Tuesday, June 2, 2015

Architecture dan Sukan (Bagaimana Tiroi Wanderers mengaitkannya dalam perlawanan)

Banyak perkaitannya antara architecture dan sukan namun post kali ini lebih terarah kepada bola sepak sebagai sukan no 1 di hati rakyat Malaysia (walaupun baru dibelasah teruk oleh Vietnam dan kemungkinan bakal dibelasah teruk dalam Sukan Sea).

Baru-baru ini ana berpeluang menonton Final FA Cup selama 30 minit kerana dah mengantuk dan Arsenal bukanlah pasukan yang hebat sangat. Perlawanan berlangsung di Wembley Stadium, stadium yang gah namun ada satu perkara yang menarik minat ana sepanjang 20 minit perlawanan berlangsung. Arsenal tidak menggunakan kelebihan defender dan keeper Villa yang silau untuk menjaringkan gol awal!

Bagaimana keeper silau? Mestilah sebab pancaran matahari tepat ke mata. Kalau setakat pancaran matahari sahaja ianya tidak memadai. Ia hanya membasahkan ketiak. Pancaran matahari tepat ini berlaku apabila sesuatu binaan/bangunan itu direka dengan tidak mengambil kira pancaran matahari dari timur ke barat dan sebaliknya. Ini sudah pastinya mengakibatkan ketidakselesaan kepada pemain.

Orientasi Bangunan



Jika kita perhatikan gambar Stadium Wembley ini, jelas menunujukkan bahawa Stadium Wembley dibina betul-betul mengikut arah timur ke barat iaitu arah matahari turun dan naik setiap hari. Akibatnya satu pasukan akan terpaksa menghadap pancaran tepat ke mata dan menyukarkan penglihatan mereka. Ini yang berlaku kepada Aston Villa pada 20 minit pertama namun mereka berjaya menahan daripada dibolosi hinggalah matahari tenggelam sepenuhnya barulah mereka bolos (maknanya Villa memang salah taktikal lah tu).

Persoalan, adakah pereka Stadium Wembley tidak memikirkan pasal arah matahari ini? Apa guna belajar architecture bertahun-tahun?

Konteks Urban

Antara perkara awal yang perlu dititikberatkan dalam pembinaan sesebuah bangunan ialah arah matahari, arah angin, pencemaran bunyi kawasan sekitar serta landskap sesebuah kawasan. Namun begitu, aspek ini bertambah rumit jika melibatkan konteks urban. Aspek yang perlu difikir ialah kawasan sekitar iaitu bangunan jiran, landskap kawasan hinggalah kepada sistem longkang dan sebagainya. Ini kerana ia melibatkan perkara yang sedia ada di situ atau ‘existing features’ dan semestinya perkara itu tidak boleh diubah sesuka hati. Ia ibarat anta masuk kawasan rumah teres setingkat dan tiba-tiba anda beli satu lot tengah-tengah nak buat tiga tingkat. Confirm akan ganggu paling tidak pun rumah sebelah tak dapat angin. Dalam Islam pun melarang berlebih-lebihan dalam berjiran. Kalau kaya pergi buat rumah kat orang kaya lah! (off topic)

Jadi macam tu lah. Kemungkinan besar Stadium Wembley terpaksa mengikut konteks urban dan mereka terpaksa orientate stadium itu ke arah itu. Maafkan ana jika salah, ana taknak buat research sangat. Lainlah kalau stadium tu dibina di satu tapak kosong, barulah salah designer kalau masih orientate building arah timur barat. Contoh stadium dibina yang jauh dari kawasan urban;- Stadium Gong Badak di Terengganu yang dulunya atap roboh sekarang stadium dibakar dek kerana Terengganu kalah dengan Lions XI. Itu bodoh.

Saiz Padang

Bercakap mengenai konteks urban, satu lagi yang menarik minat ana ialah bagaimana konteks urban ini juga mempengaruhi saiz padang. Tahukah anda hanya 10 kelab EPL musim ini yang memenuhi spesifikasi saiz padang yang sebenar  iaitu 105m x 68m? Kelab-kelab lain tidak dapat memenuhi saiz padang yang ditetapkan dan hampir semuanya disebabkan oleh konteks urban. Ini yang menyebabkan Stoke City (padang lebih pendek) selalu bermain long ball kerana striker mereka ialah Crouch yang hanya menunggu untuk tanduk masuk gol itu.

Masalah yang sama melanda kelab bolaspeak Tiroi Wanderers iaitu saiz padang dan orientation of the field!

Masalah Tiroi Wanderers

Perhatikan gambar rajah di bawah ini. Ia merupakan training ground pasukan Tiroi Wanderers selama lima tahun sebelum mula berani untuk bermain perlawanan kompetitif di area Lembah Klang.



Jika anda perhatikan, terdapat dua jenis padang yang menjadi training ground kepada Pasukan Tiroi Wanderers yang diketuai oleh Syufuq selaku owner kelab merangkap pengurus dobi kelab. Padang A, iaitu lebih besar dan memenuhi spesifikasi manakala Padang B, hanyalah saiz sebenar padang hoki. Namun begitu, Tiroi Wanderers lebih gemar training di Padang B dan kami jelaskan kenapa dan bagaimana ia menjejaskan persembahan Tiroi Wanderers.



Cuba antum perhatikan orientation Padang A. Apakan persamaan dengan Stadium Wembley? Ya, orientation nya salah! Pasukan Tiroi Wanderers pula gemar melakukan latihan intensif lebih-lebih lagi pada pagi hujung minggu selepas selesai inspection asrama dan sinaran matahari pagi pastinya terik (walaupun tidak berapa panas) dan ini menyukarkan mereka untuk bermain dengan lebih hebat jika mereka memilih padang A.
Tiroi Wanderers juga sentiasa berlatih di petang hari pada hari-hari biasa sehinggalah terasa lapar baru fikir pasal makanan di DM dan seperti biasa, adakah matahari petang memberi kelebihan kepada permainan Tiroi Wanderers di Padang A? Tentu sekali tidak!

Padang Hoki

Walaupun tidak memenuhi spesifikasi FIFA, namun padang B ataupun padang hoki lebih memberi kelebihan dari segi architecture kepada pemain-pemain. Ini sudah difikirkan oleh pemain Tiroi Wanderers sejak dahulu lagi, cuma lepas tiga game di Lembah Klang baru perkara ini berani dibangkitkan. Pemain lebih mudah bermain tanpa pancaran tepat matahari, ditambah pula dengan natural hilly slope atau kawasan bukit yang memberi natural spectators’ area kepada penonton atau jurulatih untuk menonton perlawanan di tangga bukit. Principal inilah yang digunakan oleh stadium-stadium di dunia untuk mereka bentuk tempat duduk penonton, setelah melihat bagaimana orang Greek dan Roman pada zaman dahulu menggunakan kawasan berbukit kepada penonton untuk membolehkan mereka menjalankan persembahan opera atau Gladiator. Dan inilah juga kelebihan padang hoki.



Buffer Zone

Buffer zone jika di-google translate bermaksud zon penampan. Secara mudah, buffer zone ini ialah penggunaan perkara-perkara tertentu sebagai halangan kepada sesuatu perkara lain. Contoh: penggunaan landskap pokok yang disusun di tengah-tengah bandar untuk membezakan kawasan perindustrian dan perumahan. Pokok-pokok itu boleh menyerap bunyi, gas-gas yang teruk daripada sampai ke rumah anda semua.

Begitu juga dengan padang hoki. Ianya dikelilingi oleh pokok-pokok yang secara natural nya membantu pasukan Tiroi Wanderers untuk lebih focus dalam training. Mereka tidak akan mendengar apa-apa yang berlaku khususnya datand daripada kawasan asrama dan bangunan pentadbiran dan pemain dapat focus sepenuhnya kepada perlawanan.

Padang A lebih terbuka dan seringkali mengganggu kosentrasi pemain dengan bunyi seperti ini,

“Perhatian kepada saudara .., tetamu sedang menanti anda di hadapat Darul Qiadah.”

Merencatkan permainan bukan?

Perubahan

Tiroi Wanderers kini sudah bermain 3 perlawanan kompetitif. Seperti pasukan lain, pasukan yang baru dibentuk semula ini pastinya mengambil masa untuk kembali mendapat rentak. Namun, mereka lebih sukar untuk mendapat rentak dek kerana perubahan saiz padang latihan dan padang sebenar serta kondisi padang sebenar yang tidak sebaik padang latihan mereka. Namun ianya boleh dilakukan jika sedikit masa diberikan.

Latihan Intensif

Satu bentuk latihan intensif sedang giat dirancang oleh saudara Syazwi Aiman dan pembantu peribadinya, Yusoff dan Palo Khor Abdullah yang melibatkan seluruh ahli pasukan Tiroi Wanderers di sebuah pulau peranginan di Malaysia. Sama-sama kita doakan trip itu berjaya dan pasukan dapat re-charge energy untuk menghadapi perlawanan-perlawanan yang lebih kompetitif selepas raya aidilfitri.