Friday, January 27, 2012

Futsal Amal


Kalau mengikut perancangan yang nampak rapi, nampaknya bakal berlaku satu perlawanan pertunjukan futsal amal bagi ahli-ahli Xtrovert92. Nampak gayanya ramai yang tak sabar untuk menonjolkan skill masing-masing. Nampak gayanya juga ramai yang tak bercuti akan cuba untuk bercuti, atau setidak-tidakpun membuat cuti sendiri. Sebenarnya, perkataan 'setidak-tidakpun' nampak tidak sesuai untuk ayat itu, sepatutnya ia lebih nampak jelas kepada 'seboleh-bolehnya' membuat cuti sendiri.

Dengar khabarnya saudara Danial Qawiem sudah mula mencongak-congak untuk melakukan individual skill beliau yang mana satu untuk menipu dan memperdaya Khairul Nidzam di atas padang. Meghe pula nampaknya sedang berkira-kira untuk membalas joke atau provokasi dengan Dodol di atas gelanggang, dengan diberitakan sekarang sedang sibuk berguru tentang 'sifat-sifat dan kalimah asas lawak dalam perspektif provokasi' daripada Imam Faeez di Morocco.

Imam Zubair pula diharap dapat turun walau apa cara sekalipun untuk sesi pembacaan doa sebelum perlawanan. Kalau tidak berjaya, mungkin saudara Meghe dapat membantu berdasarkan kredibiliti sebagai pelajar USIM.

Ura-ura juga menyatakan bahawa penganjur menjemput Ashley Cole untuk sama-sama bermain dalam perlawanan amal ini. Dan jika dirujuk kembali kepada page event ini di Facebook, saudara Bahau ada menyuarakan keraguan tentang adakah Ashley Cole yang dimaksudkan itu adalah beliau?? Namun malang, tiada siapa menjawab pertanyaan itu sehinggalah beliau komen.



Saudara Nizam dan Adib pula dikhabarkan antara pemain paling fit jika diturunkan nanti berdasarkan prestasi semasa. Ini berikutan begitu banyak perlawanan-perlawanan bola padang yang kompetitif yang mereka sertai termasuk melawan sekolah-sekolah di area Selangor. Diharap mereka membawa juga rakan Uniten mereka, Shaarie Khalid. Sudah lama tidak berjumpa..

Fazreen Izuan pula dikhabarkan sedang angau kerana Neelofa membalas tweet beliau dan menyatakan "hugs". Maka, besar kemungkinan beliau tidak dapat diturunkan atas sebab-sebab disiplin ketika dalam kem latihan Xtrovert92. 

Dikhabarkan ramai pemain dari skuad pelapis bakal menyinar dalam perlawanan ini. Nama-nama yang mungkin asing bagi kita mungkin bakal menenggelamkan pemain-pemain sedia ada. Ini juga termasuk dengan kembalinya legend yang sekian lama menyepikan diri kerana masalah taekwando, Ruzairi atau Jai yang bakal kembali beraksi dengan skill-skill lincah.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan perlawanan yang entah bila ini!

Sunday, January 22, 2012

selamat tahun baru lunar

ASSALAMUALAIKUM

1. Esok CNY...jalan mulai sesak, yang bekerja di kota mengambil peluang masa cuti yang ada ini untuk menjenguk ibu bapa sanak saudara yang berada di kampung...hiruk pikuk sesak nafas di kotaraya semakin berkurang...gua menunggang kereta di lorong yang bertentangan dengan arus perdana kereta2 lain yang kelihatan sangat cenderung untuk bergerak ke arah highway...sesak, sangat sesak di lorong sana...kadang2 gua bermain permainan kira-kira kereta...1,2,3,100...melayu, majoritinya melayu...tetapi apa nak dihairankan? memang begitu permainannya dari zaman ketuanan parameswara...raya aidilfitri, kita yang sebok...CNY kita yg sebok..deepavali pon kita yang sebok

2.Esok CNY...kancil yg aku tunggangi kini berada di persimpangan jalan...menunggu lepasnya sekawan kereta myvi...jika diambil kira kehebatan aku menunggang, boleh sahaja aku melintas jalan itu tanpa sebarang masalah dan was2...walaupun lesen aku masih P, P ini adalah yg dpraktikkan, bukan disimpan di dalam dompet yg kemudian dikunci di dalam peti besi sehingga sampai umur matang menjadi lesen kompeten...tetapi memandangkan aku tiadalah apa perkara mahupun barang yang ingin dikejarkan, biarlah awek2 myvi itu menunggang dgn gembira...risau juga kalau aku menerjah, mereka jadi terkejut..awek2 kalau terkejut semasa menunggang kereta, reaksi mereka adalah lebih kepada melanggar daripada mengelak...

3.Esok CNY...tiktaktiktak....bunyi lampu signal kereta kancil...tangan kiri memulas lembut stereng sambil tangan kanan mengetuk2 abu rokok ke luar tingkap...perlahan2 kancil tua ini melepasi jalan besar dan masuk ke lorong yg sesuai...asap rokok yang sudah 6 saat menari-nari di dalam kerongkong kini dilepaskan seirama dgn kakiku melepaskan clutch...masa kereta tgh bergerak, aku mula perasan ada segerombolan budak2 berbaju seragam sekolah...kemeja putih, seluar putih, stokin putih, dan muka putih...mereka ini namanya budak cina...dan hari ini hari sabtu...mereka berpakaian begitu dari mana nak kemana? mereka baru pulang dari sekolah aku rasa...tak lama lagi CNY, raya mereka...tetapi sekolah masih lagi tak cuti..

4.Esok CNY....di dalam kereta bapaku melontarkan satu perkara buat aku berfikir sepanjang cuti ini selain menjadi feeder dota...kata bapakku, taklama lagi tahun baru cina...sekolah2 kebanyakannya cuti dari hari sabtu sampai ahad minggu depan...tapi kenapa ada budak cina yang masih bersekolah? budak2 kita yg tak beraya pula cuti mengalahkan tuan punya raya...aku berfikir sejenak, selepas sejenak, aku berkata "entahlah...biokan aje." jawapan yang aku berikan menampakkan kemalasan aku untuk berfikir...tetapi aku bukan sengaja tidak ingin berfikir...aku ingin persoalan itu tergantung tanpa jawapan....barulah gaya hidup melayu ini akan terus menjadi misteri.

"kalau saya ada banyak duit, saya hari2 mau raya juga maaa"
-pakcik cina jual buah

Wednesday, January 11, 2012

Kopiah Transformers


Dengar khabar Smap Labu dah mengeluarkan produk terbaru mereka. Ianya merupakan kopiah yang seakan-akan kopiah Transformers yang menjadi trend pemakai kopiah masa kini. Tahu apa itu kopiah Transformers?

Mari gua ceritakan sedikit asal-usulnya.

Dulu-dulu, masa masih di tingkatan 4, kopiah Transformers masih tidak wujud. Yang wujud pada waktu itu hanyalah filem Transformers. Manakala kopiah yang wujud time tu dan antara yang popular di sekolah ialah kopiah Raihan. Itu pun sebab Soutul Jihad pakai kopiah tu tiap-tiap kali persembahan mereka. Mungkin bila pakai kopiah tu suara akan sedap macam Raihan. Mohon senior Soutul Jihad komen ; saudara Azri Syafiq.

Kopiah-kopiah lain yang juga ada di Smap pada masa tu ialah kopiah putih biasa tu, kopiah lembik style Ustaz Azhar, kopiah yang tertulis nama sendiri dan sekolah atau tadika di sekelilingnya, kopiah ataupun lebih popular dipanggil snowcap yang dipopularkan oleh Dodol, kopiah mana-mana kumpulan nasheed serta bermacam-macam kopiah lagi. Senang cerita macam-macam jenis ada, dan ini boleh dilihat dengan jelas ketika di musolla.

Di musolla pun ada bahagian-bahagian tertentu sahaja untuk melihat kopiah ini. Selalunya di bahagian depan musolla dan pertengahan. Di bahagian belakang selalunya yang hanya ada kepala manusia, kopiahnya tiada.

Berbalik kepada kopiah Transformers. Macam mana kopiah ni dapat nama.

Ini berlaku pada satu masa di Smap apabila ada seorang guru yang disegani secara tiba-tiba menukar penampilan berkopiahnya daripada an ordinary kopiah kepada kopiah baru berwarna hitam dan berlogo kecil berwarna emas di bahagian tepinya. Murid-murid ketika itu yang tidak mengetahui akan kewujudan kopiah ini berasa sangat kagum dengan fesyen terbaru itu. Kopiah ini mungkin sudah popular di seantero Malaysia, tetapi memandangkan kehidupan di dalam sekolah yang sukar menonton berita utama serta Koop yang kadang-kadang ketandusan surat khabar menyebabkan ramai seperti ;

Ada teratak di hujung kampong,
Bawah cermin kopak ada kotak,
Tersembunyi dalamnya ada tempurung,
Sembunyi bawahnya katak melalak.





Disebabkan logo berwarna emas di bahagian tepi kopiah itu sangat kecil, dan tiada siapa pula berani untuk mendekatkan diri mereka kepada guru itu untuk memperincikan logo itu, maka kopiah itu dipanggil kopiah Transformers berdasarkan bentuk logo itu yang seakan-akan logo Transformers. Maka begitulah bermulanya asal-usul kopiah itu.



Sehingga hari ini, kopiah Transformers dah jadi trend baru di Malaysia.

Berbalik kepada kopiah Smap tadi, ada sesape yang dah beli? Gua rasa patut angkat satu, tapi kalau nak real mengikut asal-usul kopiah Transformers dan nostalgianya, gua harap kopiah tu dibuat dalam warna hitam. Confirm Dodol beli, dan Zubair kelihatan tersenyum melihat Dodol memakainya.

Cuma comment gua terhadap kopiah itu ialah tulisan SMAP LABU itu tidak perlu pun tidak apa, sebab gua rasa logo Smap sahaja sudah cun di situ, selain ia juga mengikut trend Transformers yang mana hanya logo di bahagian tepi, tulisan Autobots nya tiada.

Ok, itu sahaja.



Soalan trivia. Siapakah guru itu?

Thursday, January 5, 2012

TRAVELOG HAJI CABARAN MELAYARI SUNNAH *part 2*

LABBAIKALLAHUMMA LABBAIK





9 zulhijjah

tibalah perhimpunan agong tahunan umat islam...gua dan geng2 gua mula btolak dari mina ke arafah kira2 pkul 10 pagi...mengikut jejak langkah junjungan besar Muhammad SAW, baginda dan para sahabat stay di boarder arafah sebelum masuk waktu zohor dan mula bergerak masuk ke dalam arafah selepas waktu zohor....

matahari terik tgh hari tu mnyebabkan peluh berkubang riang di bawah ketiak kawan2 gua(bukan gua ye)...tapi demi mentauhidkan ALLAH taala segala keperitan hari2 haji diabaikan....kira2 jam 1.30pm gua dan kawan pun sampai la kt khemah kitorang d arafah....masok khemah solat zohor n asar jama' n qasar(tujuan rasulullah ajar jama' taqdim n qasar adalah ntuk bg masa yg panjang untuk bdoa sbb wuquf arafah adalah salah satu waktu mustajab bdoa)...lpas solat kitorg makan nasik kambing yg dihidangkan oleh pihak pakej...

nk kate makbul x makbul doa waktu wuquf d arafah ni, gua nk cite doa gua yg alhamdulillah ALLAH bg cash waktu tu...siap double lg...cite dy, lps solat tu gua n kawan2 gua klaparan tahap gaban akibat berjalan masuk ke dlm arafah(pjalanan dari boarder arafah ke khemah gua ad la 2km jugak kot)...lps tu waktu nk hidang makanan tu kne pilih sama ada sabar or brebut.....jd gua n kawan2 pilih ntuk sabar...sebab haji kan?...hahah...tapi dah tggu punye tggu asek org lain je dpt, rupenye pekerja situ kate kalo dah ckup 5 org satu kumpulan boleh g amek nasik dlm talam...so, member gua pon mewakili ktorg ntok g bratur amek makanan...oleh krane queue nk amek talam tu klihatan agak panjang dr jaoh tu, gua dan group gua tu sambil sembang2 tklua la doa "ya ALLAH, mintak2 la apiz dapat amek makanan ckp sket, dah lapar sangat dah ni"....dah dkat je apiz td dgn queue yg panjang tu tetibe ad sorg pkerja tu bg dy talam....so, dy x yah masok queue la....gua n kawan2 gua pon dgn pnuh rse syukur nye tolong serve makanan n air, ktorg pon mlantak 5 org....abeh je nasik td, tgh gua jilat jari jemari gua, dtg sorg mamat ni, dy tanye "dah makan lom", gua jwb "dah", dy pgl gua n member gua sorg "meh tolong ak jap", gua igt dy nk mntak tolong hantar talam kt org yg x mkn lg, rupenye ap satu talam tu 2 org je tgh tibai....so, dy nk mintak tolong gua cukupkan korum talam tu jd 5...gua n member on je la kan...nasik kambing bro, sape x nak....double gua dpt dr ALLAH ari tu....ALHAMDULILLAH...=)

kemudian, bermula lah fasa bdoa d hari arafah....diceritakan, nabi SAW wuquf d atas unta sambil mengangkat tgn dan x berhenti berdoa sehingga terbenan matahari.....sehinggakan apabila terjatuh sesuatu dari untanya baginda SAW mengambil hanya dgn sebelah tgn sambil posisi sblh lagi tgn baginda kekal berdoa....ni la bukti btape pentingnya doa d hari arafah ni walaupun sesaat...so, gua cube lah nk praktikkan sunnah ni kan.....memang susah...penat woo nk berdoa dari pkul 3 sampai pkul 6 nonstop.....tp, kalau nk tgk kesungguhan org arab berdoa waktu ni lah yg paling gua terharu(org msia gua x tau lah sbb x masok khemah dorg d arafah).....jd gua cuba lah nk contohi sunnah nabi, gua try doa...walaupun putus2 jugak, kadang2 on off bdoa tp gua rase tu lah mase bdoa yg paling gua rase isshhh....x tau la cmane nk ckp....ayat poyo dy rse cam btol2 org beriman la waktu tu....haha...mmg kalo igt balek mase tu, kalo seumur hidup gua bdoa dgn pnuh khusyuk n yakin mcm tu insyaALLAH sume doa gua makbul seumur hidup....

ap2 pun pengalaman manis kt arafah, gua dpt salam dgn imam besar masjid nabawi, syeikh ali al-hudzaifi....n gua igt lg kata2 dia yg penuh rendah diri waktu gua salam n nak mintak doa pada dia "waktu ni adalah antara kita dgn ALLAH shj, jadi sibukkanlah dirimu dgn DOA,mintak terus kpd ALLAH".....

hampir2 maghrib hari tersebut, ktorg mula bjalan keluar dari arafah menuju ke mudzdalifah.....

tiba d mudzdalifah slps isyak n solat isyak n maghrib jama' n qasar(moga2 amalan kami diterima kerana niat kami hanyalah kerana ALLAH dan mengikut sunnah nabiNya)....lps tu tido sampai subuh.....

10 zulhijjah

ni lah kali pertama gua solat sunat aidiladha sejak gua baligh...sob3...tp xpe la kan, sbb nabi SAW pon x solat raye waktu baginda mengerjakan haji...=)....

pagi tu kitorg bangun, solat subuh bjemaah n cari batu ntuk melontar jamrah aqabah...


kalo lu org masih igt lagi jamrah ada 3...sughra, wustha n aqabah/kubra....so, melontar jamrah ni ad 3 hari yg wajib, 1 hari pilihan....10 zulihijjah WAJIB melontar aqabah SAHAJA...11 n 12 WAJIB lontar 3 3 jamrah....13 zulhijjah diberi pilihan...kalau xnak lontar hari 13 MESTI keluar dari mina sebelum terbenam matahari 12 zulhijjah...kalo x bjaye keluar sblm tu, WAJIB melontar 3 3 jamrah hari 13.....

gua tau lu org mst pening ap yg gua cite td an...xpe, nti kalo lu org nk g haji, bce buku panduan haji, insyaALLAH lu org akan paham balek ap yg gua cite kt atas tu n korg akan kate ayat gua sbna nye lagi smart dr dalam buku panduan haji...keh44

okeh, sambong cite 10 zulhijjah...dari mudzdalifah kitorg jalankaki kira-kira 4km ke mina untuk melontar jamrah aqabah....kitorg sampai d mina lbih kurg pkul 9 pagi cmtu aa...trus pergi ke jamrah...sunnah dalam melontar jamrah aqabah ni kita jadikan kiblat d sebelah kiri kita n mina d sebelah kanan kita(aqabah terletak d boarder antara mekah dan mina).....lps tu bertakbir setiap lontaran sehingga 7 kali.....

selesai melontar gua balek ke khemah gua d mina spt mane dlm entry gua yg lps....

spanjang cite ni gua masih dlm pantang larang ihram tau....daripada 7 zulhijjah ari tu gua pkai 2 helai kain ihram putih je...jadi, ni lah hari gua nk lepaskan ihram gua...kite revise balek PSI dulu kalo lu org igt ad istilah 'tahalul awal' n 'tahalul thani'....

1. melontar jamrah aqabah pada 10 zulhijjah
2. mencukur / memotong rambut
3. melaksanakan tawaf ifadhah/tawaf rukun haji

tahalul awal adalah bila kita dah buat 2 drpd 3 bnde kt atas nih.....tahalul awal melepaskan kita dari semua pantang larang ihram kecuali hal2 yg berkaitan dgn PERKAHWINAN...sama ada hubungan suami isteri...nikah....menikahkan org...jadi wali org nk nikah...or apa2lah yg berkaitan dgn kawen je x boleh.....

tahalul thani pulak kalo dah settle 3 3 bnda tu n bebas la kita dr semua pantang larang ihram....

gua pon bercukurlah ntuk tahalul awal.......

kalau ikut btul2 sunnahnye, hari ke 10 jugak kne pergi tawaf ifadhah...tp memandangkan kekangan kenderaan dan tenaga yg dah mula hilang, kitorg tangguhkan tawaf ifadhah ke hari 13 zulhijjah.....

11,12 n 13 zulhijjah

melontar 3 3 jamrah selepas zohor......

jamrah sughra posisi melontar sambil menghadap kiblat
jamrah wustha sama macam sughra
jamrah aqabah sama macam hari 10 zulhijjah

perjalanan balek gua bermula drpd meninggalkan mina 13 zulhijjah menuju ke mekah ntuk tawaf ifadhah dan wada' yg gua gabungkan skali....

perkare sedih yg blaku waktu tawaf tu adelah wallet gua kne cilok..x tau la cmane dy boleh tkelua dr beg kecik gua yg terzip rapi an....tp gua doakan yg teramek wallet gua tu gune duet gua kearah kebaikan je laa...heheh....ade IC saudi gua n ad duit 300riyal...kne pulak nk wat IC baru 1000riyal....ikat perut la duit biasiswa bulan2 dpn...hahah....tp xpe lah...zakat kot....ALLAH nk bg lebih la tu insyaALLAH...=)
cmtu je la cite perjalanan haji gua....sbna nye x brape dtg sgt mood nk mnulis ni...tp dah janji nk lengkapkan cite ni kan....ok la tu...hahaha

mungkin entry ni bosan sbb blum pasti bile dpt nk aplikasi dlm khidupan an....tp kalau dah terlanjur bace tu elok la dimanfaatkan dgn care lu org cite kt mak ayah or sdare-mare yg bakal pergi haji nti moga2 pahale penyampaian dpt kat lu org....gua pon mengharap saham jugak....=)

akhir kata ----- buang yang keruh ambil yg jernih~

renung2kan n slmt beramal.....





Monday, January 2, 2012

2012


Selamat tahun baru 2012. Sambutlah tahun baru anda dengan bertakbir dan bernasheed Asma ul Husna sebagaimana yang ditunjukkan contohnya oleh saudara Dodol Utopia dan diikuti oleh hampir 70k rakyat yang lain di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Masing-masing bernasheed dan bertakbir dengan lantang, sebagai satu cara baru yang lebih diberkati Ilahi dalam menyambut tahun baru Masihi.

Dikhabarkan juga saudara Dodol Utopia sudah mula cakak Ganu, penangan Ustaz Azhar Idrus dan Razizan Razak. Bagus.



Dalam menyambut tahun baru ni, gua ada satu persoalan yang tak dapat gua rungkaikan dengan terperinci lagi apakah signifikannya. Soalan ni gua harap dapat dijawab oleh sesiapa sahaja yang membaca entry ini.

Ianya hanya soalan suka-suka sebenarnya..

Baca baik-baik ya..





Berapakah credit hours untuk demonstrasi?

Sekian.