Gua sedang tekun di meja study gua. Presentation
board perlu dihantar lagi beberapa hari. Board a1 terbentang luas di atas meja,
dengan lagi 2 keping menunggu giliran untuk dijamah.
Sedang gua khusyuk menyiapkan, azan
Maghrib berkumandang dari surau Mahallah sebelah. Sudah kebiasaan, pantulan
bunyi ke arah bilik gua hanya mampu menerima azan surau dari Mahallah lain,
bukan daripada Mahallah gua sendiri.
Tapi kali ni lain macam..
Sedap sungguh azan kali ni. Ditambah
lagi dengan gua yang sedang khusyuk menyiapkan kerja, maka makin bersemangatlah
gua menghadap board tu. Rasa macam diseru semangat gua untuk siapkan..
Berdasarkan pendengaran dan
pemerhatian gua, gua yakin kali ni muazzin baru. Lain sket pitching dia dengan
yang biasa gua dengar..
Muazzin sudah sampai ke laungan
Haiyya ala Solah. Sedap. Laungan kali kedua lebih nyaring , suara semakin
tinggi…
Semakin tinggiiii…
Tinggiiiii…..
Pecah.
****
Gua terbayang tawa-tawa kecil
budak-budak di sekolah dulu.
Ahhh, sukar untuk gua katakan. Kalau
dalam situasi ni di sekolah, mahu terus pencen jadi muazzin. Kena bahan sampai
habis sekolah pun boleh jadik jugak.
Nasib baik sekarang gua bercakap
dalam konteks universiti, dengan jumlah pelajar yang terlampau ramai untuk
saling mengenali satu sama lain serta kehadiran untuk berjemaah di musolla
tidak diwajibkan. Lega sikit muazzin tu.
1 comment:
ku x sangka ko xsbot psl muazzin tpantas smapl.
Post a Comment