Saturday, November 26, 2011

KOSMO! Sabtu 26 November 2011


Sedutan tajuk utama akhbar hari ini, yang telah disetankan. Sekian.

SUAMI ISTERI PEMILIK MAKMAL DADAH

Rahsia sepasang suami isteri kelihatan yang kelihatan bertenaga sepanjang masa akhirnya terbongkar apabila pihak persatuan ubat-ubatan tradisional mendapati bahawa rumah yang didiami oleh pasangan itu dijadikan makmal memproses dadah. Rumah itu, yang merupakan rumah teres setingkat, bersebelahan rumah Pak Hussain yang meniaga cendol di kawasan perumahan itu telah diserbu oleh pihak persatuan tepat jam 3 petang semalam walaupun pihak persatuan telah sampai ke lokasi awal 2 jam. Hal ini kerana pukul 3 petang ialah waktu paling afdhal untuk menyerbu lokasi, memandangkan ketika itu Pak Abu tiada di rumah kerana meniaga cendol. Pak Abu ketika ditemui berkata, “Mengapa perlu memanggil saya dengan nama Pak Abu sedangkan saya Pak Hussain?” Ketika diajukan lagi soalan oleh wartawan, Pak Hussain menjawab lagi dengan nada spontan, “Kesedapan cendol saya tiada kena mengena dengan dadah! Saya tidak pernah berniat untuk mencampurkan ke dalamnya langsung!” Pasangan suami isteri itu kini ditangkap sementara menunggu pihak polis menjalankan siasatan terhadap rumah itu.

ROLLER COSTER RM5 JUTA MELAKA TERSADAI

Rakyat Melaka perlu mulai bimbang kerana projek untuk membina roller coster masih terbengkalai sehingga kini dan entah bila akan disiapkan. Menurut seorang rakyat Melaka yang ditemui, beliau amat kesal kerana projek pembinaan itu masih tidak disiapkan. Beliau yang sudah menjangkau umur 75 tahun amat berharap dapat berpeluang menaiki roller coster itu, bagi menggantikan hobinya masa kini iaitu bermain roller blade bersebelahan tapak pembinaan roller coster itu. Sehingga kini, beliau telah menyimpan lebih 4 pasang roller blade, dengan yang paling berharga ialah roller blade berjenama Solo Tride HD yang ditandatangani pasukan renang berirama Malaysia.

TREN ELEKTRIK KTMB TERKANDAS 10 JAM DI IPOH

Perit! Itulah luahan rasa segelintir penumpang apabila terkandas di stesen keretapi selama 10 jam akibat kerosakan teknikal yang berlaku. Beberapa orang penumpang ketika ditemubual melahirkan rasa musykil dengan kesilapan teknikal ini. Antara yang ditemui ialah Pak Hussain penjual cendol serta seorang warga emas yang menyangkut roller blade di lehernya. Mengikut rakan kepada warga emas itu, mereka sepatutnya menyertai kejohan dunia di Syria lagi 3 hari dan kelewatan yang berlaku menyebabkan mereka terlepas penerbangan ke sana. Sementara itu, pihak berkuasa masih gagal menjelaskan mengapa kelewatan itu berlaku. Ada yang mengatakan ini berpunca daripada sikap segelintir pelajar yang mahu ‘fly’ lalu menggunakan laluan keretapi sebagai tempat terbaik untuk mengelak dikesan warden lalu menyebabkan perjalanan keretapi tertangguh.

Friday, November 25, 2011

minda kelas ke-3

ASSALAMUALAIKUM

4-5 hari lepas, mata aku bengkak....hal bengkak mata ni kalau kena memang tak senang nak buat semua benda...dari benda paling aku malas nak buat macam main game, sampailah ke benda paling aku rajin buat macam solat di awal waktu, semuanya serba tak menjadi....sepanjang aku sakit mata, macam2 perangai kepale otak orang yang aku jumpe...antaranya:

"weyh puk...asal mate kau? kau usha blonde semalam tu lame sangat ni..."

"walao puk, cd blue mane kau study ni?real punye bengkak mate ni..."

"kawasan abang mana lu dah langgar ni mat?"

*********************

aku cuma boleh menggeleng kepala dua tiga kali tanda sedih...tak terpikir ke diorang yang mata aku ni bengkak pasal qiam?

p/s: qiam malam ni mungkin aku doakan agar budak2 ni bawak2 berubah perangai jadik baik siket..tak dapat baik macam aku, baik siket macam naim pon dah boleh dah aku rase..

Friday, November 11, 2011

Selamat menjawab peperiksaan


Apa khabar semua!

Perghh gua dah hampir meninggalkan bidang penulisan dan blogging ni dah kalau tak sedara Dodol suruh gua buat entry khas ni. Maksud gua saudara Dodol. Dah lama sangat rasanya tak menghadap tempat draft entry nih. Ni semua penangan T-Square dan drafting table serta butter paper dan board bersaiz a2 dan a1. Tak dilupakan juga model2 serta peralatan yang digunakan untuk membuat model.

Sukar jugak rupanya nak menjadi berjaya seperti Ted Mosby dalam How I Met Your Mother, ataupun kalau nak lebih Islamik sikit seperti Adam dan Nur dalam Nur Kasih. Ataupun kalau nak lebih fofular seperti Azhar Sulaiman. Tapi itu semua akan ku tempuh, sambil berterusan berada di blog nih.

Mana boleh bagi Dodol conquer semua beb..

Ok, SPM pun nak dekat. Gua yakin di saat lu orang membaca nih, SPM mungkin dah start. Melainkan lu orang jenis bukak blog nih hari-hari walaupun jarang ada pengisiannya, mungkin lu orang akan dapat membaca entry nih sebelum SPM start. Ataupun mungkin juga lu orang akan dapat membaca entry nih sebelum SPM start jika lu orang merupakan pengguna Facebook tegar, yakni lu orang akan perasan entry baru telah diupdate di page Facebook blog nih.

Perghh! Blog nih ada page FB!!!

Sedangkan awek2 Pavi yang lu orang tak berapa nak kenal pun ada page sendiri, takkan pulak blog yang bermanfaat lagi munasabah ini tiada pula. Hadoii ibarat menarik bulu ketiak menggunakan gigi betul kamu semua..
Sementara itu gua tak pasti pulak benar atau tidak penulisan gua pasal SPM nih sebab gua amat yakin, budak-budak SPM yang mempunyai kesedaran tinggi tak sempat nak bukak2 blog nih di saat SPM nih, jadi apa guna gua menulis memberi nasihat. Masalahnya sekarang, kenapa pulak gua yang nak memberi nasihat. Ini sangat musykil.. Lagi satu, pembaca-pembaca blog ni semuanya mempunyai kesedaran tinggi, jadi bila semua nak study untuk SPM, sapa nak baca! Mengapa pula Dodol mahupun Cukpor ataupun Nopal perlu membaca tentang SPM, lebih-lebih lagi tentang tips2 menjawab soalan Sejarah. Perlukah mereka mempraktikkan tabiat manusia pada tamadun Indus dengan soalan Calculus mereka?

Jadi bersempena dengan entry khas sempena SPM ini, gua dan rakan-rakan gua serta rakan kepada rakan gua ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon-calon SPM. Ingat, perkara pertama apabila mendapat kertas soalan ialah semak dan baca nota kaki. Itu sangatlah penting. Dan bagi mereka yang mempunyai Iphone dan sebagainya, ingatlah bahawa menggunakan applications ketika di tandas untuk menjawab soalan sangatlah tidak disukai ramai, kecuali jika anda menggunakan apps GPS untuk mengetahui tempat duduk sebenar anda ketika di dalam dewan peperiksaan. Itu tidak mengapa.

Seperkara lagi, hayati dan selamilah waktu SPM dengan jiwa yang tulus dan suci murni, kerana itulah waktu-waktu terakhir anda di sekolah, melainkan selepas itu anda kembali sekali lagi menjadi guru. Waktu-waktu persekolahan memang menusuk jiwa dan sanubari anda.

Sekian. Hayatilah poster yang gua snap daripada dinding bilik member gua ini. Babai.


Saturday, November 5, 2011

raya rare

ASSALAMUALAIKUM

orang kulit putih pernah berkata,
"actions speaks louder than words"

orang kulit putih juga pernah sembang,
"a picture is worth a thousand words"

kalau macamtu, biarlah video ini yang berbicara



a video is worth a life..or maybe 2,or 3..or maybe more
dodolutopia 05-09

-bukan senang nak bersiap2 pakai baju raya, pakai samping, sembur perfume dengan member2 di pagi raya

-bukan senang nak berjalan ke surau dengan member2 di pagi raya

-bukan senang nak bertakbir raya dengan member yang memakai topi bruno mars

-bukan senang nak bergambar lepas sembahyang raya dengan member2

-bukan senang nak makan lemang, ketupat, rendang dan lauk2 raya dengan member2

-bukan senang nak ambil gambar kat belakang koop, atau mungkin tepi kantin dengan awek sendiri, skandal, ataupun mungkin awek member2

senang kata, semua benda tak senang...hanya yang betul2 beruntung dapat rasa beraya dengan kawan2,tak kesah samada dengan member xtrovert,member matrik, member degree, mahupun imaginary friend anda...oleh itu,hargailah rakan2 anda yang dahulu, dan kini...yang akan datang itu tidak pasti

selamat hari raya aidiladha






-saya newb-