7 Ramadhan.
Harini sahur aku berjalan seperti
biasa. Tiada apa yang istimewa untuk dikongsikan. Cuma setakat ni, aku baru
berjaya sekali sahaja untuk tidak tidur lepas sahur…itupun pasal tv ada tayang
cerita best masa tu…kungfu2 kalau tak silap…ahh, memang nostalgic layan cerita
kungfu sementara tunggu subuh.
Harini bekas awek aku masa darjah
5, hani ajak pergi bazaar kat Bandar…katanya nak tukar angin asyik mengadap air
soya kampung …aku bersetuju saja..lagipun aku nak boikot sikit kuih buah Melaka
yang jiran aku jual kat sini…tepungnya tebal bukan kepalang, gulanya macam
secubit saja yang ditarok…nanti aku igt nak beli buah Melaka banyak2 kat bandar
dan hantar sedikit ke rumahnya sebelum berbuka…biar dia tau jangan bermain
dengan api dalam hal2 buah Melaka ni…
Pukul 4.45 lepas solat asar, aku
gerak ke rumah hani naik viva abang aku…abang aku dah siap2 order roti john
black pepper bayar guna duit aku bila dengar aku nak pinjam kete….takdehal,
jariah bulan puasa…pukul 5 tepat, baru aku ngan hani gerak ke bazaar kat
Bandar…makan 15 minit jugak dia bersiap bagai…maklumlah, banyak shawl yang nak
dililit….dulu aku igt lagi masa sekolah agama, dia pakai tudung labuh…rasanya
masa tu nampak lagi manis…keh3…
Kereta aku pandu tak berapa
laju…meter main cecah 60-70 kmh saja….paling2 pun aku lepaskan ke 80kmh time
nak potong motor yang tak reti nak duduk tepi…sengaja aku bawak perlahan, boleh
berborak panjang sket…maklomlah university kat Ukraine bukan selalu bagi aku
cuti ntok jumpa kawan2 lama…ni nasib baiklah tiba2 kerajaan sana bagi cuti
sebulan sempena musim buah-buahan…hani lebih banyak bertanya, aku banyak
menjawab…maklumlah, dengan perempuan ni aku jadik pasif sedikit…pasif banyak
sebenarnya…macamana aku boleh setuju nak pergi bazaar sekali dengan dia ni pun
aku tak pasti…kerana dendam buah Melaka semalam agaknya….antara soalan yg
ditanya adalah macamana belajar kat Ukraine…ahh, soalan ni tiap kali aku jumpe
kawan2 kg, mesti ada…aku pon mula menjawab dgn jawapan yg selalu aku berikan…banyak
lagi soalan2 yg hani tanya, tapi ada satu yang aku gagal menjawab dengan
tenang….”kat sana dah ada gf?”…ahh, apa gila aku nak jawab ni? Aku takot kalau
aku jawab dah ada, mungkin dia masih menaroh perasaan kat aku lantas
kecewa…maklumlah, dulu aku jugak yg mintak putus pasal masa periksa pendidikan
Islam, dia meniru musuh ketat aku…masa tu aku marah betol, taktau kenapa…lantas
aku membuat keputusan ntok tak menjawab soalan hani tadi, dan hanya tersengih
sambil ketawa sedikit…aku ikut menyanyi lagu noktah cinta-hafiz yg diputarkan
radio era sambil membiarkan hani kebingungan seorang…
Pukul 5.25 ptg, viva siap
diparking dengan kemas di sebelah Toyota commonrail…bila aku keluar, kelihatan
kerdil sangat viva itu….tak lama lepas tu, datang satu motor Honda ex5 parking
sebelah aku…hurmm, ada lagi yang lebih kecil dari aku…beep2, aku menekan kunci
auto kereta dan melangkah ke bazaar bersama hani yang berjalan sambil
mengemas-ngemaskan baju kemejanya…
Bazaar di Bandar, memang nyata
berbeza dengan kat kampung aku…kedainya berlambak2, orang yang membeli pula
membuak2….sangat sesak…”ko dah ada listkan ape nak beli ni?kalau takde, kita
kasi round satu kali usha semua kedai…pastu baru beli”…aku memberi cadangan
kepada hani yang aku perasan spirit membeli dia dah mula datang…”ok gak tu,
jom!”, Hani menjawab sambil tersenyum gembira…apehal gembira sangat ni? Aku
musykil…bazaar tu bersifat panjang dari depan kebelakang…maka di permulaan
bazaar, aku nampak ada satu pakcik berkaca hitam duduk di atas kerusi…di
hadapan dia ada piano yg murah aku rasa, dan ada satu bekas duit di kanannya…beliau
bermain piano sambil menyanyi lagu2 yg dia tahu...masa aku di situ, dia tgh
mendendangkan lagu kalau berpacaran…masih up lagi lagu kalau berpacaran ni
rupanya…hani mengajak aku mula bergerak…aku masok ke bazaar sambil menyimpan
keinginan, nanti keluar aku nak hulur 2-3 ringgit kat pakcik tu…
Kat bazaar tu jangan cakap dia
punya meriah…apam balik kalau selalu aku nampak ada 1 jenis je, kat sini ada 40
jenis…ayam percik kalau biasa aku nampak 40 jenis, kat sini ada seribu
jenis…memang gila…hani dah mula tak keruan…menjerit sana sini seperti hilang
arah…ok, itu tak benar…hani juga berjalan dengan cool seperti aku..Cuma kadang2
dia teruja melihat aksi2 memasak oleh para penjual, terutamanya penebar
murtabak yang mempamer pelbagai gaya dan stunt…selesai satu round smpai ke
hujung, aku dan hani mula membeli…apa2hal aku carik dulu kedai roti john…janji
perlu dibayar…dapat roti john, hani ajak aku ke gerai kebab….kebab di situ
katanya special…plastic pembungkus kebab tu boleh dimakan sekali….Cuma sedap
tak sedap rasa plastic tu taktau plak aku…dari kedai kebab, kitorang pindah ke
kedai kuih…aku carik buah Melaka…mula sekali aku tanya dulu makcik tu…”buah
Melaka ni gula banyak tak? Bulan puasa ni, jgn menipu”…makcik yg menjual rasa
serba salah apa nak dijawab…bila nampak macam tu, aku kensel tak jadik
beli...aku terus ke beberapa kedai lain demi jawapan yang meyakinkan…sampai
satu kedai, makcik penjual tu menjawab “kompem gula banyak…makan dua bijik,
terus kena kencing manis” dengan konfiden sekali…ini aku suka…aku beli buah
Melaka 4 ringgit dan karipap sardine seringgit…Hani pulak aku tengok beli
beberapa jenis kuih..masing2 seringgit, tapi pelbagai…nampak banyak…”banyak
beli? Kau nak belanje aku ke?keh3”, aku tanya dalam nada bergurau….”Heeeee”,
Hani menjawab sambil tersenyum menunjukkan giginya…
Lepas 30 minit, aku dan hani
berjalan keluar menuju ke viva…roti john, buah Melaka ngan karipap,tu je yang
aku beli..bg aku dah cukop dah ni…aku tgk hani, tangannya penoh….kuih2, ayam
percik, air, ahh banyak lah aku nak cakap,mmg banyak….aku bersangka baik, ada
orang datang rumah dia agaknya….sampai kat pakcik main piano tadi, aku berhenti
kejap…layan dia habiskan lagu hotel California…boleh tahan juga English pakcik
ni…habis dia nyanyi, aku bukak dompet dan letak 2 ringgit dalam bekas duit
pakcik tu….”Jom gerak”, ajak aku kepada Hani…”tunggu kejap ek”, balas Hani…dia pergi kepada pakcik tu dan
menghulurkan 3 plastik makanan dan 1 plastik air sambil berbisik kepada pakcik
tu…aku rasa mungkin dia berkata “ni buat berbuka nanti ya pakcik”….terharu, aku
tersenyum saja dari jauh sambil memakai
spek rayban aku,cover mata yg mula berkaca….sepanjang perjalanan pulang, aku
kadang2 mengerling ke Hani…dia tersenyum lebar,nampak satu kepuasan di wajahnya…mungkin inilah erti kegembiraan dapat beramal kepada org lain ketika bulan Ramadhan…aku turut sama senyum sambil mulut kadang2 ikot menyanyi lagu senyum-Malique feat najwa yg tiba2 berkumandang di radio…
p/s: buah Melaka makcik tu betol
legend…aku dah hantar kat jiran aku 1 plastik….hahaha
p/s2: tiba2 aku rasa nak ajak Hani
pergi bazaar hari2 pulak….
No comments:
Post a Comment