Pemuda
itu masih senyap, tidak menghiraukan teguran Jamal Ariffin Mohsin. Jamal
Ariffin Mohsin agak berang dengan tingkah laku pemuda tersebut. Sebelum ini
tidak pernah lagi orang tidak menyahut seruannya. Selalunya apabila dipanggil,
semua akan menyahut kembali, tetapi tidak bagi pemuda ini. Jamal Ariffin Mohsin
menegur sekali lagi..
“Bro,
dengar tak gua tanya ni. Kenapa main dam sorang-sorang?”
Seketika
kemudian pemuda itu berpaling, lalu memandang Jamal dengan pandangan biasa.
Sambil mengesat peluh di muka menggunakan tisu Premier yang disimpan di
koceknya, pemuda itu menjawab :
“Oh,
Jamal Ariffin Mohsin rupanya. Minta maaf kerana tak sedar kau di sebelahku.
Maklumlah, aku perlu benar-benar bersedia sebelum berlawan dengan orang lain.
Aku risau jikalau aku tak bersedia sepenuhnya, nanti yang lain akan
memperalatkan aku jika aku bertemu dengan mereka. Yang paling aku risau, aku
kena 4-step checkmate.”
“Sejak
bila dam aji ada 4-step checkmate? Sejak bila lu tahu nama gua?”
“Adakah
kau yang tak tahu pasal 4-step checkmate ataupun aku yang tak tahu asal-usul
step itu? Ahh lupakan saja. By the way, nama kau kan famous dalam kelab nih
sejak adik saudara kau dah jadi terkenal di website vimeo. Semua orang sibuk
nak mula bertanya pasal adik saudara kau tu dekat kau. Masing-masing bangga nak
beritahu kawan masing-masing yang mereka kenal dengan abang saudara kepada
ahmadmustajap, pengarah filem pendek tu, merangkap adik saudara kau. Adakah
benar kau tak sedar akan keadaan ini? Ataupun saja-saja nak tunjuk rendah diri?
Ahh kalau kau rendah diri pun, yang naik nama nanti ahmadmustajap juga, bukan
kau. “
“Betul
lah, memang gua tak sedar. Bila masa
adik saudara gua pandai guna laptop pun gua tak sedar, inikan pulak dah pandai
guna vimeo. Dah selangkah jauh daripada gua yang hanya tahu guna yotube. Setahu
gua, gua cuma ajar dia cara on off laptop saja dulu, itu saja. Ohh dah terkenal
beliau sekarang ye. Hmm beliau mengarah movie apa sampai terkenal sangat tu?”
“
Deodorant”
“Pergghh.
Movie Deodorant?! Gua pernah dengar juga pasal movie tu. Tak sangka tu buah
tangan adik saudara gua. Pergghh ini perkara serius ni. Gua rasa bangga.”
“Kalau
aku pun aku bangga. Hmm by the way, yang kau dok tercegat dari tadi tu kenapa.
Marilah join aku main dam ni. Tapi kau duduk sebelah je la, sebab aku masih tak
bersedia nak lawan dengan orang lain. Kau duduk pun senyap je, jangan kacau
step aku. Jangan cuba member pendapat, sebab ni sesi critical thinking. Otak
aku yang diperlukan untuk berfikir, bukan otak kau.”
“Okay.
Lagipun gua nak berfikir cara-cara nak promote ahmadmustajap ni. Kebanggan
family tuh.”
Jamal
Ariffin Mohsin duduk sebentar, kemudian bangun dan berlegar-legar di sekeliling
kelas itu. Suasana masih lagi sunyi, betul-betul mengikut susana dalam Sims 3
ketika sims sedang bermain chess. Masing-masing sungguh khusyuk, mungkin
berniat untuk menaikkan level masing-masing yang muncul di atas kepala, juga
meniru budaya game Sims 3. Jamal Ariffin Mohsin masih berlegar-legar, kemudian
mata beliau terpaku pada notis kenyataan di sebelah pintu masuk.
‘Pembahas
Terbaik Peringkat Universiti Tempatan’.
Jamal
Ariffin meneliti dalam-dalam biodata pembahas terbaik itu. Hebat. Beliau
kelihatan amat hebat dengan pencapaian serta anugerah-anugerah yang telah
beliau terima sepanjang penglibatan beliau dalam arena perdebatan di
universiti. Jamal Ariffin Mohsin bagaikan terpukau membaca biodata pendebat
tersebut. Secara tiba-tiba beliau berpaling dan menjerit ;
“Siapa
Mokhtar Shaarie bin Eunos. Anyone?”
Semua
orang kelihatan terkejut dengan teriakan Jamal Ariffin Mohsin. Masing-masing
mengangkat muka daripada papan dam, dan memandang tepat kearah Jamal Ariffin
Mohsin. Jamal Ariffin Mohsin berasa seperti beliau dibebani oleh satu
tanggungjawab yang amat berat, bagaimana mahu dibalasnya setiap pandangan orang
itu. Di dalam kelas itu sekarang ada lebih kurang 30 orang ahli, tak sempat
rasanya jika beliau mahu membalas setiap satu padangan sambil tersenyum,
seperti yang biasa dilakukannya ketika bertemu dengan orang lain.
“Anyone?
Gua saja nak tau.. terbaca pasal dia ni.. hehe”
‘Hehe’
Jamal Ariffin Mohsin kelihatan tidak mampu untuk menghilangkan mood serius
semua orang.
“Hehe..”
sekali lagi Jamal Ariffin Mohsin mencuba..
Kemudian
semua orang serentak berpaling ke suatu penjuru di kelas tersebut.
Masing-masing memandang.. kearah lelaki yang ditegur oleh Jamal Ariffin Mohsin
sebentar tadi.
“Hoi,
sahutlah orang panggil nama kau tu!” jerit seorang lelaki di situ.
“Hoi,
sudah-sudahlah tu berpeluh!” sambung sorang remaja perempuan lain.
Jamal
Ariffin Mohsin cuba menenangkan suasana yang agak tegang itu. Beliau meminta
semua orang agar bertenang dan menyambung sesi critical thinking masing-masing.
Suasana kembali sunyi. Mata semua orang terarah kembali ke papan dam.
“Checkmate!”
jerit seorang lelaki memakai baju kuning yang agak kotor.
Jamal
Ariffin Mohsin semakin keliru. Beliau benar-benar buntu. Jamal Ariffin Mohsin
terus keluar daripada kelas itu, dan menuju ke keretanya. Masuk sahaja ke dalam
kereta, beliau terus mengeluarkan Samsung Galaxy nya. Satu-persatu kajian
dijalankan tentang tempat sebenar checkmate, di papan dam aji atau di papan
chess. Beliau benar-benar pasti beliau betul sekarang. Kereta dihidupkan dan
beliau terus berlalu.
Beliau
mungkin terlupa sesuatu yang penting..
Bersambung..
No comments:
Post a Comment