Friday, October 19, 2012

futsal labu @ kepong

ASSALAMUALAIKUM



Sabtu ni bersamaan esok hari, sejarah akan tercipta dan sejarah ini lebih power daripada sejarah yang dibangga-banggakan oleh kelab Liverpool. Para penggiat,aktivis dan pecinta bola-sepak dari batch xtrovert-92 akan bersama-sama turun padang, dalam usaha menjulang piala futsal labu buat pertama kalinya. Untuk event kali ini, beberapa orang lagenda tidak dapat bersama-sama berjuang memandangkan urusan mereka di Negara orang asing lebih utama. Namun begitu, nama-nama yang sedang meningkat naik, bakat-bakat muda dan beberapa pemain yang sudah sedia mahsyur dengan kebolehan dan ada antara mereka merupakan komrad pemain-pemain lagenda batch ini sudah siap sedia bagi menghadapi kejohanan ini sejak iklan pertama diumumkan 3bulan lalu. Antara pemain-pemain yang bakal membawa nama batch xtrovert ini adalah:


Nursyarina Ibrahim(Manager Pasukan)
-satu-satunya manager wanita dalam kejohanan kali ini. meminati bola sepak dalam konteks khairul fahmi che mat, aidil zafuan, nazmi faiz dan marlon alex james. Memberikan komitmen yang tinggi dalam pembentukan pasukan dan hal ehwal para pemain. Mempunyai kebolehan menguruskan hal ehwal akaun dengan baik samada akaun kewangan mahupun akaun twitter.



Nizamuddin
-tidak dapat disangkal lagi kebolehan beliau dalam arena bola sepak. Merupakan Individu yang paling disebut-sebut bakal menjadi kapten bagi pasukan futsal ini. Mengikut cerita yang masih lg diragui kebenarannya, beliau hanya mula pandai menyepak bola ketika darjah enam. Merupakan salah seorang drpd team 7-side yang disegani. Pandai berjenaka, dan pandai menghilangkan diri pada waktu malam.


Adib rhaais
-kawan rapat kepada nizamuddin. Kalau, nizamuddin tak jadik kapten, kemungkinan besar lilitan tersebut akan berada di lengan mamat ni. Rajin post kat facebook pasal hal-hal kahwin awal. Mempunyai gaya permainan yang bersahaja tetapi laju. Terkenal dgn gerakan gelecek ala “Shaolin soccer”. Mengikut komen daripada bek kanan pasukan futsal SPM tahun 89, adib ini merupakan pemain yang perlu di-mark sebaik mungkin. Diver yang jarang menjadi.


Aizat Azmi
-mempunyai nama jolokan park Ji sung, namun gaya permainan beliau lebih mirip neymar versi kampung. Merupakan orang penting dalam cabutan undi kumpulan. Skill menggelecek bola beliau sememangnya tidak boleh dinafikan. Mengikut rekod perlawanan petang2 kat padang puteri, beliau pernah menggelecek melepasi bahauddin sekaligus menjaringkan gol. Bukan benda senang untuk melepasi bahau ketika main petang2.


Imraan Azhar
-walcott pada warna kulit dan gaya bermain. Mempunyai susuk tubuh seorang pemain futsal yg berbakat. Sedang mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor juga host dota yang terkemuka. Sedang dilamun cinta. Memandu swift dan berani dalam bergaya. Boleh dikatakan, kebolehan beliau dalam bermain futsal banyak berinspirasikan kepada pasukan kegemarannya iaitu arsenal.


Amir Amali
-orang gila. Banyak mengeluarkan skil-skil yang mengelirukan secara tidak sengaja. Sekilas pandang, mirip kepada Barathrum the spiritbreaker. Pernah dikecam hebat ketika bermain petang2 pada zaman sekolah dahulu kerana corak permainan beliau yang agak agresif. Namun, beliau tetap berpegang pada prinsipnya, “my game, my rule”. Antara pemain yang perlu diberi perhatian kerana corak permainan yang sukar diduga.


Ariff Ashman
-terkenal dgn moto “Laju”. Penyokong kuat skuad Pahang.  Pandai mengaplikasikan ilmu bola keranjang di dalam pengawalan kawasan pertahanan. Sepanjang pengalaman bermain bersama, beliau banyak membuat serangan mengejut tanpa dijangka oleh pihak lawan mahupun pasukan sendiri. Sedang mengejar cita-cita menjadi arkitek yang tidak lupa menghadiri ceramah ustaz zaharudin.



Syazwi Aiman
-laju sedikit dari Ariff Ashman, yang membolehkan beliau digelar speed demon. Speed dan demon itu memang cocok pada beliau. Pemenang beberapa pingat emas dalam acara pecut ketika zaman sekolah. Suka makan kulit dan satu bahagian entah apebende entah name die dalam ayam. Walaupun seorang yang laju, beliau jarang melakukan counter attack disebabkan faktor stamina. Berpewatakan menarik, pandai bermain gitar, kadang-kadang gagap dan peminat kuetiaw kerang penang.



Norakmal Nordin.
-kembar peter schemeichel. Menjalani latihan intensif sebagai goalie sejak tadika lagi, walaupun beliau lebih berminat untuk bermain di posisi sayap kanan. Lebih dikenali dgn jolokan “Magic”. Boleh menangkap bola dalam 45 posisi mengikut rekod terkini. Gemar buat magic samada ketika bermain bola mahupun outing, dan merupakan peminat tegar david blaine. Membenci criss angel kerana merasakan magic beliau tidak jujur.

                                                            
Syafiq Suhaimi.
-berkebolehan tinggi. Jarang berbohong. Taat pesan Ibu bapa dan jiran tetangga.

marilah beramai-ramai datang ke venue pertandingan pada hari esok bagi menyaksikan persembahan penuh epik dan mendebarkan...semoga kemenangan berpihak kepada pasukan yang benar. majulah sukan untuk xtrovert-92



1 comment:

EG said...

Syafiq Suhaimi
-Keeper yang berkebolehan. Sering dipuji idola beliau Boboy. Rajin menguruskan bisnes. Motto hidup "Opportunity knocks ones".