan dan sebelas.

Merdekakah kita?

Kita memang merdeka, tapi merdekakah kita?

Terlalu subjektif bukan?

Perkataan subjektif ini hebat, kalau tidak takkan lah ada tv show bertajuk , “vokal bukan sekadar rupa”?

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka!

Hari ini kita sambut merdeka, tahun depan pada hari ini kita sambut jua.

Dan ingatlah, jangan berbicara tentang dunia jika tidak berbicara tentang korupsi.

Dan jangan berbicara tentang kehidupan selepas dunia jika korupsi itu kita pegang.

Dan benarlah kata-kata Haron Nizam.

“ U can love your country without loving your government”.

Salam kemerdekaan.