ASSALAMUALAIKUM
Sabtu ni bersamaan esok hari, sejarah akan tercipta dan
sejarah ini lebih power daripada sejarah yang dibangga-banggakan oleh kelab Liverpool.
Para penggiat,aktivis dan pecinta bola-sepak dari batch xtrovert-92 akan bersama-sama
turun padang, dalam usaha menjulang piala futsal labu buat pertama kalinya. Untuk
event kali ini, beberapa orang lagenda tidak dapat bersama-sama berjuang
memandangkan urusan mereka di Negara orang asing lebih utama. Namun begitu,
nama-nama yang sedang meningkat naik, bakat-bakat muda dan beberapa pemain yang
sudah sedia mahsyur dengan kebolehan dan ada antara mereka merupakan komrad
pemain-pemain lagenda batch ini sudah siap sedia bagi menghadapi kejohanan ini
sejak iklan pertama diumumkan 3bulan lalu. Antara pemain-pemain yang bakal
membawa nama batch xtrovert ini adalah:
Nursyarina Ibrahim(Manager Pasukan)
-satu-satunya manager wanita dalam kejohanan kali ini. meminati
bola sepak dalam konteks khairul fahmi che mat, aidil zafuan, nazmi faiz dan
marlon alex james. Memberikan komitmen yang tinggi dalam pembentukan pasukan
dan hal ehwal para pemain. Mempunyai kebolehan menguruskan hal ehwal akaun
dengan baik samada akaun kewangan mahupun akaun twitter.
Nizamuddin
-tidak dapat disangkal lagi kebolehan beliau dalam arena
bola sepak. Merupakan Individu yang paling disebut-sebut bakal menjadi kapten
bagi pasukan futsal ini. Mengikut cerita yang masih lg diragui kebenarannya,
beliau hanya mula pandai menyepak bola ketika darjah enam. Merupakan salah
seorang drpd team 7-side yang disegani. Pandai berjenaka, dan pandai
menghilangkan diri pada waktu malam.
Adib rhaais
-kawan rapat kepada nizamuddin. Kalau, nizamuddin tak jadik
kapten, kemungkinan besar lilitan tersebut akan berada di lengan mamat ni. Rajin
post kat facebook pasal hal-hal kahwin awal. Mempunyai gaya permainan yang
bersahaja tetapi laju. Terkenal dgn gerakan gelecek ala “Shaolin soccer”. Mengikut
komen daripada bek kanan pasukan futsal SPM tahun 89, adib ini merupakan pemain
yang perlu di-mark sebaik mungkin. Diver yang jarang menjadi.
Aizat Azmi
-mempunyai nama jolokan park Ji sung, namun gaya permainan beliau
lebih mirip neymar versi kampung. Merupakan orang penting dalam cabutan undi
kumpulan. Skill menggelecek bola beliau sememangnya tidak boleh dinafikan. Mengikut
rekod perlawanan petang2 kat padang puteri, beliau pernah menggelecek melepasi
bahauddin sekaligus menjaringkan gol. Bukan benda senang untuk melepasi bahau
ketika main petang2.
Imraan Azhar
-walcott pada warna kulit dan gaya bermain. Mempunyai susuk
tubuh seorang pemain futsal yg berbakat. Sedang mengejar cita-cita untuk
menjadi seorang doktor juga host dota yang terkemuka. Sedang dilamun cinta. Memandu
swift dan berani dalam bergaya. Boleh dikatakan, kebolehan beliau dalam bermain
futsal banyak berinspirasikan kepada pasukan kegemarannya iaitu arsenal.
Amir Amali
-orang gila. Banyak mengeluarkan skil-skil yang mengelirukan
secara tidak sengaja. Sekilas pandang, mirip kepada Barathrum the
spiritbreaker. Pernah dikecam hebat ketika bermain petang2 pada zaman sekolah
dahulu kerana corak permainan beliau yang agak agresif. Namun, beliau tetap
berpegang pada prinsipnya, “my game, my rule”. Antara pemain yang perlu diberi
perhatian kerana corak permainan yang sukar diduga.
Ariff Ashman
-terkenal dgn moto “Laju”. Penyokong kuat skuad Pahang. Pandai mengaplikasikan ilmu bola keranjang di
dalam pengawalan kawasan pertahanan. Sepanjang pengalaman bermain bersama,
beliau banyak membuat serangan mengejut tanpa dijangka oleh pihak lawan mahupun
pasukan sendiri. Sedang mengejar cita-cita menjadi arkitek yang tidak lupa
menghadiri ceramah ustaz zaharudin.
Syazwi Aiman
-laju sedikit dari Ariff Ashman, yang membolehkan beliau
digelar speed demon. Speed dan demon itu memang cocok pada beliau. Pemenang beberapa
pingat emas dalam acara pecut ketika zaman sekolah. Suka makan kulit dan satu
bahagian entah apebende entah name die dalam ayam. Walaupun seorang yang laju,
beliau jarang melakukan counter attack disebabkan faktor stamina. Berpewatakan menarik,
pandai bermain gitar, kadang-kadang gagap dan peminat kuetiaw kerang penang.
Norakmal Nordin.
-kembar peter schemeichel. Menjalani latihan intensif
sebagai goalie sejak tadika lagi, walaupun beliau lebih berminat untuk bermain
di posisi sayap kanan. Lebih dikenali dgn jolokan “Magic”. Boleh menangkap bola
dalam 45 posisi mengikut rekod terkini. Gemar buat magic samada ketika bermain
bola mahupun outing, dan merupakan peminat tegar david blaine. Membenci criss
angel kerana merasakan magic beliau tidak jujur.
Syafiq Suhaimi.
-berkebolehan tinggi. Jarang berbohong. Taat pesan Ibu bapa
dan jiran tetangga.
marilah beramai-ramai datang ke venue pertandingan pada hari esok bagi menyaksikan persembahan penuh epik dan mendebarkan...semoga kemenangan berpihak kepada pasukan yang benar. majulah sukan untuk xtrovert-92
1 comment:
Syafiq Suhaimi
-Keeper yang berkebolehan. Sering dipuji idola beliau Boboy. Rajin menguruskan bisnes. Motto hidup "Opportunity knocks ones".
Post a Comment