11 Ramadhan.
Tiba-tiba petang2 macamni aku
terasa nak cuba2 membuat kuih buat berbuka nanti….aku rasa perasaan tiba2 tu
datang dari sahur aku pagi tadi yg sangat rare dari hari2 biasa, dan aku rasa
juga rare dari manusia2 biasa… sahur makan kuih tepung pelita yang terlupa
makan pasal simpan dalam peti sejuk…mak bapak aku tak ada kat rumah, balik ke
kampung…tinggallah aku dengan abang aku sahaja...maka, bukan benda mustahil
kalau tepung pelita itu sahaja yang kami ratah sebagai menu bersahur…kalau aku
bangun pukul 4.30 pagi memasak nasi goreng dan buat air teh o panas untuk
bersahur, itu baru mustahil.
Untuk membuat kuih yg bertahap
tradisional, aku memerlukan tunjuk ajar dari orang yg mempunyai pengalaman
sekurang-kurangnya seratus tahun berniaga di bazaar Ramadhan…tapi aku dapati
org seperti itu tidak wujud ….oleh itu, aku mengambil keputusan untuk bertanya jiran
aku yg pernah aku “mention” dalam entry sebelum ini sebagai penjual buah Melaka
yg boleh bikin panas…tetapi nyata harini dia bikin aku panas sekali lagi…aku
baru keluar dari pintu rumah nak ke rumah dia, dia dah menjerit siap2 “aku
taknak ajar kau buat kuih tepung pelita”…nampaknya penangan buah Melaka yg aku bagi
kelmarin memang kasi sennggaaattt sama itu orang…
Akhirnya aku buat keputusan untuk belajar dengan guru segala
guru, Google.com….pukul 2.00 petang, aku mula bergerak ke kedai carik bahan2 apa yg patot….mengikot resepi yg
aku dapat dari google, untuk membuat kuih tepung pelita berkapasiti 12 cawan yg
bersaiz sedang, aku memerlukan 1 cawan tepung beras ,1 cawan gula,5 cawan air,4
sudu besar tepung beras(ratakan),1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan,sedikit air pandan,sedikit kapur dan sedikit garam…bila
aku tgk resepi ni, semua aku paham…senang…rasa2 lepas aku siap buat kuih ni,
aku nak teros jumpa ketua kampong mintak satu tapak kat bazaar buat jual kuih
tepung pelita…
Sesampainya kat rumah, aku terus bentang suratkhabar…campak
dari jauh segala plastic yg ada barang2 buat kuih…org tua kata campak bahan
buat kuih merupakan antara petua supaya kuih yg dimasak cepat naik…taknak buang
masa, aku masok ke bilik dan menyalin baju yg lebih chef-like….tangan kanan aku
memegang sudip, kiri pula memegang senduk, kedua2 tangan disilangkan membentuk
gaya X di dada, dan aku senyum di hadapan webcam ….*klik!!... webcam laptop aku
menjalankan tugas dengan baik…aku kembali meletakkan semula sudip dan
senduk….org normal tidak menggunakan sudip ketika membuat kuih…
Aku mula membaca cara2 membuat sambil tangan aku
mengeluarkan segala jenis barang dari plastic…aku musykil, kenapa senang
sangat? Adakah memang betol2 senang ataupun aku ini sebenarnya mempunyai darah
Jamie oliver?...aku buat endah tak endah….rasanya membuang masa untuk aku pergi
mengkaji balik susur galur darah keturunan aku, walaupun kadang2 bila tengok
rancangan naked chef, Jamie oliver ada cakap yg beliau ada saudara mara di
Malaysia, johor untuk lebih spesifik….aku buat2 tak paham sahaja..
Untuk lebih memudahkan cara membuat kuih tepung pelita, aku
akan menerangkan cara2nya dengan tidak menggunakan esei, tetapi dgn
point2…lebih mudah difahami…berikut adalah cara2nya:
1.potong plastic pembungkus tepung menggunakan
gunting….gunting sahaja, dan jgn guna gunting kertas buat origami…takot ada
serbuk perada emas dalam tepung anda nanti
2.ambil 5-6 genggam tepung dan taburkannya mengikut arah
putaran jam ke dalam besen berwarna merah. Kemudian, tambah bersama ke dalam
besen itu air daun pandan dan air kapur barus dan kacau semua adunan sehingga
sebati…kacau juga gunakan tangan, guna senduk itu noob.
3.ape? taktau bagaimana nak buat air daun pandan…mudah,
lebih mudah dari menggoreng nugget…ambil
4 daun pandan, racik kesemuanya halus2….rendam dalam air bertapis
reverse osmosis sahaja….kemudian, pindahkan ke dalam besen dgn menggunakan
straw…
Amaran: jgn pindahkan air pandan tanpa menggunakan
straw…pandan alergik kepada udara kotor
4. setelah penat mengadun sebatian tadi, basuh tangan dan
pergi ke pokok kelapa jiran anda. Bawak galah dan terus jolok 3 biji buah
kelapa tanpa sedikit pun jiran anda sedari…kemudian, balik ke rumah dan pegi
kedai beli santan 2 ringgit…kelapa tadi aku ambil hanyalah untuk lepas geram
5. tuang santan yg anda beli sebanyak 2 ringgit tadi ke
dalam besen berwarna biru pula…jangan tuang semua, tuang 1 ringgit sahaja…1
ringgit lagi boleh simpan buat kari esok pagi…lepas tu, masukkan 4 sudu tepung
beras dan gaul semua sebatian dengan menggunakan tangan sekali lagi..
6. tuang adunan besen merah tadi ke dalam periuk memasak,
hidupkan api dan masak adunan sambil tonton cerita cat and dog di tv9….sambil2
itu, jgn lupa kacau…kalini kacau guna senduk…sangat bebal org itu jika mengacau
guna tangan juga..bagaimana nak tau adunan sudah masak? Lihat sekiranya adunan
itu sudah berkilat…bling2
7.bila dah berkilat, senyum dengan gembira….ini kerana kuih
anda hanya beberapa langkah lg akan siap…sekarang, masukkan adunan yg tlah
masak tadi ke dalam acuan yg anda suka…kalau suka bentuk bintang, masuk dlm
Tupperware bintang…kalau suka bentuk bulan, masuk dlm Tupperware bulan…kalau
suka bentuk bulat, biarkan sahja dalam periuk tadi
8.sekarang lapisan berwarna hijau anda telahpun siap di
dalam bekas…Cuma tinggal untuk lapisan putih sahaja..igt tak tadi ada adunan
dlm besen biru? Ya, dalam tu ada santan campur tepung beras…masak campuran tu
tadi di dalam periuk…dan juga jgn lupa kacau guna senduk…lebih bagus guna
senduk kayu, nampak pro…
9. langkah yg terakhir, curahkan santan yg dah dimasak smpai
pekat itu ke dalam acuan pertama tadi….biasanya, kuih tepung pelita ni ada dua
lapisan..hijau dan putih…tetapi ini semua mengikut kreativiti anda sendiri…seperti
aku, aku lebih suka buat 17 lapisan…ahh, hal lapis2 ni belakang cerita..yang
penting cara pembuatan anda kena gayanya…
10.sekarang, sejukkan kuih anda…sejukkan ini juga mengikut
kreativiti…boleh dgn letak dlm peti sejuk, letak depan kipas speed 3, memasak
di kutub utara, dan macam2 lagi…aku lebih tradisional, tiup guna mulut…walaupun
penat, cara ini lebih disyorkan…
Lepas beberapa jam, kuih tepung pelita sedia dimakan…tetapi
sekiranya beberapa jam itu belum masok waktu berbuka, sedia dia masih belum
berapa sedia…ahh, macam kalinga ayat aku…bila dah sejuk tegap kuih tepung
pelita tadi, ambil kamera dan snap 3-4 keping buat upload di fb sambil cakap, “nyum2,
tak sabarnya nak makan kuih yg I buat sendiri ni…awwww”….ni merupakan gambar
kuih tepung pelita yg aku makan berbuka harini..
*************************
*last2 aku beli kat bazaar...kuih yg aku buat mane? dah habis bagi ayam makan
p/s: bukan salah aku kuih tak jadi...lgpon jamie oliver mane pernah buat kuih dalam rancangan die....
1 comment:
kalo syufuq yg wat, memang takkan jd...sembang selupa itu anjing sengggggatt!hhaha
Post a Comment