Tuesday, April 27, 2010

touchin'


assalamualaikum

memori gua dtg kmbali.. walaupon gua jarang sentuh memory yg jual kat koop tuh.. sebab gua lagi suke mghabiskan wang belanja amanat bapa gua kat rudy si penjaga kantin yang kacak bergaya.. daripada mghadap budak2 hensem yg duduk tersadai kat koop lpas abes prep.. gua x masukkan abg2 dan kakak2 koop yg bertungkus-lumus menjaga perniagaan, tetapi mamat2 hensem yg tersadai berhampiran koop.. gua juge x maksudkan rudy ye.. tetapi mamat2 hensem yg tersadai berhampiran koop.. ouh, dan gua juge x maksudkan diri gua mahupun dodol.. walaupun itu mungkin bermain di fikiran anda.. lagi2 dodol.. ohhh plissss!!!

sebenarnye, bukan cerita pasal koop yg gua mahu ceritakan.. gua ttibe teringat satu majlis x rasmi antara budak2 putera sejagat.. yg terjadi pada malam terakhir masing2 hidup secara sah di bumi smap.. atmosfera sebegini sebenarnye sudah dapat dijangka masing2 sebelum menjelangnye malam tuh, tapi masing2 wat macho la konon.. berpegang pada prinsip no women no cry..opppsss gua ade terciter pasal crying ke?? oh nooo... kantoi r camni.. xpe2.. relax2.. wat macho.. post ni ramai awek2 bace.. gua pun tengah kontrol emosi.. setakat ni baru due titis air mate mengalir.. huh

biase r bagi umat sejagat, apabila kite dah tahu bila dan bagaimana kita akan terpisah, dengan secara x langsung kite akan bersedia untuk mghadapinya... ianya tidak seperti mati.. kite tidak tahu bile ia akan ade.. jadi kite x merasakannya sangat, walaupun kita patut bersedia..(memetik kate2 nopal).. jadi malam tu sume budak putera sudah tau yg keesokan harinye adalah hari2 terakhir bagi masing2 bergelak tawa berkongsi suke duke bersama.. mahu x mahu atm0sfera malam itu sudah berubah menjadi melankolik dengan sndirinye.. smpaikan jemaah maghrib mncapai peratusan makmum muafik trbaik sepanjang zaman dek kerana itu adalah maghrib berimam terakhir masing2 sebagai budak sekolah.. mahu x gugup pak imam tyme tuh.. sume hadir awal.. hehe

lepas maghrib diadekan pulak sesi bertemu peminat.. maksud gua dodol berkate-kate di depan dan yg laen mengerumuni.. ade gaye r sesi bertemu pminat kan?? ouh whateva.. malam tu rmai juge yg berkate-kate.. masing2 cube menyampaikan luahan hati dan harapan masing2.. suasana tyme tu x usah dicerita r.. sebrutal mane pun mamat tuh, berkace juga mate.. maaf, gua x maksudkan muhammad bin abdullah ye.. maaf dipinta sekali lagi.. terima kasih.. tyme nopal bercakap merupakan segmen yg paling melankolik.. terima kaseh kepada anda kerana mmberi m0tivasi mmbina itu.. kami doakan anda berjaya di u.s... beliau benar2 berjaye menyentuh perasaan masing2.. ditambah lagi ngan mereka2 yg laen yg berkata.. dodol, pdot dan pengacare majlis, patel.. terime kasih daun keladi, bile boleh gua dgr ucapan camtu lagi... amacam pantun gua? sedey x??

pastu, solat isyak.. tyme nih air mate masih basah di pipi.. lepas abes solat isyak, tibelah tyme ditunggu iaitu salam jama'i.. btul ke name program tuh?? haha.. tyme ni sume mmbuat bulatan.. dan sume akan ade peluang bersalaman sesama sendiri.. mengucapkan penghargaan di atas sebuah persahabatan yg x ternilai dek USD mahupun dinar emas.. meminta maaf antara sesama sendiri.. dan mendoakan kejayaan.. nizamuddin pule berjaye muncul dengan satu trick yg menarek iaitu dengan mengbackgroundkan majlis itu dengan alunan nasheed daripada hp nye yg diletakkan di mic.. dengan sebuah radio diletak berhampiran bagi mengaburi mate sesiape yg mungkin curiga.. mmg patut curiga pun, mane de radio keep playing the same song over n over. haha.. tapi tindakan beliau dan nasheednye mnjadikan suasane lebih sedih..terima kasih kepada anda juge..


sebenarnye gua x mahu terangkan panjang lebar bagi majlis ni.. saksikanlah sahaje ye antare gmbar2 yg sempat di amek..









gamba2 ni mungkin x dapat menerangkan situasi sebenar pada malam itu.. malahan gambar2 ini hanyalah secebis rentetan perjalanan kami semua selama 5 tahun bersama.. terima kasih kepada semua yg menghadiahkan seribu satu memori indah untuk dikenang sepanjang hayat.. walau setinggi mane kite ke puncak, ingatlah bahawa ianya bermula dari sekeping biskut yg dikunyah dan secawan nescafe sewaktu study di bilik study.. terima kasih

Sunday, April 25, 2010

ape ade dgn makcik??

ASSALAMUALAIKUM

dunie kini suda berbeda...arus pemodenan yg dlunye merencatkn pertumbuhan neuron2 aktif kini pantas merombak keadaan arus semasa...kereta meluncur laju di jalan raya, motor mencelah penoh gaye di celah2 maut mereke sniri dan pejalan kaki melintas tanpa menghiraukan ape2 bagaikan mereka itu adelah iron man....tp itu sume hanyelah pancaroba dunie...entry kali nih tade kaetan lgsg pasal sume tuh...kali ni ak nk bg info sket pasal ayat2 gempak yg macik2 zaman skang gune...korg igt budak2 skola mngh yg pkai suar ijau ngan baju puteh kolar keatas je bleh ckp istilah2 penoh style.....macek pegi pasar pn bleh je...nih antare pekataan2 yg ak pnah dengo....

1.(dlm kete lpas klas moto maen brek emejensi)
makcik:rumah makcik tuh da satu hari SANTAK tade air
ak :(monolog)bukan patotnye satu hari SUNTUK ke?

2.(jumpe jiran lame mase kat segamat)
makcik: wahh syufuq!!...lame ta nampak.
ak :(monolog)erkss...cane die tau name ak syufuq?

3.(macek sedare tules kat wall ak)
makcik: pecer der??
ak : sumpah ak tanak reply!!

4.(makcik jual ketam kat sblah pasar tani)
makcik: adik..lu tanak beli ke ketam batu nih?gua baru pancing smlm kat kenyir
ak : dammit!!die gune ganti diri gua lu..ak nak gune ape?

5.(makcik tunjok perasaan pasal tade air kat kluang)
makcik:(tules ats signboard)WHAT THE ELF!!!
ak : bhahaha....ELF??

6.(makcik borak2 sesame sniri kat dpn lori ikan pasar awam)
makcik A:bege mega mac kat mcd LEGEND dowh!!
makcik B: ko tak pekene lg bege ijan kat paroi...tuh lg LEGEND!!
makcik C: yg ak taw otai bege paleng MASHUKK
makcik reramai : bhahahahaha...esok kite layan reramai

tulah antare istilah2 stylo yg ak rase macek2 zman saloma atwpn rafeah buang ta pnah gune, tp macik2 level zmn skang da xpert sgt da ttg waktu dan tujuan penggunaan istilah2 camtuh...so, pasnih ak tayah la nak susun2 balek ayat kalo nak ckp ngan macik2...kate ganti diri mcm lu gua bole digunakan dgn meluas...intro greeting ble dimulekan dgn wasap,pecer dan mcm2 lg...kate2 yg agk kasar mcm what the ELF bole diaplikasikan sket2 dan yg penting, topik borak pasnih da tak tertumpu hanye pade kitaran sayur setiap minggu ataupn karekteristik2 ikan toman kolam dan sungai....pasnih ak igt nak test borak pasal dota, welkap, atwpn sape yg akan ganti fergie kat m.u nnt..dan ak igt nak bg nickname kat jiran2 ak nih..baru barang..ak yaken feedback diorg takkan mengecewakan ak.


p/s: ape ade ngan makcik2 area korg?ahahaha

Thursday, April 22, 2010

ape kes lu mat!!!

assalamualaikum


ini ialah scene yg x patut dicontohi laki2 masa kini:


X : wey bro.. ape barang malam sabtu lepak2 kat umah je derr.. lu jantan ke x??


Y : (sio* , ade ke nak mncabar kejantanan ak) .. dah tu, nak g mane?? gua nak tgok tb nih...


X : alaa lu mat.. g bistro r tgok tb.. mamak ke.. baru havoc sket.. setakat kat umah tengok sorang2.. giler x best! nak bersorak pon hambar je..


Y : ok r.. (demi xnak kalah untuk membuktikan kejantanan).. lgpun mlm ni match best2 je sume.. x sabar ak nak tengok tevez skor..


X : (dgn sore jantan) tevez apekebende lak niiii... malam ni ak x sabor nak tengok iwan r...



Y : aikkkk... lu layan piala malaysia????

X : x.... AF8! ( wat muke selambe sambil start moto dan blah)...

Monday, April 19, 2010

10 tahun akan datang

assalamualaikum


hari ini gua nak buat satu entry yang serius sket.. disebabkan selama ni entry2 dalam blog ini agak bersifat mengeringkan gusi, gua terpikir untuk mengepost satu bahan bacaan yang agak berguna.. bagi gua perkara ini sudah boleh dianggap serius, tatau la bagi mereka2 yang lain yang mungkin menganggap ini satu lagi cubaan terbaru gua untuk membuat kelakar.. ataupun membuat hambar.. tapi tidak mengapa kerana gua tau hambar itu kelakar.. tapi serius gua tak mau membuat kelakar mahupun hambar.. sebab gua mau serius..

selepas membaca impian seseorang di blognya, gua pun lantas terpikir akan impian gua.. ape yang gua mau tengok pada masa akan datang.. 10 tahun akan datang.. gua time tu gua rase gua dah berumah tangga dan sedang membina keluarga bahagia bersama isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah.. hidup di suatu tempat yang berlatarbelakangkan islamik dan ukhuwah sesama masyarakat yang utuh berlandaskan adab2 bermasyarakat yang dipelajari ketika belajar di tingkatan lima.. jenayah tidak berleluasa seperti sekarang ini, kes buang anak tidak lagi berlaku (mungkin disebabkan ramai terasa insaf mendengar nyanyian daripada artis-artis malaysia yang diketuai freddie fernandez berjudul harapan tanpa suara) , samun dan rompak disifarkan dan macam2 lagi jenayah berjaya dikurangkan... tapi bolehkah ini berlaku??

10 tahun akan datang, akan ade muncul seorang yang berjaya menyatu-padukan rakyat malaysia, beliau akan memastikan permainan politik malaysia tidak lagi dilabel sebagai kotor, rasuah yang berlaku dalam organisasi besar milik kerajaan dihapuskan dan sistem perlembagaan malaysia mengikut perlembagaan seperti yang ditetapkan syariat.....dan beliau itu lahir daripada generasi hebat XTROVERT92..

10 tahun akan datang, bilangan doktor-doktor di malaysia akan bertambah.. bukan sahaja bertambah dari segi kuantiti, tetapi dari segi kualiti kerja.. doktor-doktor mengamalkan etika kerja berlandaskan syariat islam, ayat-ayat suci digunakan sebagai medium perubatan pesakit, pusat2 perubatan islam tumbuh bak cendawan selepas hujan... dan doktor-doktor itu lahir daripada generasi hebat XTROVERT92..

10 tahun akan datang, ekonomi dunia bertambah pesat, tiada lagi inflasi kedengaran di halwa telinga, cara pengurusan ekonomi dunia diuruskan oleh bijak pandai islam mengikut ketetapan al-quran dan hadis.. matawang dunia bukan lagi hak milik dollar atau pound sterling ataupun kad kredit yahudi laknatullah, tetapi milik dinar, riyal dan sebagainya.. riba' dalam pengurusan bank masa kini dihapuskan terus.. dan pakar-pakar ekonomi itu lahir daripada generasi hebat XTROVERT92..

10 tahun akan datang, mercu-mercu tanda di seluruh dunia bakal bertambah.. namun begitu, mercu-mercu tanda itu semuanya berlandaskan seni bina islam, seni khat dan ayat-ayat suci al-quran berdiri gah disamping mercu-mercu tanda dunia, tidak kedengaran lagi mercu tanda yang didirikan sebagai tempat golongan2 freemason melakukan pemujaan atau sebaliknya, masjid-masjid yang dibina tidak lagi dijadikan sekadar untuk bermegah sahaja tetapi diisi dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.. dan mereka yang bertanggungjawab bagi semua ini lahir daripada generasi hebat XTROVERT92..

10 tahun akan datang, golongan pendidik bukan sahaja mampu menyampaikan didikan yang berkesan bagi matapelajaran yang diajarnya, tetapi mampu menerap sifat dan jati diri seorang islam yang kukuh dalam diri setiap anak didiknya, setiap sesi pengajaran dipenuhi dengan tazkirah-tazkirah agama, pendidik itu sendiri berjaya menunjukkan akhlak yang terpuji dalam setiap tutur kata dan tingkah lakunya.. dan pendidik2 bangsa ini lahir daripada generasi hebat XTROVERT92..

gua akan cukup bangga kalau impian gua ini jadi kenyataan.. tapi sebelum itu gua perlu tahu bahawa, tidak ada kejayaan akan mudah dicapai tanpa usaha dan doa yang berterusan.. tepuk dada, tanya iman..bersediakah kita menghadapi masa mendatang? beringatlah, walau ape pun bidang yang diceburi, keutamaan tetap kepada agama tercinta.. jangan digadaikan agama demi kekayaan dunia, sebaliknya gadaikanlah kekayaan dunia demi kekayaan akhirat yang hakiki..akhir kate, gua mahu quote satu mutiara kata daripada wall haniszakwan..

"duit itu satu keperluan tapi tidak sekali-kali sebagai satu tujuan"


p/s: berjayakah gua buat satu entry serius??


Tuesday, April 13, 2010

astroboy....

ASSALAMUALAIKUM

astro suda menjadek mcm satu kemestian ntok stiap umah...kalo tade astro kat umah tuh da mcm ko masak nasi goreng tade nasek arrr kirenye....tak lengkap rase idop kat ats muke bumi nih...td ak dengo atok sdare ak cite, anak die psg astro kat umah die....tp die tak reti nak maen2kan remote tuh...las2 anak die bli lg sbijik tb gune ariel bese...ahahahaha...ak gelak dpn bliau tanpe melupekan adab2 ketimoran...ttibe ak terpana..umah ak pn tade astro!!..ak senyap2 merangkak masok bilek ak sbb ak da nmpk iras yg atok sdare ak td nak balas glak tajam2 kat ak balek...stat tuh ak mule pike..ape kpentingan astro ek??

1.jiran2 ak dlu mase zaman bute isim, diorg beli astro smate2 nak nanges reramai ngan jiran sblah yg numpang skaki tgk AF..apekes jerit keco2 nanges..kaco konsentrasi ak stadi math dajah 6 tol

2.kanak2 yg beze 10 taon ngan ak rasekn astro penting ntok menjane percambahan neuron2 aktif blah otak kanan diorg....nih sbb katon2 mcm dexter lab,samurai jack ngan gerak geri gasing yg perangai cam katon tuh dikatekan dpt merangsang kelancaran darah mengalir dlm sarap tunjang palahot...sah2 kene tipu siang2

3.aksesori umah...nih plg ak takleh trime alasan..demi nak nmpk urban dan eksklusif lg dinamik, ade yg bli astro ntok placing tepi umah..bg nmpk mcm diorg nih senonye alien dlm cite district9 yg tgk nyorok kat tgh2 bando..hampagas tol

4.nak taw arah kiblat...lu mmg imam mude beb!!

5.maen gem astro....ko bragak arr sewe puloh2 psl nak maen gem penguin ke mende2 tuh...ak bleh bg ps2 ak arhh...

6.nak tgk bola...alasan nih ak leh trime...bola bleh diklasifikasikan sbgai sukan yg menyihatkn pemain dan penyokong skali...derasan adrenaline bleh mengeluarkn peloh jantan skaligos menyihatkn bdn 8 kali gande dari senaman taici biase...try dis

7.nak bangge ade smart kad...nnt leh wat penoh dompet isik smart kad astro..baru barang org tgk wallet bekepok kad...

8.tetarek ngan rekabentok remote astro...siyes ak ckp...remote die mmg aerodynamic,tahan rintangan angin dan selesa dipegang...mule2 ak nmpk remut tuh ak igt doraemon betol2 da wujod kat dunie..

9.pekak badak....sala dengo seruan kerajaan satu umah satu komputer...die igt satu umah satu astro...atawpn saje wat2 pekak n pedajal suami die ntok psg astro kononnye kerajaan nak kompaun umah sape tade astro...seb baek mak ak tak tepengaroh budaye2 liar camnih...

bhahahaha...ak tejage dari lamunan dek tekejot dengo sore org ketawe tebahak2...apekes??ade ulangan senario zaman2 klako gaban dlu tuh ke??...ak jengah jap..perghh...rupenye zaman skang da ade cite klako ganti senario..cite mentor...kompem gelak kambeng2....dan ak tesedar...tade astro pn ak hepi..ahahaha

p.s: abg ak nak psg astro sempene welkap nnt...leh arr ak poyo2 ngan jiran ak pasnih


from kluang with love....adios amigos

Sunday, April 11, 2010

Teachers FTW!! :D

assalamualaikum

First English post. BOOYEAH!

I’m writin in English coz apparently SMAPL got third place amongst the SBPs in terms of teh English subject in SPM. YAY SMAPL! =/

Now then, on to teh topic at hand. Bcoz SMAPL got third place, I’m gonna talk bout teh teachers in SMAPL who dedicated their time and space ( real and virtual ) in their efforts to teach us English. You know, just rememberin stuff and whatnot.

First set teach-Puan Halayna Gapor

Yup, she’s teh one, teh so called Queen Slapper by Sir Azizi (Teh hell why she’s called that, only God knows ). When most students ( more like other students that didn’t had the chance to learn in her set ) assumes that she’s a frightening teacher, well, apparently for us in her set, she’s totally adorable ( at certain times tho ). She’s kinda strict when it comes to marking the papers, but other than that, our times at the set is filled with fun and educational activities, literally. Like, LITERALLY literally. You get the idea. In short ( no pun intended ), teach Halayna is a nice teacher, but bear in mind, NEVER tempt her wrath, or you’ll regret teh day you were born.

Second set teach-Puan Hjh Salihah.

Teh first thing that comes into our mind would DEFINITELY be “I’M NOT TALKING TO TEH WALL!”. LOL. J/K d: Now then, ahem. Puan Hjh Salihah. Erm, she’s kinda nice, well, kinda. Sometimes, her sarcastic way of looking and commenting on other people is teh thing that I miss the most. Maybe. Definitely. Umm, she’s actually a very good teacher, coz she’s like teh oldest looking..em wait, no. Anyways, she’s adorable too, in a way. I like her cupcakes. (: And, yeah, she’s in league with teach Halayna, in terms of emm, angriness meter? Coz she’s kinda strict too ( Best example:WALL ). Anyhow, I certainly miss her. (:

Third set teach-Sir Azizi

Aaaaah. Teh infamous devil of SMAPL..WHAT? he said so himself. Geez =/ . Anyways, Sir Azizi would prolly be teh most fun person to have in class ( other than Ckgu Jo ). And apparently, all teh students like him, including me. Yep, with his witty jokes and his rad personality and whatnot, Sir Azizi’s on the top list of SMAPL’s fav teachs. And he’s really good when it comes to teachin and stuff. His way of talking is prolly the best I’ve heard, in SMAPL that is. Teh most synonymous thing bout him and his class would be teh Thesaurus, coz he’s always stressing bout teh vocabs. And by thesaurus, I mean teh book, not Musta’, mind you. Tho I’ve never got to learn in a set with him, he’s prolly teh coolest person in SMAPL. Totally. d:

That’s prolly it for now. I’ll continue with teh remembering and whatnot after this. But, till then, Buhbye. (:

Saturday, April 10, 2010

Layu* baru!!!!

ASSALAMUALAIKUM

wah2....blog nih tampil lebih berani dengan layu* yg elegan+seksi+maskulin.....trimas diucapkan kpd juruteknik merangkap penasihat beso para penules blog ini iaitu MALO(ak blajo highlite name org nih ngan arep)...ahahahah...papehal pon, semoge dgn penampilan berani ini dpt meningkatkan mutu blog kite dlm mencapai target ntok carek penaje blog skaligos mampu ntok muncol top search kat google atawpn yahuu....kalo org nak beli periuknasik, diorg taip periok pn da klua suggestion blog kite....baru ade barang seyhh....kpade para folower, kitorg ucp trimas juta2 pye arhh...ujong tawon nh mgkn ade cabotan bertuah ntok peng-komen yg bertuah la...so jgn malu2 ntok memberi komen membina...kalo komen menjatohkn tuh tandenye lu org tempah kerande sniri la jwbnye tuh....ahahah....papehal pon, tanpa anda siapalah kami...so wa ucap juta2 lg arhh..

from kluang with love...adios amigos

Thursday, April 8, 2010

Laporan itu .

Assalamualaikum.

19 Januari . Tarikh itu masih evergreen dalam ingatan kami semua . Seperti lagu2 hari raya yang tidak jemu didengar pada setiap sambutan hari raya aidilfitri , begitu juga cerita yang akan dipedengarkan ini. Walaupon ianya sukar dan pahit diterima seperti perpisahan antara pasangan kekasih , tetapi itulah yang terjadi kepada kami semua .


Malam itu sunyi sepi . Kami menjalani kehidupan seperti biasa . Mereka yang malas makan biskut kering dan air teh suam2 kuku di DM telah pun pulang ke dorm masing2 . Huh , di dalam kepala otak mungkin sedang sibuk memikirkan tentang kerja2 addmath yang susahnye seperti menunggu terbinanye terminal bas di Labu yang indah . Ataupon mereka memikirkan katil yang sedang melambai2 menunggu pulangnye tuan mereka . Ahhh , indah sekali .


Tetapi apa pon yang mereka fikirkan , pastinya peristiwa ini tiada dalam perancangan mereka malam itu . Peristiwa yang tidak dijangka ini bermula apabila sekumpulan pelajar membawa balik seorang pelajar form 3 ke dorm **** yang lengang tanpa kehadiran Extrovetian ketika itu . Kenapakah ? Kalau bawa balik nasi bungkus atau nasi lemak balik dorm itu masih boleh diterima , boleh gak mengisi perut yang lapar nie , tetapi budak form 3 ?? WTH .


"Pengumuman - pengumuman , ada function !" Dengan nada seperti lagu Cari Jodoh dendangan Wali Band , berita ini pantas tersebar . Sekelip mata , dorm **** berubah wajah . Dorm yang mulanya senyap pada malam itu tetiba menjadi begitu riuh rendah seperti sedang berlangsungye perlawan akhir piala FA . Mereka semua memenuhi segenap pelusuk dorm untuk melihat acara yang akan berlangsung seterusnye dengan penuh teruja . Makanan dan minuman juga tidak lupa dibawa bersama2 .


Bammm! Pintu dorm ditutup dan lampu dipadamkan dengan serta merta . Keadaan menjadi gelap dan kelam kabut dengan kedengaran bunyi2 suara sumbang seluruh dorm ala2 monyet gitu . Semua tidak sabar mengetahui sebab mengape budak itu dibawa ke mari ? Kesalahan apekah kali ini ? Merokok ? Jadahnye beliau merokok . Fly prep malam ? Outing pakai selipar ? Tak azan Subuh pagi tadi ikut turn ? Semua tertanye2 ...


Jadi bagi menyelamatkan keadaan yang huru hara nie tampil seorang pemuda kacak ke tengah dorm bagi menjelaskan segala kesulitan berhubung kes nie . ( kes ke ?? ) Waahh, dengan berbicara seperti Farid Kamil, pelajar ini ( identiti dirahsiakan ) menerangkan kesalahan budak itu dari A to Z dengan penuh bergaya . Akibat keLAMPIan sesetengah pelajar yang masih tak paham dengan masalah ini , ataupon dengan gaya bahasa yang disampaikan oleh pemuda kacak ini , kami terpaksa melihat ulang tayang lakonan budak form 3 ituu .


Haha . Selepas itu berlangsung sesi tegur menegur yang berlangsung dengan penuh ketegangan dengan himpunan bahasa2 indah yang masih tiada maksudnye di Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4 dilontarkan dengan tanpa madah berhelah kepada budak itu . Seperti mana manusia bernafas seperti itu lah limpahan kata2 dikeluarkan . Non stop till the end bebeh . Haha . Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu pekak separuh masa jika tak biasa dengar perkataan2 ini .


Selepas itu boleh dikatakan sebagai sejarah . Muncul pula pemain2 seperti Petr Cech , Steven Gerrard , Frank Lampard , Ashley Cole ( ?? ) mengambil alih pentas utama event itu . Cech tidak mensiakan bakatnye dengan menunjukkan kebolehan menumbuk ' bola ' hingga ke loker . Itu tidak ketinggalan dengan pertunjukan half-volley yang amat cantik daripada Stevie G dan Franky . Dan Ashley .. err.. ape ntah dye buat juga memeriahkan keadaan pada malam itu disamping pemain muda akademi MU juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat terbaik mereka malam itu .


Persembahan itu tidak ubah seperti sekumpulan orang asli etnik kanibal Uganda keliling unggun api menunggu juadah malam mereka . Dengan rakusnye daging2 mangsa mereka dimakan satu persatu sehingga mereka kenyang . Haha . Mungkin dengan kiasan tak seberape ini semua pihak akan paham apa yang sebenarnye terjadi pada malam itu . Mereka mungkin lagi kejam daripada emak tiri Shazlan kat cite Hikayat Putera Shazlan ataupon lebih menjijikan daripada Dr.Johan dalam cerita Na O Mei .


Siapa sangka acara yang berlangsung seperti konsert SuJu yang digilai semua remaja terhenti dengan hanya sebuah lampu suluh ?? ( errmm..lampu ape ntah ) dan semua yang ada di dalam itu mula sedar seperti sedia kala . Mereka mula menunjukkan sifat kemanusiaan yang memang tertanam di jiwa kesemua mereka semenjak kecil lagi , dan dengan tidak semena2 keadaan berubah . Budak tadi telah dilayan seperti layanan kelas pertama oleh mereka semua .


Air panas sebaldi diambil , makanan dan minuman di dalam loker dikeluarkan , dan pelajar yang menyertai PBSM sebagai pasukan beruniform mereka mula mengambil alih tugas . Budak yang tadinya dibiarkan seperti kes bayi terbuang yang hangat diperkatakan mula dibelai dan dimanja oleh mereka semua . Ini jelas menunjukkan bahawa seseorang itu boleh berubah dengan sekelip mata . Sama ada menjadi jahat atau baik terpulang kepada mereka. Anda semua kena ingat itu !!


TETAPI. Ternyata ada juga pihak2 yang dengki dengan kemesraan mereka pada malam itu .


Ending yang anda semua boleh agak dengan beberapa ahli batch Extrovert terpaksa meninggalkan sekolah tanpa rela hati dan sebahagian besar pula dikenakan hukuman gantung sekolah dan sebatan . Ternyata apa yang mereka lakukan tidak mencukupi untuk menutup kelemahan mereka .


Everything always happen for a reason
I guess it was never meant to be
But it's just something
We have no control over
And that's what destiny is







hijjas

assalamualaikum

gua mau mnulis hari ni, jadi nak x nak gua kene pikir gak pape tajuk bagi menyokong kehendak hati gua.. gua dah contact dah teman pena gua iaitu dodol untuk bagi gua idea.. tapi ternyate beliau wat2 blank.. gua wat2 paham je r yg dye xnak kongsi idea dye kat gua, takut gua punye penulisan lebih menarik dan bermutu.. gua paham perangai orang2 kluang.. lagi2 yg baru bpindah kat situ dari segamat..lalala~

ok2..gua akan teruskan ngan cerita gua..kali ni pasal team HIJJAS lak.. bukan hijjaz yg ade munif n nyanyi lagu sumayyah sampai meleleh-leleh airmate amran plakon citer asmaradana dengar.. tapi kumpulan HIJJAS yg telah ditubuhkan semata-mata untuk satu segmen khas tyme jamuan MPP tahun 2007.. tyme tu bagi mengelakkan jamuan tu rase hambar sebab dihadiri oleh mereka2 yg gemarkan peraturan, jadi bbudak ekstrovert yg juga sukakan peraturan sekolah tyme tu terpaksalah hadir dangan idea laen bagi memeriahkan suasana sket..jadi tertubuhlah kumpulan HIJJAS.. bagi menyampaikn lagu tema MPP tahun tu..

jadi bagi mengelakkan salah faham, diorg iaitu ahli2 grup hijjas ni bukanlah menyanyi secare live malam tu.. walaupun kita tahu salah seorg ahli iaitu KHAIRUL NIDZAM mempunyai suara yg cukup lunak terutamanye tyme beliau nyanyi chorus lagu sebuah pertemuan, tapi diorg ni hanye mmbuat vid clip bagi lagu tu.. yg pasti nilah juge vid clip pertame smap pnah wat.. sbb dari gaye ust syed teruja, gua rase ni 1st tyme r kot.. jadi, mereka xlah mengeluarkan suare mereka, hanye miming je r n berlakon sket2 lam vid tuh mengikut gaya penyanyi nasheed.. part blakon dan meniru gaya artis nasheed ni ABDUL MUIZ power..

casting utk mencari ahli team HIJJAS ni senang je..amek dari bbudak MPP ekstrovert.. jadi nak x nak pelakon dye yg gua pilih ialah NAUFAL, FATHI, ZUBAIR, RUZAIRI, MUIZ n K.N.. (gaye gua pilih cam gua director) mmg r!! ni tulisan gua ikut suke gua r nak tulis ape.. manakala dak2 MPP yg len yg x terpilih tu gua masukkan je lam vid clip nih skali sebagai pelakon tambahan.. sbb banyak gak pelakon tambahan diperlukan.. lagipun bukan calang2 pelakon tambahan gak gua pilih.. kalau x caye, lu tgok scene aiman shah.. boleh ke lu orang berlakon seserius itu.. seperti pelakon2 citer asmaradana..haha

ok r, gua mau start bercerita r pasal suka duka menyiapkan clip vid yg mndapat pencalonan lam mtv asia music awards nih..mule2 clip ni wat shooting dye tyme kat taman geog..same gak seperti kumpulan INTIM.. nampak sgt pengarah dye same.. dan xde idea.. klau korg tgok starting clip vid nih yg diorg berjalan ke arah kamera tu r taman geog ye.. n yg NAUFAL nyanyi sorg2 tyme starting vid nih pun.. naufal menyanyi atas jambatan tuh.. tapi sayang.. jambatan tu dah roboh.. dah jadik bangunan baru.. NAUFAL berjaya mncipta memori klasik kepada smap!! haha.. tahniah kepada anda..

antare tempat2 laen yg digunakan ialah tangga musolla menghadap aspuri.. iaitu temapat cikgu2 melepak tyme solat zuhur, lagi tempat lepak2 kat aspuri yg berhadapan koop tu ( ak lupe name), dataran asrama iaitu scene last sekali.. bilik gerakan MPP, tangga kat bilik domino iaitu scene zakmock yg gagah perkasa ditolak oleh ahmad syafiq popo, zackmok menangis kat musolla ade gak, darul qiadah tmpat moji bagi ucapan (ye ke dye bagi ucapan??), tempat SAGU iaitu tempat tertulisnye perkataan kalau x dipecahkan ruyung manakan dapat sagunye.. dan banyak lagi.. senang citer tempat shooting banyak gile, dah gaye nak wt filem dah snanye vid clip ni,patut r MTV suke siarkan vid nih kat channel diorg..

tyme nak wat vid clip nih senang je prosedur2 nye.. gua selaku director akan mengarahkan soundman pasang lagu itu yg bertajuk 'sunnah orang berjuang' kat radio yg boleh dibawa merata- rata.. n pelakon2 @ artis2 hanye wat gaye seorang yg bernasheed dengan ekspresi muke dan gaye tangan yg betul.. jadi bagi menghangatkan lagi suasana dan bimbang artis lain terase ngan NAUFAL yg slalu muncul solo, gua juge ade melibatkan satu scene khas yg memberi mereka peluang untuk muncul solo selama 1-2 saat.. lalu muncullah JAI dengan gaya duduk machonye.. MUIZ dengan gaye superstar nasheed dan KN dengan baju oren nye.. haha.. ZUBAIR dan FATHI saje yg x berape pandai.. sebab mereka jarang menyanyi dan x minat sangat nasheed2 nih.. cume terpakse je masuk soutul jihad sebab nuh haidhar dan amir shafiq selalu sakit tekak n x dapat bernyanyi untuk soutul jihad.. lalala~

papepun, antare kenangan menarek vid clip ni ialah tyme shooting zakmock nangis kat musolla.. siyes gua cakap, susah gile nak kuarkan air mate.. even dah tolong dah amek air dari kolah n letak kat mate, air tu kering dulu sebelum sempat start shooting.. gile ape! buat byk kali pun mende same gak jadi.. haha.. zakmock power tol.. yg best gak ialah tyme scene last iaitu tyme dekat dataran asrama.. jadi dapat lah semua orang yg bekerja kat belakang tabir masuk lam vid clip nih..haha.. tu yg gembira x terkate tuh!! penat kan wat vid nih..

thx to rizal maula selaku tukang kamera kami.. dan mereka2 yg lain.. haha.. skrg ni tgh rancang nak wat video utk masuk pertandingan iklan maggi lak, dgr citer r dodol tgh rancang.. harap2 berjaya.. haha.. jangan lupa libatkan satu form lam iklan tuh.. walaupun sebagai pejalan kaki.. babai semua.. dan bagi mereka yg x pernah melihat klip video hijjas bertaraf dunia.. selamat menonton ye!!

hijjas - sunnah orang berjuang


Tuesday, April 6, 2010

band dikir barat

ASSALAMUALAIKUM


Kali ini aku mahu membawa anda2 semua 3 tahun ke belakang iaitu tahun 2007 dimana sejarah telah tercipta dengan munculnya fenomena band2 dikir barat baru di seantero Malaya...yg mane tyme tu hampir setiap manusia merasakan satu kewajipan bagi mereka untuk menyertai mane2 band dikir barat bagi menyerlahkan lagi aspek kejantanan dalam diri masing2..dikir barat pada waktu itu dirasakan lebih macho dan bergaya berbanding era modelling seperti yg telah diceburi oleh rudy pengusaha kantin smap.. (rudy adalah model tetap pakaian musim winter Valentino Rudy)

jadi, nak tak nak bebudak ekstrovert juga merasakan bahawa mereka perlulah menubuhkan band dikir barat sendiri yg diberi name "bila mentari tunduk ke bumi"..jadi apabila pihak sekolah muncul pula dengan kad undangan untuk mengadakan persembahan bersempena hari anugerah kokurikulum, ianya bagaikan pucuk dicita ulam mendatang bagi kesemua ahli band terutama yg paling gagah dan macho merangkap tukang karut, muhammad tanial..

jadi sibuklah semua orang tyme tu..training dijalankan hampir setiap hari bagi memastikan persembahan nanti mendapat tepukan gemuruh atau dalam bahasa jawanye "standing ovation".. pelbagai gerak tangan dan liuk lentok badan dipraktiskan bagi menyerlahkan elemen kemachoan didalam diri masing2..para pemain instrumen muzik pula sibuk mencari irama sesuai bagi mengikut corak persembahan pantas yg ditunjukkkan muhammad tanial didalam persembahannye.. jadi tidak hairanlah muhammad nizamudin bermain chuck-lamp-pong begitu pantas ibarat bermain gendang sewaktu persembahan tarian naga..

Training yg dilakukan hari demi hari tiba ke kemuncaknye iaitu "Malam Kemuncak Training" iaitu malam sebelum persembahan berlangsung..malam itu juga dinamekan malam rehearsal.. iaitu SEPATUTNYE semua ahli band berkumpul bagi memastikan persembahan yg akan dilakukan esok hari berjalan sempurna.. namun begitu, apakan daya pada malam itu juga ade match bola yg ditunggu-tunggu oleh seantero dunia.. nak tgok live kat sekolah "tb yg kusayangi" belum ada.. malahan budak2 smap masih tatau lagi bahawa ASTRO telah beroperasi lebeh 10 tahun disebabkan ASTRO xde kat sekolah tyme tu.. jadi terpaksalah hampir kesemua ahli band merangkak menembusi pagar sekolah untuk ke bistro d seremban untuk tgok match.. dan juge menyebabkan ade r dalam 7-8 ORANG rehearsal seperti org gile d atas pentas..memang gile mereka itu..sebab ape??gua join sekali rehearse tu n gua memang rase gua sewel tahap cipan generasi hebat BRAND'S.. jaga yg lalu pun cuak sebab ingatkan hantu dewan mengamuk kembali..

Hari yg ditunggu tiba.. persembahan pertama band "bila mentari tunduk ke bumi"..oo sebelum itu, sebenarnye name band ni lagi panjang iaitu ~bila mentari tunduk ke bumi..lembayung senja...~ (nyanyi lagu sampai habis) lirik lagu soutul jihad sampai habis inilah senanye name band dikir barat kami.. baiklah, dengan sedikit doa dan puji-pujian kepada-Nya..kami melangkah masuk ke atas dewan dengan diiringi tepukan gemuruh daripada khalayak yg hadir.. persembahan dimulakan denga tarian kemasukan oleh ahli band..diikuti pula dengan dendangan lagu oleh penyanyi yg diimport khas dari kelantan seta memiliki suare yg lunak sedikit shaja daripda dodol utopia (yg mnyebabkan dodol x berjaye menjadi penyanyi) iaitu RAHIMI.. tyme inilah masing2 memperagakan liuk lentok lemah gemalai ayunan tangan kepada penonton.. muhammad tanial pula meneruskan acara dengan karutannye sambil mempersembahkan tarian moon walk dan sedikit tarian tradisional beliau daripada filem Kal Ho Naa Ho..
dan akhir sekali persembhan ditutup dengan dendangan lagu wau bulan.. kalau sape2 masih ingat, last sekali ade satu part khas dinamakan BERSANMAMU!!

Disangka panas sampai ke petang,rupenye hujan d tgh hari..disangka kemuncak persembahan ialah part BERSAMAMU!!, rupenye ending bahaudin menonjol lagi.. berpantun seketika.. ha! sebenarnye dalam diam bahaudin salehudin, bakal penyampai radio terbaru segmen Riuh Pagi ERA telah menjalankan satu rancangan bagi mempopularkan dirinya di mata anak2 gadis smap.. beliau dengan sewenang-wenangnye melakukan satu aksi 18sx sewaktu penutupan iaitu dengan melondehkan sampin nye tanpa menunjukkan muka bersalah (nampak sgt sudah dirancang).. dan akibatnye gegak gempita seketika dewan menyaksikan persembhan kelas dunia itu..haha

wa akhiran, terima kasih kepada semua yg mnjayakan persembahan itu..dgr citer band ini telah dibubarkan kerana telah kehilangan ahli penting iaitu bahaudin yg telah mmbuat transfer ke band baru dengan perpindahan percuma.. dan ahli cukup merasa kehilangannye..ye ke?? xpe r..tiill next story we'll meet again..bubye