Apa
khabar semua!
Perghh
gua dah hampir meninggalkan bidang penulisan dan blogging ni dah kalau tak
sedara Dodol suruh gua buat entry khas ni. Maksud gua saudara Dodol. Dah lama
sangat rasanya tak menghadap tempat draft entry nih. Ni semua penangan T-Square
dan drafting table serta butter paper dan board bersaiz a2 dan a1. Tak
dilupakan juga model2 serta peralatan yang digunakan untuk membuat model.
Sukar
jugak rupanya nak menjadi berjaya seperti Ted Mosby dalam How I Met Your
Mother, ataupun kalau nak lebih Islamik sikit seperti Adam dan Nur dalam Nur
Kasih. Ataupun kalau nak lebih fofular seperti Azhar Sulaiman. Tapi itu semua
akan ku tempuh, sambil berterusan berada di blog nih.
Mana
boleh bagi Dodol conquer semua beb..
Ok,
SPM pun nak dekat. Gua yakin di saat lu orang membaca nih, SPM mungkin dah
start. Melainkan lu orang jenis bukak blog nih hari-hari walaupun jarang ada
pengisiannya, mungkin lu orang akan dapat membaca entry nih sebelum SPM start.
Ataupun mungkin juga lu orang akan dapat membaca entry nih sebelum SPM start
jika lu orang merupakan pengguna Facebook tegar, yakni lu orang akan perasan
entry baru telah diupdate di page Facebook blog nih.
Perghh!
Blog nih ada page FB!!!
Sedangkan
awek2 Pavi yang lu orang tak berapa nak kenal pun ada page sendiri, takkan
pulak blog yang bermanfaat lagi munasabah ini tiada pula. Hadoii ibarat menarik
bulu ketiak menggunakan gigi betul kamu semua..
Sementara
itu gua tak pasti pulak benar atau tidak penulisan gua pasal SPM nih sebab gua
amat yakin, budak-budak SPM yang mempunyai kesedaran tinggi tak sempat nak
bukak2 blog nih di saat SPM nih, jadi apa guna gua menulis memberi nasihat.
Masalahnya sekarang, kenapa pulak gua yang nak memberi nasihat. Ini sangat
musykil.. Lagi satu, pembaca-pembaca blog ni semuanya mempunyai kesedaran
tinggi, jadi bila semua nak study untuk SPM, sapa nak baca! Mengapa pula Dodol
mahupun Cukpor ataupun Nopal perlu membaca tentang SPM, lebih-lebih lagi
tentang tips2 menjawab soalan Sejarah. Perlukah mereka mempraktikkan tabiat manusia
pada tamadun Indus dengan soalan Calculus mereka?
Jadi
bersempena dengan entry khas sempena SPM ini, gua dan rakan-rakan gua serta
rakan kepada rakan gua ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua
calon-calon SPM. Ingat, perkara pertama apabila mendapat kertas soalan ialah
semak dan baca nota kaki. Itu sangatlah penting. Dan bagi mereka yang mempunyai
Iphone dan sebagainya, ingatlah bahawa menggunakan applications ketika di
tandas untuk menjawab soalan sangatlah tidak disukai ramai, kecuali jika anda
menggunakan apps GPS untuk mengetahui tempat duduk sebenar anda ketika di dalam
dewan peperiksaan. Itu tidak mengapa.
Seperkara
lagi, hayati dan selamilah waktu SPM dengan jiwa yang tulus dan suci murni,
kerana itulah waktu-waktu terakhir anda di sekolah, melainkan selepas itu anda
kembali sekali lagi menjadi guru. Waktu-waktu persekolahan memang menusuk jiwa
dan sanubari anda.
Sekian.
Hayatilah poster yang gua snap daripada dinding bilik member gua ini. Babai.
1 comment:
teringat zaman2 muda pulak ~~
Post a Comment