Banyak
perkaitannya antara architecture dan sukan namun post kali ini lebih terarah
kepada bola sepak sebagai sukan no 1 di hati rakyat Malaysia (walaupun baru
dibelasah teruk oleh Vietnam dan kemungkinan bakal dibelasah teruk dalam Sukan
Sea).
Baru-baru
ini ana berpeluang menonton Final FA Cup selama 30 minit kerana dah mengantuk
dan Arsenal bukanlah pasukan yang hebat sangat. Perlawanan berlangsung di
Wembley Stadium, stadium yang gah namun ada satu perkara yang menarik minat ana
sepanjang 20 minit perlawanan berlangsung. Arsenal tidak menggunakan kelebihan
defender dan keeper Villa yang silau untuk menjaringkan gol awal!
Bagaimana
keeper silau? Mestilah sebab pancaran matahari tepat ke mata. Kalau setakat
pancaran matahari sahaja ianya tidak memadai. Ia hanya membasahkan ketiak.
Pancaran matahari tepat ini berlaku apabila sesuatu binaan/bangunan itu direka
dengan tidak mengambil kira pancaran matahari dari timur ke barat dan
sebaliknya. Ini sudah pastinya mengakibatkan ketidakselesaan kepada pemain.
Orientasi Bangunan
Jika
kita perhatikan gambar Stadium Wembley ini, jelas menunujukkan bahawa Stadium
Wembley dibina betul-betul mengikut arah timur ke barat iaitu arah matahari
turun dan naik setiap hari. Akibatnya satu pasukan akan terpaksa menghadap
pancaran tepat ke mata dan menyukarkan penglihatan mereka. Ini yang berlaku
kepada Aston Villa pada 20 minit pertama namun mereka berjaya menahan daripada
dibolosi hinggalah matahari tenggelam sepenuhnya barulah mereka bolos (maknanya
Villa memang salah taktikal lah tu).
Persoalan,
adakah pereka Stadium Wembley tidak memikirkan pasal arah matahari ini? Apa
guna belajar architecture bertahun-tahun?
Konteks Urban
Antara
perkara awal yang perlu dititikberatkan dalam pembinaan sesebuah bangunan ialah
arah matahari, arah angin, pencemaran bunyi kawasan sekitar serta landskap
sesebuah kawasan. Namun begitu, aspek ini bertambah rumit jika melibatkan
konteks urban. Aspek yang perlu difikir ialah kawasan sekitar iaitu bangunan
jiran, landskap kawasan hinggalah kepada sistem longkang dan sebagainya. Ini kerana
ia melibatkan perkara yang sedia ada di situ atau ‘existing features’ dan
semestinya perkara itu tidak boleh diubah sesuka hati. Ia ibarat anta masuk
kawasan rumah teres setingkat dan tiba-tiba anda beli satu lot tengah-tengah
nak buat tiga tingkat. Confirm akan ganggu paling tidak pun rumah sebelah tak
dapat angin. Dalam Islam pun melarang berlebih-lebihan dalam berjiran. Kalau kaya
pergi buat rumah kat orang kaya lah! (off topic)
Jadi
macam tu lah. Kemungkinan besar Stadium Wembley terpaksa mengikut konteks urban
dan mereka terpaksa orientate stadium
itu ke arah itu. Maafkan ana jika salah, ana taknak buat research sangat. Lainlah
kalau stadium tu dibina di satu tapak kosong, barulah salah designer kalau
masih orientate building arah timur barat. Contoh stadium dibina yang jauh dari
kawasan urban;- Stadium Gong Badak di Terengganu yang dulunya atap roboh
sekarang stadium dibakar dek kerana Terengganu kalah dengan Lions XI. Itu
bodoh.
Saiz Padang
Bercakap
mengenai konteks urban, satu lagi yang menarik minat ana ialah bagaimana
konteks urban ini juga mempengaruhi saiz padang. Tahukah anda hanya 10 kelab
EPL musim ini yang memenuhi spesifikasi saiz padang yang sebenar iaitu 105m x 68m? Kelab-kelab lain tidak
dapat memenuhi saiz padang yang ditetapkan dan hampir semuanya disebabkan oleh
konteks urban. Ini yang menyebabkan Stoke City (padang lebih pendek) selalu
bermain long ball kerana striker mereka ialah Crouch yang hanya menunggu untuk
tanduk masuk gol itu.
Masalah
yang sama melanda kelab bolaspeak Tiroi Wanderers iaitu saiz padang dan
orientation of the field!
Masalah Tiroi Wanderers
Perhatikan
gambar rajah di bawah ini. Ia merupakan training ground pasukan Tiroi Wanderers
selama lima tahun sebelum mula berani untuk bermain perlawanan kompetitif di
area Lembah Klang.
Jika
anda perhatikan, terdapat dua jenis padang yang menjadi training ground kepada
Pasukan Tiroi Wanderers yang diketuai oleh Syufuq selaku owner kelab merangkap
pengurus dobi kelab. Padang A, iaitu lebih besar dan memenuhi spesifikasi
manakala Padang B, hanyalah saiz sebenar padang hoki. Namun begitu, Tiroi
Wanderers lebih gemar training di Padang B dan kami jelaskan kenapa dan bagaimana
ia menjejaskan persembahan Tiroi Wanderers.
Cuba
antum perhatikan orientation Padang A. Apakan persamaan dengan Stadium Wembley?
Ya, orientation nya salah! Pasukan Tiroi Wanderers pula gemar melakukan latihan
intensif lebih-lebih lagi pada pagi hujung minggu selepas selesai inspection
asrama dan sinaran matahari pagi pastinya terik (walaupun tidak berapa panas)
dan ini menyukarkan mereka untuk bermain dengan lebih hebat jika mereka memilih
padang A.
Tiroi
Wanderers juga sentiasa berlatih di petang hari pada hari-hari biasa
sehinggalah terasa lapar baru fikir pasal makanan di DM dan seperti biasa,
adakah matahari petang memberi kelebihan kepada permainan Tiroi Wanderers di
Padang A? Tentu sekali tidak!
Padang Hoki
Walaupun
tidak memenuhi spesifikasi FIFA, namun padang B ataupun padang hoki lebih
memberi kelebihan dari segi architecture kepada pemain-pemain. Ini sudah
difikirkan oleh pemain Tiroi Wanderers sejak dahulu lagi, cuma lepas tiga game
di Lembah Klang baru perkara ini berani dibangkitkan. Pemain lebih mudah
bermain tanpa pancaran tepat matahari, ditambah pula dengan natural hilly slope atau kawasan bukit
yang memberi natural spectators’ area kepada penonton atau jurulatih untuk menonton
perlawanan di tangga bukit. Principal inilah yang digunakan oleh
stadium-stadium di dunia untuk mereka bentuk tempat duduk penonton, setelah
melihat bagaimana orang Greek dan Roman pada zaman dahulu menggunakan kawasan
berbukit kepada penonton untuk membolehkan mereka menjalankan persembahan opera
atau Gladiator. Dan inilah juga kelebihan padang hoki.
Buffer Zone
Buffer
zone jika di-google translate bermaksud zon penampan. Secara mudah, buffer zone
ini ialah penggunaan perkara-perkara tertentu sebagai halangan kepada sesuatu
perkara lain. Contoh: penggunaan landskap pokok yang disusun di tengah-tengah
bandar untuk membezakan kawasan perindustrian dan perumahan. Pokok-pokok itu
boleh menyerap bunyi, gas-gas yang teruk daripada sampai ke rumah anda semua.
Begitu
juga dengan padang hoki. Ianya dikelilingi oleh pokok-pokok yang secara natural
nya membantu pasukan Tiroi Wanderers untuk lebih focus dalam training. Mereka
tidak akan mendengar apa-apa yang berlaku khususnya datand daripada kawasan
asrama dan bangunan pentadbiran dan pemain dapat focus sepenuhnya kepada
perlawanan.
Padang
A lebih terbuka dan seringkali mengganggu kosentrasi pemain dengan bunyi
seperti ini,
“Perhatian
kepada saudara .., tetamu sedang menanti anda di hadapat Darul Qiadah.”
Merencatkan
permainan bukan?
Perubahan
Tiroi Wanderers kini sudah bermain 3 perlawanan kompetitif. Seperti pasukan lain, pasukan yang baru dibentuk semula ini pastinya mengambil masa untuk kembali mendapat rentak. Namun, mereka lebih sukar untuk mendapat rentak dek kerana perubahan saiz padang latihan dan padang sebenar serta kondisi padang sebenar yang tidak sebaik padang latihan mereka. Namun ianya boleh dilakukan jika sedikit masa diberikan.
Perubahan
Tiroi Wanderers kini sudah bermain 3 perlawanan kompetitif. Seperti pasukan lain, pasukan yang baru dibentuk semula ini pastinya mengambil masa untuk kembali mendapat rentak. Namun, mereka lebih sukar untuk mendapat rentak dek kerana perubahan saiz padang latihan dan padang sebenar serta kondisi padang sebenar yang tidak sebaik padang latihan mereka. Namun ianya boleh dilakukan jika sedikit masa diberikan.
Latihan Intensif
Satu
bentuk latihan intensif sedang giat dirancang oleh saudara Syazwi Aiman dan
pembantu peribadinya, Yusoff dan Palo Khor Abdullah yang melibatkan seluruh
ahli pasukan Tiroi Wanderers di sebuah pulau peranginan di Malaysia. Sama-sama
kita doakan trip itu berjaya dan pasukan dapat re-charge energy untuk
menghadapi perlawanan-perlawanan yang lebih kompetitif selepas raya aidilfitri.