ASSALAMUALAIKUM
“Lu tunggu sana, kejap lagi aku sampai”, send!...aku
merenung berapa ketika ke skrin henpon nokia yang memang sedia maklum sangat
power…”sent to ayob”…aku menghembus nafas lega…maksudnya baki kredit henpon aku
masih ada walaupun dekat dua minggu tak topap…”naim, ayob ajak lepak seksyen 2,
ok?” Tanya gua padu ke muka naim sambil tangan menguis2 sambal nasik lemak yang
aku perasan makin hari makin cair dia punya viscosity…kadang2 bila fikir balik,
ni lah perangai orang kita kalau berniaga…tak pernah nak buat
penambahbaikan…makin ke arah celaka ada…naim tak berfikir panjang…dia terus
angguk tanda setuju….”ok, lame gak aku tak pekena milo legend”….aku mengiyakan
sahaja…apa benda yang aku iyakan, aku sendiri tak tahu…nak kata milo seksyen 2
tu legend, bagi aku masih belum sampai lagi tahap yang betul2 aku boleh panggil
legend…kalau nak dapat nama legend dalam hal2 membancuh milo ni, baik pergi
bertalaqi dengan pakcik2 milo van…
Siap menghabiskan sisa2 nasi lemak yang ada, aku dan naim
mula membuka langkah masing2 ke foodcourt sekyen 2…bagi yang tak tahu,
ataupun pura2 menjadi kura2 dalam
perahu, seksyen 2 dan kolej jati tidaklah jauh mana…gunakanlah mana2
perumpamaan dulu kala seperti sepelaung, setanak nasi, sekangkang kera, a throw
stone away dan apa saja, semua itu boleh menggambarkan dengan tepat tentang
dekat jauh jarak antara dua tempat ini....keadaan di foodcourt ni macam2…bagi
aku, tidak perlulah handsome mahupun bersolek bagai untuk lepak2 di sini..ianya
lebih kepada tempat makan student2…pakaian seperti t-shirt dan kain pelikat dah
cukup pergi sebenarnya…
Berbalik kepada cerita mesej yang aku terima dari ayob,
beliau ajak aku dan naim lepak2 makan dekat seksyen 2…siapa ayob? Ahh, mungkin
ada yang lebih kenal beliau dengan nama ucop…rasanya aku pernah cerita pasal
kutu seorang ni masa entry ketua rumah 4 tahun lepas…sampai di fooodcourt, aku
taknampak kelibat dia…hal begini aku memang dah jangka, Cuma kadang2 aku
sendiri saja buat2 tak jangka…tunggu beberapa ketika, barulah muncul kelibat
ayob ni…pergi isik minyak motor katanya...
Duduk di meja sebelah gerai sate, tapi tak beli walau
sebatang pun buat aku, naim dan ayob rasa serba salah…sebenarnya tentang ayob
dan naim tu, aku tak berapa yakin diorang ada rasa bersalah macam aku atau
tidak…bukan apa, aku Cuma rasa tak praktikal untuk membeli sate yang harga
sampai 70sen secocok….kalau aku seorang penagih, lebih baik aku simpan duit
guna buat beli ganja tiga-empat tiub…pesanan ayob sampai ke meja…nasi goreng
student dan air sirap…aku dan naim hanya minum milo gelas besar saja…bercerita
tentang milo yang aku order, aku boleh
katakan ia hanya pada tahap so-so sahaja…belum layak lagi untuk digelar
legend....wait for it……dary
Sambil makan, cerita mula dibuka…dari sekecil2 cerita macam “kolej
kau hujan tak? Kolej aku selalu hujan time2 petang” hinggalah ke seberat-berat
cerita yang aku pun malas nak bukak tajuk dia dalam entry ini…kalau aku sebut,
risau ada yang mula naik angin tak tentu hala…sambil2 bercerita, ayob kadang2
bercerita kisah2 dulu di sekolah….hari itu aku rasa banyak nama nopal yang naik…dia
cerita, aku ketawa, tak kering gusi, jatuh kerusi…cerita perihal bagaimana satu
ketika dahulu, dia dan nopal pernah bukak satu perniagaan roti aiskrim yang
kalau diorang berenti belajar dan terus buka bisnes masa tu juga, aku suspek
mesti diorang sedang bersenang lenang makan duit jual roti aiskrim…. Dan lain2
dari itu, cerita macam bila final, berapa paper, pelik kenapa aku hanya ada dua
paper final sahaja turut dijadikkan topik bualan….malam makin larut, air milo
makin surut…..aku, naim dan ayob mula beransur ke kolej masing2…sebelum pulang,
aku sempat menoleh ke kiri dan kanan…
Sambil berjalan pulang, jiwa aku masih lagi sedih dengan apa
yang berlaku…tak ada orang ke yang nak beli sate pakcik tu? Student macam aku
ni bukannya praktikal sangat makan sate2 ni….aku harap pakcik tu boleh mula
fikir2 untuk bukak perniagaan baru…roti aiskrim mungkin.
No comments:
Post a Comment