Wednesday, May 14, 2014
all hail the king
King sudah balik Malaysia... aku harap sebelum dia mula pegi kerja, eloklah dia tulis sikit2 bende sedap kat sini amende die buat kat negare orang putih sane bagi member2 bace acah2 buat pedoman
Friday, May 2, 2014
same old same old
ASSALAMUALAIKUM
hari ini hari jumaat. hambali bangun subuh puku 6 lebih. lepas dari solat subuh, dia baring dan sambung tidur sebentar. lebih kurang pukul 8 lebih nak pukul 9, dia terbangun setelah terdengar deringan telefonnya. setelah menjawab panggilan tersebut, dia terus membuka komputer, mandi dan mengadap komputernya. ketika di hadapan komputer, dia berfikir sejenak. jadual kelasnya harini kosong, tiada kelas yang perlu dihadirinya. hari tanpa kelas, satu perkara yang sangat mengujakan. dia terus membuka satu demi satu tab di google chrome. facebook, twitter, utube, mangareader dan ape2 lagi lah yang boleh dibukanya..dia mula bosan. twitter belum rancak, begitu juga fb. tiada update manga yang baru. lalu dia mula berfikir untuk melakukan sesuatu yg mungkin lebih berfaedah. assignment, ya assignment. mujur buku subjek numerical beliau hanya dua depa di sebelah. kalau jauh, mungkin niat untuk buat assignment juga tertangguh. dibelek satu demi persatu. otak hambali mula berfikir. jarang2 hambali menggunakan otaknya untuk berfikir sesuatu yang ilmiah di waktu pagi begini. entah mengapa, dia tidak terasa langsung nak tengok movie dan tv series, padahal banyak lagi cerita2 yang dia belum khatam. sherlock ade 2 season lg, breaking bad baru episod 3, dragonball z baru episod 15.
pukul 12 lebih, hambali mula rasa penat ngadap assignment. dia teringat harini hari jumaat. ya, jumaat. elok juga kalau tidur sunat. dia alihkan buku2 dan segala jadah yang menghalangnya dari tidur dengan selesa di atas katil, dan mula tidur sambil berharap janganlah terlajak sampai azan baru bangun. nampaknya harapan beliau menjadi kenyataan. hambali bangun pukul 1, masih belum azan. dia menyarung kain pelikat, sapu minyak wangi lebih kurang, stat moto dan gerak ke masjid. sampai di masjid, azan terus berkumandang. syukur, dia belum terlambat. hambali menunaikan solat sunat dan duduk mendengar khutbah.
semasa dia duduk mendengar khutbah, fikirannya melayang teringat perkara-perkara lepas. sebulan lepas, hambali baru sahaja pulang dari menunaikan umrah. dia teringat, ketika hari jumaat, pukul 10 pagi dia sudah bergerak ke masjidilharam untuk solat jumaat. pukul 10 itupun sudah tergesa-gesa. ramainya orang ketika itu susah nak diceritakan dari segi bilangan. ketika disana, keadaan dia sama seperti hari ini. tiada apa kerja nak dibuat. tetapi kenapa semasa di mekah, dia boleh pergi ke masjid pukul 10, tidak di malaysia?
istiqamah, bak kata nizam dan lain2 orang baik di twitter, buat baik itu senang, nak istiqamah tu yang susah.
*bila fikir2 hal istiqamah ni, aku respek sebenarnye ke orang pompuan yang balik umrah, dari freehair terus pakai tudung. sebab boleh berubah dan istiqamah. diri sendiri ni jangan kata istiqamah, berubah pun tak.
*aku ada terjumpa quote sape entah, antara tanda-tanda doa diperkenan adalah kita mula berusaha ke arah itu.
Sunday, March 23, 2014
sekadar termampu
ASSALAMUALAIKUM
medic
-https://www.facebook.com/khairul.nidzam.29
-https://www.facebook.com/imraan.azhar (doktor paling hebat,aku cadangkan kau tanye die)
-https://www.facebook.com/nuhhaidhar.sidit
-https://www.facebook.com/abdul.muiz.3382
-https://www.facebook.com/khairunathirah.abdulrazak
-https://www.facebook.com/nurshahida.zainal.9
-https://www.facebook.com/bintu.nasruddin
-https://www.facebook.com/ismahalnabila.ismail (dentist)
engineering
-https://www.facebook.com/naufal.nashih
-https://www.facebook.com/khadijais
-https://www.facebook.com/adib.rhaais
-https://www.facebook.com/muhammad.i.abdullah.1
-https://www.facebook.com/ini.manap.punye
-https://www.facebook.com/luqman.sakawi (kekoreakekite)
-https://www.facebook.com/mursyidbrontoxy
-https://www.facebook.com/syazwiaiman (kapal terbang)
architecture(the one and only)
-https://www.facebook.com/arepseman
pengajian agama dan perbankan Islam (budak2 midel east ni aku konfius amek mende senonye)
-https://www.facebook.com/bear320
-https://www.facebook.com/ahmad.faeez.9
-https://www.facebook.com/nurulhanan.ahmad
-https://www.facebook.com/FaeiqaSabtia
-https://www.facebook.com/zainal.zakwan
-https://www.facebook.com/mohamad.fathi2
law
-https://www.facebook.com/azri.syafiq.376
-https://www.facebook.com/syed.hisham.528
-https://www.facebook.com/azharuddinazmi
sains dan cabang-cabangnya yang terlalu banyak (mereka ni dalam course science related)
-https://www.facebook.com/firdaus.shahrum.5
-https://www.facebook.com/reringgit
-https://www.facebook.com/nurhidayah.shahemi
komputer ict dan yang berkenaan
-https://www.facebook.com/aqsalridzuan
-https://www.facebook.com/amjadhuzaifi
-https://www.facebook.com/haziqhanim (pencinta doraemon)
sains aktuari (ada sorang lagi, tapi dah melarikan diri)
-https://www.facebook.com/prince.poi.1
cikgu
-https://www.facebook.com/ZamirZunaidi
-https://www.facebook.com/syamim.khaidi
-https://www.facebook.com/siti.badriah.9
-https://www.facebook.com/khuzaimah.khairuddin
-https://www.facebook.com/kippeanor
akaun (aku tak nampak budak laki)
-https://www.facebook.com/aen.neyia
-https://www.facebook.com/nursyarina.ibrahim
-https://www.facebook.com/amiratunnurshamim
perkara berkaitan perladangan, veterinar dan seumpama
-https://www.facebook.com/machinegun.joe.56
-https://www.facebook.com/suhailizahanie.suroya
-https://www.facebook.com/afiqsyahmi.alibasar
ini sahaja yang dapat aku senaraikan. kepada rakan2 yang aku tak listkan, harap maaf. tiada sebarang sebab yang negatif dan tidak elok kenapa aku tak letak nama kau orang melainkan hanya adalah kerana aku malas nak letak banyak2..kepada course yang aku terlupa ataupun tak perasan nak letak juga aku minta maaf. kepada lepasan2 SPM, aku harap benda ni dapat membantu kau orang sedikit sebanyak. dan kepada yang aku listkan ni, harap dapatlah membatnu sedikit sebanyak kepada budak2 tu.
Sekian,
GGMU, Arsenal Power
Friday, January 24, 2014
inspired
ASSALAMUALAIKUM AND WADDUP
Minggu ini merupakan satu minggu yang aku lihat paling
tipikal. Cuti sem dah mula 2minggu yang lepas lagi, tapi aku pilih untuk lepak
sekejap dekat shah alam, nak setelkan semua hal berkaitan latihan industri bagi
sempurna dulu. Memandangkan cuti lame dah stat, yang tinggal dekat shah alam ni
pon tinggal berapa orang saja. Termasok aku, adalah 5 orang kat rumah sewa aku.
Hidup memang bosan, mati kutu taktau ape aktiviti nak dibuat, ditambah dengan
dah habis semester pulak tu, duit masing2 dah kopak. Bila nak ajak jalan ke
mane2, aku tengok dompet jesen, jesen tengok dompet aku, kosong. Maka, pilihan
paling selamat untuk survive adalah lepak dan teros melepak dalam rumah
sampailah aku balik semula johor.
Dalam seminggu lepas macamtu, aku, agus dengan ucop ada
bincang hal2 filem yang power. Ucop sebok dengan drama astro mustika dia, agus
bergegar dgn breaking bad dia, aku Cuma pendengar pasif yang kadang2 masuk
mencelah mana yang aku tau. Bab2 filem ni aku tak berapa nak bagitahu ke orang
filem ape yang aku tengok, apatah lagi nak mengajak orang tengok. Pasal banyak
cerita yang aku suka tengok, orang cakap “faker bosan…cerite mende kau tengok
ni?” dan “cerita ni aku bagi 1 bintang
je la”. Aku pun taktahu, mungkin memang jiwa aku lain dalam hal menilai movie.
So sepanjang seminggu ni, aku ada tengok beberapa cerita
yang member2 aku cadangkan, antaranya dari ucop, agus, wan haled, qasren dan
lain2 kutu kat sini. Kebanyakkannye cerita lama.
1. 500 days of summer
Cerita cinta pertama yang aku tengok tak
berakhir dengan kematian mahupun watak utama kahwin. Perempuan yang complicated,
dan lelaki yg “fucked up” pening macamana nak deal dgn awek tersebut. Menarik,
tambahan ada pulak chloe grace moretz, ahhh comel sungguh beliau. Lakonan zoey
buat aku teringat ke Christina Suzanne dalam KIL.
2. About time
Masa ucop cakap cerita ni pasal orang boleh
patah balik ke masa lampau, aku rasa macam nak pangkah dari list movie to be
watched aku. Tapi ucop Berjaya yakinkan aku untuk tengok, so aku tengok. Tapi memang
betul power. Hero dia pon aku tak pernah tengok sape, tak hensem langsung. Cerita
pasal mamat ni yang ada kebolehan patah balik ke masa lampau, dan dia gunakan
kebolehan tu untuk edit mana2 event yg dia rasa tak sedap. Juga berkaitan cinta
dan keluarga, bilamana kau perlu pilih Antara isteri dan keluarga kau sendiri,
ataupun bapak kau. Ahh power2
Cerita ni lagi lah haram dah lama keluar. Dengan
bila aku tengok dress up masing2 zaman ac mizal dalam 4U2C. cerita pasal mamat
yang bercinta dengan sorang awek, dan cuba buat semuanya untuk bahagiakan awek
tu bila dapat tau, awek tersebut sakit leukemia dan nak mati tak lame lg.
cerita yg boleh tahan, Cuma aku rasa plot dia terlalu cepat.
4. The shawshank redemption
Cerita ni tahun 1994, aku masa tu baru 2
tahun. Mungkin pasal cerita ni dilakonkan oleh “god”, cerita ni power sampai
sekarang. Boleh dikatakan, pencetus kepada wujudnya cerita prison break. Cerita
pasal mamat yg kalah dalam kes perbicaraan kes bunuh bini beliau, dia dicampak
masuk ke penjara shawshank. Menjalani hari2 dalam penjara tersebut dgn cara
beliau sendiri, tanpa hiraukan sangat komuniti sekeliling. Aku pun taktau ni
cerita based on true story ke idok, tapi pergilah kau orang carik donlot mane2.
Sedak bodooo.
Itu semua Antara himpunan movie yg aku dah tengok sepanjang
seminggu ni. Ada lagi, tapi aku malas nak masukkan dalam list, banyak sangat
dah ni. Ah lagi satu, sapa yang belum tengok miracle in cell no 7 dengan Hachi,
pegilah tengok dan kalau boleh tengok sorang2. Bagi feeling tu meresap. Buat masa
ni aku perlukan cadangan dari kau orang semua bagi aku ape2 movie yg kau rasa
power, aku dah taktau nak buat mende ni woi. Les miserables dah 2 kali aku
tengok tertidor sekerat jalan….
Friday, May 3, 2013
PENGALAMAN.........
ASSALAMUALAIKUM
Sudah lama rasanya tiada 'post' di blog ini. Apatah lagi gua yang kian lama tidak menge'post' di sini. Diharap semua pembaca lauk pauk sentiasa sihat cemerlang di dunia sejahtera di akhirat.
Kalau dahulunya sering kita bicara tentang sekolah, gelak tawa bersama SYAFIQ SUHAIMI, basah gusi bersama Haron Nizam, 'pecah perut' bersama Arep Seman, belanja sakan bersama orang kaya Naim Khazali, bicara galaksi bersama Faeez Halim, tidak dilupakan ke'hambar'an Bahau yang sering menghiburkan kita, selongkar makanan di loker Syafiq Bulat dan macam-macam lagi kerenah berada di sekolah. Kini semuanya menjadi kenangan yang terpahat dalam hati, menjadi memori hidup mati, menjadi saksi di bahu kanan kiri, untuk melangkah ke alam yang lebih jauh dan luas.
Mungkin dahulunya kita terfikir, mereka ini lah sahabatku sehidup semati. Mungkin dahulunya kita terfikir, selamanya ketawa bersama menangis bersama(Gua x pernah ckp lu nangis syufuq..serius..=P). Tapi, yang bermain difikiran hanya apa yang pernah kita nampak dan lalui sepanjang hidup. Kita tak terbayang luasnya alam seperti yang kita lalui sekarang. Kalau dulu kita ada hanya kira-kira 150 orang sahabat satu batch, mungkin kira-kira 800 orang kawan satu sekolah, kini ada lebih puluhan ribu kenalan yang ada di dunia kita sekarang, yang menambah lagi peluang kita untuk berkenal-kenalan dengan kehidupan.
Ada yang dahulunya bodoh, rasa tertekan diejek dan dicemuh oleh kawan-kawan tetapi me'munafik'kan diri seolah-olah bahagia, pabila berpisah terus mengasingkan diri dan berasa aman kerana terlepas dari dendam kesumat dahulu. Tetapi tidak memikirkan 'happy ending' untuk dua insan yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Moga dijauhi dari sifat bodoh.
Ada pula yang kurang bijak. Rasa tertekan dengan 'environment' di sekolah. Macam penjara katanya. Setelah tamat persekolahan ada yang kekal 'kurang bijak', ada yang mula jadi 'bijak'. Kurang bijak apabila mengekalkan tanggapan sekolah sebagai penjara dan terus berada di luar seolah-olah bebas dari 'undang-undang' dan lebih teruk lagi menyalahkan 'pendidikan' di sekolah dulu sebagai jurang yang terlalu jarang dengan dunia luar mengakibatkan 'culture shock' yang melampau. Mohon juga dijauhi daripada menjadi orang yang kurang bijak.
Ada pula yang bijak, mungkin dahulunya sama seperti orang yang kurang bijak ketika di sekolah, tetapi menyedari hakikat 'Penjara' itu dengan pandangan dari sudut latihan ketahanan. Katanya "Dunia penjara orang mukmin, kalau 'Prison of Pumpkin' pun tidak boleh bertahan, bagaimana dengan 'World Class Prison'?". Mungkin bijak itu datang selepas 'konvo'nya beliau daripada penjara tersebut, tetapi sangat baik kerana baik buruk, bahagia derita seseorang dikira pada penghujung hayatnya. Moga Tuhan kurniakan 'Happy Ending' (Husnul Khatimah) untuk kita semua.
Jika disenaraikan semua, mungkin beribu jenis pengajaran yang kita semua dapat daripada detik-detik di sekolah dulu. Lihatlah betapa besarnya nilai seorang guru yang bernama 'pengalaman'. Walaupun saat-saat di sekolah menengah itu kecil peratusnya jika dinisbahkan dengan seumur hidup kita setakat ini. Mungkin hanya suku daripada kehidupan kita buat masa sekarang (Mudahan diberi umur yang panjang dan diberkati), tetapi impaknya didalam kehidupan cukup besar. Cuba bayangkan jika kita mengambil pengalaman seluruh umur yang telah kita lalui selama ini, renungkan, kaji dan muhasabah, sudah pasti hidup ini akan menjadi semakin hari semakin baik insyaAllah.
Kenang bagaimana hari pertama menangis di tadika, yang kemudian harinya menganggap tadika sebagai syurga permainan. Bagaimana pula tidak mahu keluar dari kereta hari pertama dihantar sekolah rendah, kemudian dipujuk oleh ayah, dihadiahkan pula beg beroda yang dibangga-banggakan sehingga Tahun 3. Masuk sahaja Tahun 4 terus minta beg baru tanpa roda, kebudak-budakan katanya. UPSR Tahun 6 dianggapnya sangat besar dalam kehidupan, tetapi bila sudah lulus berlagak kepada adik-adik "hek eleh, UPSR je pun". Begitulah setelah melalui PMR dan SPM, sombong dan berlagaknya.
Semua yang dilalui sepanjang hidup, yang telah diatur rapi oleh Tuhan ada hikmahnya. Susah senang sepanjang hidup semuanya bermakna. Senang memang mesti disyukuri. Susah pula ada tiga martabat, yang pertama diredhai, dan ini ciri asas menunjukkan seorang itu beriman. Yang kedua sabar sewaktu susah, martabat ke dua, juga menunjukkan seorang itu tabah. Yang teragung apabila seseorang mampu bersyukur ketika diuji, susah untuk dipraktik tetapi mereka yang mampu memang terbukti seorang hamba yang sangat taat dan akur.
Begitulah cara hidup menjadi guru untuk kita melangkah lebih tinggi selain Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan utama. Yang terakhir peganglah kata Ibn Qayyim Rahimahullah yang beliau katakan sebagai alamat kebahagiaan hidup seseorang :
1. Sekiranya diBERI nikmat dia berSYUKUR.
2. Sekiranya diUJI, dia berSABAR.
3. Sekiranya berBUAT DOSA, dia meMOHON AMPUN.
Semoga kita semua tidak mensia-siakan hidup yang berbaki ini.. Ya Allah, kau golongkanlah kami dalam kalangan mereka yang bertemu dan berpisah keranaMu...=)

Labels:
merenung dari lensa,
SMAPL In Memories.,
Tazkirah
Subscribe to:
Posts (Atom)