Saturday, October 22, 2011

3-4 hari kebelakangan

ASSALAMUALAIKUM




isnin.,2.30 pagi.
kaki aku memijak rumput basah di hadapan dewan seri bestari....masa itu padang kosong..aku pula berpakaian seluar track dengan baju sukan milik nizam yang memang aku kenal sangat kesan koyak kat bahagian bawah ketiak kanan...aku cuba merapat2kan bahagian koyak itu supaya tak berapa nampak, namun gagal...terus aku mencangkung sendiri sambil mata merenung kosong ke setiap pelosok padang...
tidak lama selepas itu, beberapa kutu form5 seperti nizam, botak dan adib mula berlari turun dari tangga...juga berpakaian sukan..bola bergolek2 menuruni longkang sebelah tangga, dan terus digelecek ke padang oleh adib, cuba meniru2 gaya mario balotelli..nizam membongkok perlahan2 melewati palang besi yang menutup laluan masuk ke padang...beberapa saat selepas itu pula, segerombolan pelajar form5 turun, sangat ramai...lebih ramai dari bilangan pelajar yang turun subuh pagi tadi...boleh aku katakan bahawa hampir kesemua form5 kini berada di padang, membentuk satu bulatan sambil menghulurkan sebelah kaki...aku berlari-lari anak untuk menyertai mereka.......


rabu, 1.25 pagi.
malam itu hangat...lebih hangat dari pelukan seorang pelacur muda...aku dan macha sedang berjalan2 ke arah stesen minyak petronas...jarak antara hideout dan petronas tidaklah jauh sangat...lebih kurang minum satu kotak air milo sahaja...di tepi2 jalan menghala ke petronas, terlalu banyak anjing yang berkeliaran tanpa tuannya...samaada ia sengaja bersiar2 mengambil angin malam, ataupun virus "buang anak" yang biasanya hanya dilakukan oleh manusia kini sudah menjangkit kepada anjing...maaf anjing, kerana sikap buruk manusia, engkau terjebak sama...
dalam perjalanan, macha cuba memecah sepi dgn membuka topik2 buat borak seperti "boleh jawab test aritu?","ko perasan tak aku makin gelap?" dan gelak2 ringan yang aku sendiri tak tahu sebab musababnya...aku hanya menjawab separuh mahu sahaja kerana fikiran aku lebih menerawang berfikir samada aku dah log out ke belom akaun dekat hideout tadi..setibanya di petronas, aku terus menerpa masuk ke kedai mesra, buat2 buka peti sejuk jual air...tiada yang menambat selera...tekak aku lebih dahagakan sirap limau ketika itu..setelah macha membayar roti gardenia coklat dan air tin labu kundur, aku mula mengatur langkah ke pintu keluar...tidak semena-mena, langkah aku terhenti...aku terpandang sebuah Myvi oren....


khamis, 4.00 pagi.
"Dang!!"..aku menghempas kalkulator ke lantai...equation yang aku isi panjang berjela di dalam kalkulator tidak bermakna sedikitpun jika jawapan yang diberi adalah math error...aku mendengus putus asa...aku mula melihat sekeliling kelas, siddiq sedang menyalin laju segala macam nota yang diberi oleh Sir Mok...di meja depan,tangan ahmad juga kelihatan seperti sedang menyalin sesuatu...ahh, baru aku perasan yang dia sedang menyiapkan kerja PQS yang ustazah nak semak hari ini..aku alihkan pemerhatian aku ke bahagian budak2 perempuan pula...ada yang sedang menyalin nota...dan ada juga tengah berborak2 ringan...shida aku lihat tangan dan mulutnya bergerak secara penuh synchronize...tangan menyalin manakala mulutnya berborak2 dengan rakan meja sebelahnya sambil kadang2 diselangi ketawa kecil..
"patel, mega ade kat kau?"aku bertanya kepada patel...patel menyelok tangannya ke laci meja dan menyerahkan paper mega kepada ebau....ebau terjaga dari tidur yang tidak berapa lena, menyampaikan suratkhabar kepadaku dan kembali tidur...aku menghamparkan paper di atas meja, menutupi segala alat tulis, buku teks add math dan buku kotak2 kecil, dan mula membelek dari belakang...sambil2 membaca paper, aku kadang2 action memberi perhatian dalam kelas...sedang membaca2 gosip artis yang aku sendiri tak tahu bilakah penghujungnya, aku terpandang satu iklan kecil di bahagian bawah paper tertulis "transformer" this Saturday...aku memanggil perlahan "cakpor!!"..cakpor berpaling kebelakang sambil membuat muka semut..."transformer sabtu ni...jom?"cakpor buat2 gaya berfikir yang bagi aku sememangnya rare...setelah beberapa ketika, dia mengangkat thumbs up tanda setuju...aku mula menutup paper mega...kepala otak aku sudah mula terbayang gsc..add math ketika itu dalam mata aku kelihatan seperti badan optimus prime yang dicerai-ceraikan sahaja...


sabtu, 4.40 pagi.
rooney berlari dengan laju dari belah kanan padang...melepasi defense kiri manchester city dan makin mara, dari kanan cuba masuk ke bahagian kotak penalti...tiba2 lescott dilihat bergerak dgn sangat laju...jin ifrit mana yang sudah merasuknya pon tidak dapat diketahui...kalau rooney tidak pass atau cross bola itu dgn cepat, memang confirm lescott akn dapat clear...rooney tidak perasan akan kewujudan lescott..aku sudah mula risau...lescott pula semakin laju seperti kini ada dua pulak jin ifrit dalam badannya....lescott slide, kini hanya masa sahaja yang menentukan...lescott sedikit terlambat...rooney sempat melakukan cross leret kedalam kotak penalti, melepasi hanya beberapa jengkal dari hujung but lescott...nani menyambung leretan rooney dan melalukan bola melepasi kaki penjaga gawang city..untuk game ini,  man utd menang 3-1...


*semoga nani boleh gol macam apa yang aku nampak dalam mimpi pagi tadi





Sunday, October 16, 2011

i'm lovin it

ASSALAMUALAIKUM

gua sebelum2 ni cuma ada 4 tempat common sahaja untuk tengok bola....rumah atok gua, mamak, dan bilik tv di asrama lelaki smapl....ok, memang gua mentionkan 3 tempat sahaja...maaf sebab kata ada 4 tadi...taknak maafkan? pergi mati....

namun sejak kebelakangan ini, setelah menjadi abang2 degree, gua mula berkenal2 dengan satu lagi port layan bola dan rilek2 iaitu mcdonald...sebelum2 ini gua ingat mcd hanya ada 2 fungsi sahaja...tempat bawak awek duduk2 makan aiskrim sambil borak hal kene sex harrasment dgn brader kat pejabat, dan ........ahh gile gua lupa lagi satu ni ape? naim punya pasal la ni ajak gua borak pasal awek kat ceramah time2 gua tengah up entry...ahh, abaikan yg lagi satu ni..skarang ni tengah nak cerita pasal kaitan mcd dan bola...

gua baru tau yg mcd merupakan tempat tengok bola hanya ketika gua masok uitm s.alam...nak kata gua noob? sekali lagi pergi mati.....tapi layan bola kat mcd ni tak berapa sedap sebenarnya, walaupun fillet-o-fish memang sedap..hal paling utama pasal makanan dia mega mahal...ni gua malas nak ulas...bapak sape keje perdana menteri je yg akan cakap mcd ni murah...seterusnya, kapasiti untuk tempat duduk depan tv adalah terhad...sape lambat, memang terpaksa balik tengok kat bilik sahaja guna broadband...bagi yg spirit kuat siket, mungkin boleh tahan berdiri...tapi paling2 kuat berdiri pon, habis first half kompem balik sambil memaki2....

dan sebab utama kenapa gua cakap layan bola kat mcd ni tak berapa sedap adalah pasal bilangan penonton...tak pasti adakah sebab gua pergi tgk dgn naim, maka orang jadik tak ramai, ataupun memang dari dahulukala tak ramai tgk kat mcd...bila tak ramai, aura dan derasan adrenalin akan kurang...jadik kalau man.utd skor, lagi2 skor banyak gol, gua rasa makin malas nak bersorak...ini merupakan satu perangai tidak sihat dan melanggar adab...tapi biasanya gua sorak juga tak kisah kiri kanan....tapi igt, gua bukannya cakap brader2 yg layan bola kat mcd ni tak bersemangat waja, cuma bilangan  yg layan kat mcd ni tak ramai...jadik main point dia disini adalah layan bola kat mcd tak berapa sedap pasal penonton tak berapa ramai sangat...sekian...

*tapi ramai tak ramai pon, bila chicarito skor tiba2 gua rasa ramai audience...gila2
**you will never dive alone
***mohon tenang

Saturday, October 15, 2011

letter after T

ASSALAMUALAIKUM


gua lihat pergerakan blog ini semakin perlahan...bila sebut perlahan, memang buat gua teringat dekat teka-teki tentang kenapa siput babi jalan perlahan....ahh, teka-teki tu memang yg paling gampang pernah gua jumpa setakat ni...


berbalik kepada pergerakan blog yg gua baru nak cerita sebentar tadi....banyak faktor yg menjadi penyumbang kepada berlakunya masalah ini...namun bajet 2012 memang langsung tidak berkait rapat, apatah lagi kekalahan kelantan kepada terengganu menerusi agregat yg gua pon tak tahu berapa...salah satu faktor penyebab yang paling true sekali adalah masuknya para penulis ke alam universiti yg lebih true dari tahun2 dulu...terutamanya kepada gua dan arepseman yg baru nak merasa jadik budak degree...lepas ni baru sedap nak borak2 dengan brader2 sambil pekena shisha dua tiga pam..."lu blajar mane?"..boleh gua hentak padu2 "gua degree kat U bla3"....perghhh, canggih2


ini tahun, gua jadik susah nak update blog pasal tangan kiri kanan gua sibok main milling...arepseman pulak gua saspek sangat busy dengan gunting, gam, kadbod dan segala macam bahan yang memang gua sekali tengok pon dah tahu bukan jiwa gua...almaklum, pendidikan seni gua paling2 champion hanyalah C+....ada sekali dapat B, tapi check2 balik ada salah tanda....jadik gua tak rasa nak bangga dengan B yg begitu rupa..nampak sgt antiklimaks..tapi bangunan yg beliau dan member2 beliau buat memang canggih..serius...kalau nak cerita pasal zoobear plak, ahh....dia memang dari tahun2 dulu sibok...tambah2 skarang ni gua dengar dia tgh handle banyak page anti tahajud cinta...dengar2 laa...


lain2 penulis seperti yg dari USA,Korea,Moroco gua tak berapa dapat info...paling2 jauh yg gua tahu pon dari USA...itu pun tak berapa clear info yg gua dapat....tampal kertas tulis fifa12 atas dahi...apa gua nak interprate data macam tu? serius gua fail....


dan antara founder blog ini iaitu malomilo, gua dengar sudah mula berada pada tahun 2....bukan calang2 orang boleh masuk ke tahun 2...ahh,tapi ape benda yg gua nak sembangkan pasal kutu sorang ni...memang dari sekolah lagi, memang bukan calang2 orangnya...gua sembang lebih2 pasal dia kang, nampak sangat gua ni noob tak sehebat beliau...maka sebagai seorang yg tak pernah mahu kalah, gua taknak cerita pasal mamat ni lebih2....


lu orang nampak kan betapa seboknya para penulis blog ni sekarang? ni baru siket yg gua letak...kalau gua listkan satu2, gua risau yg membaca nanti taknak masuk universiti kerana risau akan menjadi seorang yg busy....oleh itu, lu orang kene paham kenapa takde entry2 gembira, sedih, hipokrit, lame di-post....sebok2
tapi kalau masok cuti sem, mungkin lah akan ada entry2 rabak dari para2 penulis yg bercuti masa tu...mungkin...


**esok man. utd menang 0-14 sambil relax2 sahaja