Sunday, January 30, 2011

resepi original uncle slocumm

ASSALAMUALAIKUM

cikgu subjek geografi melangkah keluar dari kelas,menandakan waktu rehat bermula....gua mula mengorek2 kocek belakang,dgn penoh harapan ada duet seringgit yg tertinggal lupe keluarkan mase dulu2...tangan gua meraba kosong....hmm,nampaknye menu minum pagi gua harini roti jala ngan karipap cecah air teh dm lagi...lalu gua dan beberapa kutu lain yg juga baru lepas meraba kocek belakang mendengus hampa serentak,menandakan bermulanya satu langkah suram ke dm....

biasanya bila sorang melangkah ke dm, hampir ke-namblas enamblas pelajar lelaki kelas gua akan sama2 turut maju ke dm,walaupn ade yg jadik belaan datin,baru je masok seratos ringgit dalam dompet...ni semua demi semangat setiakawan yg utuh gua nak ceritakan...bersatu teguh, bercerai bersatu balik semula...

jam menunjukkan pukol 10.40....kejap lagi kelas nak sambong balek....lepas penat beratur 4-5 kali ulang amek kueh karipap,gua dan rakan2 yg laen buat keputusan untuk kembali ke kelas,setelah ada sorang member terkantoi dah berator banyak kali...mane tak kantoi, kalau beratur nak roti jala, tapi tangan dah kale kari...kerana pegangan yg teguh atas prinsip bersatu tegoh,walaupn sorang terkantoi, yg lain ramai2 buat terkantoi sama dgn turut pergi berator dgn tangan berkuah kari...lepas naufal sebagai org terakhir yg kantoi bukan takat tangan kale kari tapi juga baju, gua dan rakan sekelas gua membasuh tangan dan mengatur langkah laju....

tiba di kelas, budak puteri kelas pn tak berapa nak penoh lagi...gua rasekan sesuatu yg tak kena,lantas membelek jadual hari ini...pendidikan visual,ohhh...gua mengangguk faham sambil melonjak kecil...lepas 5 minit, cikgu masih tak masok lagi...gua menoleh ke arah kantin yg hanya separuh focal length dari mata gua, melihat jai berdiri di depan kaunter membayar, sambil mengenggam sebiji roti coklat gardenia yg ketika itu hanya berharga 0.50 sen sebelom revolusi corak plastik...roti gardenia coklat..hurmm

jai masok ke kelas, melabuhkan punggung pada tempat duduk beliau dan "POPP" bunyi plastik roti diletupkan, cara tipikal budak2 bukak plastik roti...gua menoleh ke belakang sekali kilas...melihat jai menyuakan lebih kurang 1/12 daripada roti tersebut ke dalam mulut beliau, lantas menghulurkan baki roti yg lain kepada amon...amon mencubit sedikit dan menghulurkan pula kepada amir cu, amir cu juga mencubit sedikit dan menyampaikan kepada shaarie, shaarie juga mencubit sedikit dan memanjangkan kepada naim,naim cuba menolak dgn alasan alergik roti, tetapi tetap dipakse shaarie dgn menyumbat secubit daripada roti tersebot ke dalam rongga mulut terbuka beliau...sebelom roti itu disampaikan kepada rakan yg lain, semua budak putera menyeka pandangan ke arah naim yg didakwa alergik roti....menunggu apakah kesan sampingan yg akan berlaku...sejurus naim menelan roti tersebut, kami semua terkejut percaya...mmg naim alergik roti..beliau berubah menjadi lebih kacak...selepas memuji kekacakan naim dgn harapan gua pn akan ada alergik sebegitu rupa, roti teros dihulurkan kepada rakan2 yg lain...

sesampainya roti tersebot pada gua, gua mencubit sedikit,dan menghulurkan roti tersebot pada org terakhir yg masih belom merasa roti coklat tersebot...tamat kisah 30 minit rehat di hari rabu...apa cerita gua ni?? kesah roti gardenia coklat? kuah kari roti jala dm yg boleh tahan sedap? ataupn naim ade alergik?...keh3...saje gua bercerita ttg perangai member2 yg boleh tahan rare...org kata sharing is caring...lu org tau tak sape yg stat cakap bende tu dulu? kitorang la yg cakap...pasal kitorang mengamalkan sistem hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah, hati manusia siapa yg tahu...roti coklat gardenia dikongsi 16 org budak putera sekelas mungkin tak berapa nak legend....tapi kalau biskut lexus peanutbutter share 16 org, part tu payah siket...tapi sebenarnye bende2 camni la yg memperkuatkan hubungan antara member2...gua harap...moga2 harapan jadi kenyataan

"life is something unmeasurable...thats why it doesnt have unit"
-carlos santana

"friends are uncountable actually...you never know whether one
considering you as his/her friend or not"
-chris martin

*kalau bege mcd, sori la...gua taknak kongsi ramai2...keh3

Sunday, January 23, 2011

Diari Joni 3

 ASSALAMUALAIKUM

5.35 pm
Joni dengan parang di tangannya dihayun membabi buta. Habis koncot lalang yang menghalang perjalananannya ke Taman Geografi. Seekor belalang terkejut beruk terus melompat dari puncak lalang ke pentas tanah merah. Teringat keluarga di rumah, siapa pula nak sara kalau dah arwah.
Joni mengucap syukur atas kejayaannya mendapatkan parang. Memang sejak kecil dia diajar begitu. Keluarga alim, kata orang. Joni tersenyum girang bila terpandang batang buluhnya.
Dia terus memasang kekuda dan mula meberi fokus sepenuhnya. Di tangan kirinya, batang buluh dipegang, lurus menegak ke langit sementara tangan kanannya utuh menghala parang. Sesaat sebelum menetak, dia mencampak parang kebawah.
“ Baunya pun dah tak tajam, inikan pula matanya, “ keluh Joni sendirian. Diketuk-ketuk parang tersebut tanpa tujuan yang jelas.
Teringat dahulu, Sufian Soi kawan sebelah mejanya pernah minta jag air dari Pakcik Roe, hendak dipinjam untuk jamuan kelas 2 Skype. Nampak cantik dan bersinar, tapi sayang bila diisi, bocor bawahnya. Lantas, timbul desas-desus di sekolah tentang Pakcik Roe kedekut bagi pinjam barang. Asal pinjam, mesti diberi yang cacat, tak pun diberi yang sudah tak diguna.
Selama ini, Joni tak pernah percaya dengan desas-desus itu, tapi kini diri sendiri yang mengalami. Kena dihidung sendiri.
Joni bingkas bangun dan menyeka peluh didahi. Lengan baju Pendidikan Jasmani yang sudah lusuh itu dilipatnya. Joni cuba menenangkan diri dan menarik nafas dalam. Suaranya yang merdu terus dialun…

“ Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua…. “

Joni jelas kecewa dengan sikap Pakcik Roe. Dia menadah tangan berdoa agar sikap kedekut Pakcik roe dalam memberi pinjam barang berkurang, kalau tidak sekaligus cukuplah sedikit demi sedikit.
******************************************************************
“ Gunakan kudrat yang ada Joni. Hidup ini tidak boleh terlalu bermanja. Kalau tidak, hancur binasa. “ nasihat Atuk Ki kepada Joni. Jalanya disebar ke atas sungai yang kering itu.
Joni terpangu melihat perlakuan datuknya.
“ Tapi Atuk bukankah sungai itu kering, mana ada ikannya ? “ Joni cuba bertanya. Atuk Ki hanya senyum tawar.
*******************************************************************
5.43 pm
Joni tersentak dari lamunannya.
“ Mungkin ada benarnya kata-kata Atuk Ki. Inilah masanya. “ Joni menggenggam erat penumbuknya.
Azamnya makin tinggi. Lebih tinggi dari puncak Kinabalu.



Bersambung….

Thursday, January 20, 2011

cinta coklat

assalamualaikum

gua berjalan-jalan megah seorang diri di midvalley. tiada apa yang nak dilakukan sebenarnya, hanya mahu lari daripada bebanan tugasan yang banyak. sungguh banyak, sehingga kadang2 gua lupa step untuk menggerakkan kuda dalam game chess. huruf L atau Z? hmm. gua teruskan berjalan sehingga gua sampai ke tingkat paling atas. gua lihat orang ramai melakukan tawaf selamat datang mengelilingi bulatan di hadapan cinema, beratur membeli tiket. gua perhatikan poster di cinema, mencari-cari jika ada tayangan filem 2 Alam hasil buah tangan dr. rozmey. hmm tiada. jadi mengapa orang terlampau ramai?

gua teruskan penerokaan solo gua di tingkat atas midvalley. gua kelaparan. gua terlihat food court yang penuh sesak. gua berlari-lari anak untuk kesana. secara tiba2, kaki gua kaku apabila gua tertoleh ke kanan. pameran coklat peringkat midvalley. hmm menarek. gua lajukan langkah gua menuju ke dalamnya. gua harap dengan keadaan gua yang serba daif ini, tanpa ditemani sebarang awek di sisi akan mampu membuatkan akak2 yang menjual coklat kat sini memberi sebanyak mungkin coklat untuk gua test kesedapannya. gua masuk tanpa lupa untuk memberi salam kepada semua pengunjung. aktiviti di dalam hall itu berhenti seketika. masing2 menjawab salam gua. selang dua saat, keadaan kembali rancak dan meriah.

gua perhatikan terdapat berbagai jenis coklat wujud dalam dunia ni. ade yang berperisa vanilla, coklat hitam, coklat coklat, coklat kelabu dan macam2 lagi. begitu juga, dengan bentuk. ade yang lonjong, bulat, petak dan love. love? mengapa? gua berdiri di tengah2 hall selama seminit sambil membuat muka garang dengan tangan didepangkan seluas mungkin bagi menarik perhatian orang ramai. semua orang tidak mempedulikan tindakan gua itu. semua membuat hal masing2 sambil ditemani pasangan yang setia di sisi. ditemani pasangan? coklat? apakah semua ini???

gua runsing. gua berlari keluar dari hall sambil menangis. sampai di tingkat dua, gua terjatuh dari eskalator hingga terjunam ke tingkat satu. gua bangun dari jatuh. serta-merta gua teringat kembali memori2 lama. satu-persatu menusuk ke minda..

di sekolah gua, atau lebih mesra dipanggil labu institution, coklat dan pasangan romantis memang x dapat dipisahkan. tidak percaya? percayalah kata siti nurhaliza. lu orang boleh tanya siapa2 pun, apakah hadiah mingguan yang diterima seorang pasangan kekasih. teddy bear? nasi goreng rudy? vitagen koop? ataupun mungkin kita boleh kata playstation portable? oh tidak sama sekali. tuan2 dan puan2, hadiah itu ialah coklat. ya! coklat! coklat ialah antara barang wajib beli pasangan kekasih jika outing. kajian yang dilakukan oleh pakcik jaga menunjukkan hampir 2/5 pelajar yang balik daripada outing, apabila di scan plastic dan bagnya, mempunyai coklat. hebat?

namun begitu, coklat yang diberi dari kekasih kepada kekasih di sekolah gua hanya terlimit kepada satu jenis sahaja iaitu cadbury. gua tatau nape, mungkin cadbury adalah coklat versatile mampu milik. atau mungkin pelajar2 tidak didedahkan dengan kewujudan coklat2 lain sepertimana gua yang telah didedahkan sewaktu pameran coklat peringkat midvalley berlangsung. mungkin juga salah pameran coklat yang memilih midvalley, bukan terminal one sebagai venue. banyak kemungkinan boleh terjadi di sini. tetapi yang pasti, cadbury adalah pilihan. bagi pasangan yang sengkek, mereka tetap akan berusaha mengumpul duit tabungan untuk membeli cadbury, walaupun mereka sedar kewujudan faeez halim dan konco2 nya dari pihak koop yang sering mempromosi coklat2 mereka seperti tofiluk, nips, safari yang jauh lebih murah walaupun kurang bermutu.

satu lagi gua perasan. ade berbagai cara untuk menjadikan pemberian coklat ini lebih bermakna. antaranya yang paling popular ialah letak bawah meja dengan harapan si tuan punya meja itu datang keesokan paginya dan makan coklat tu time perhimpunan. ade jugak yang menggunakan pengantara, rakan2 sendiri ataupun budak2 junior yang terliur dengan cadbury tu. tapi setakat ni gua x pernah jumpa lagi la sape2 yang guna makcik cleaner ke rudy kantin ke or makcik dm sebagai pengantara. haa yang gunakan cikgu samad dengan cg rahayu sebagai pengantara banyak jugak, tapi selalunya kalau guna dua orang ni, pasangan2 kekasih ni wat pakej sekali dengan surat2 dan mesej2 hp la. hehe. mintak maaf kepada semua hadirin hadirat sekalian..

gua tersedar daripada lamunan. air mata di pipi sudah kering. gua masih lapar. gua teruskan perjalanan gua ke mcD. ramai sungguh manusia. alhamdulillah gua dapat duduk. di depan gua ada satu pasangan kekaseh. time tengah makan, datang dua pasangan kekasih arab bertanyakan sama ada kerusi di sebelah mereka itu kosong atau tidak. makanpasangan kekasih melayu dengan konfiden menjawab kosong dan memberi kerusi itu dengan harapan pak arab dan mak arab itu amek kerusi dan blah pergi meja lain. tapi sangkaan mereka meleset. pak dan mak arab lepak sekali satu meja. meja dahlah kecik, kongsi lak 4 orang. gua kesian. lelaki macho menunjukkan muka hampa. harapannya untuk beromantis dengan awek romantisnya tidak kesampaian. awek romantis memujuk2 sambil bermonolog mencemuh lelaki romantis kerana membawanya makan di tempat yang sesak dan x romantis..

p/s : koop memang legend dalam menjual coklat dan aiskrim.

Sunday, January 16, 2011

Diari Joni 2

 ASSALAMUALAIKUM

5.27 pm
Joni gelisah tak senang duduk. Batang buluh di tangannya digenggam erat, erat seerat rangkulan anak kepada ibunya. Matanya berair mungkin dimasuki miang buluh. Dipandangnya sekeliling Taman Geografi sambil mulutnya terkumat – kamit menyebut sesuatu. Pandangannya terpana ke kantin.
Lima saat kemudian, dia dapati dirinya di dalam dapur kantin, tepat di hadapan Pakcik Roe, tauke kantin sekolah. Bau nasi goreng pattaya menusuk kalbu. Joni tanpa lengah mencuit sedikit nasi yang masih separuh masak lalu disuapnya ke dalam mulut.
Tangannya pantas ditepis Pakcik Roe.
“ Ish, apa masalah kau ni Joni! Ini nasi budak-budak puteri order. Kalau kau nak, order lah sebungkus, pakcik boleh buatkan, “ tiga kali geleng kepala Pakcik Roe atas perlakuan Joni.
“ Maafkan saya pakcik. Saya perlukan sebilah parang secepat mungkin.
Secepat mungkin. “ jelas Joni dengan serius.
Pakcik Roe mula terbayang drama Keliwoon terbitan TV3. Parang selalunya ada kaitan dengan ritual penyembahan minta nombor ekor. Dadanya turun naik menghembus nafas. Nasi goreng pattaya budak-budak puteri mula berbau hangit.
“ Bukan itu tujuan saya pakcik. Saya tak pernah main nombor ekor. Saya orang Islam. “ terang Joni sambil matanya tepat memandang Pakcik Roe.
Rahang Pakcik Roe terbuka luas. Masakan Joni mampu membaca fikirannya. Belum pernah dalam seumur hidupnya ada orang berjaya melakukan sedemikian. Selama ini, hanya dalam rancangan magis dilihatnya perkara itu.
“ Jangan banyak sangat tengok cerita tahyul pakcik. Tak elok. Saya pun hairan lihat industri seni tanah air kita asyik-asyik keluarkan filem tahyul, cerita hantu. Tidakkah mereka sedar sedikit sebanyak ia mampu mempengaruhi mentaliti rakyat kita ? “ soalan dilontar Joni dengan nada sinis berniat mulia.
“Betul tu nak. Pakcik setuju benar dengan pernyataan itu. Pakcik belanja nasi goreng pattaya sebungkus, “ bicara Pakcik Roe kekaguman.
Namun demikian, mata putih Joni masih melilau melihat suasana dapur kantin. Mencari sesuatu.
Bersambung…

Saturday, January 15, 2011

Diari Joni 1

  ASSALAMUALAIKUM

5.09 pm
Joni berjalan sambil dikuis-kuis kerikil di laluannya. Sejak dari tadi dia berjalan di hadapan Dewan Seri Bestari. Kawan-kawannya ajak main bola di padang hoki yang terletak di bawah cerun belakang asrama, tapi ditolaknya penuh hormat.
“ Jom bola. Game derby petang ni ! “ sergah Zack dari belakang.
"Hamstring aku tak elok lagi ni," balas Joni, bernada acuh tak acuh.
Zack memang hantu bola. Sejak dari form 1, tiap-tiap petang memang main bola. Kalau petangnya tak main bola, malam dah macam kena demam denggi. Joni terus menguis-nguis kerikil. Dilihatnya jauh di sudut padang, bebudak Form 1 tengah main guli.Teringat kenangan masa muda-muda agaknya. Joni dulu pemenang Pertandingan Tuju Guli peringkat sekolah. Dia wakil rumah Uthman bersama Baihaqi Anuar, tapi sayang Baihaqi Anuar kandas di suku akhir, Joni pula layak sampai final bertemu Joel, wakil rumah Umar. Tak sampai 14 minit, Joni merangkul piala kemenangan. Tiba-tiba, dia ketawa kecil.

5.18 pm
Joni masih di depan dewan. Bingung mencari aktiviti untuk dibuatnya di petang hari. Dari jauh dia lihat budak-budak puteri berjalan lenggang-lenggok ke kantin. Memang biasanya para pelajar ke kantin waktu sebegini untuk order nasi pattaya dengan nasi paprik sekali dengan air milo. Selalunya malam lepas maghrib baru siap.
“ Makan saja kerja, mana tak gemuk. Nanti bising-bising berat naikla, apa la..” ngomel Joni sambil muncung mulutnya.
Joni berjalan pantas ke Taman Geografi. Jam di menara ditenungnya, lagak seorang pendaki gunung. Joni mula mengatur langkah. Makin lama, makin pantas jalannya menuju ke taman itu. Taman Geografi memang dah lama ada, cuma jarang dilawat orang. Iyalah, bukannya ada apa kecuali buluh-buluh miang yang tak mati-mati. Joni tiba-tiba berlari pantas umpama angina Selat Melaka. Saat dia tiba di sebatang buluh elok terpacak, dia mendongak ke udara, dan dengan angkuh dia melompat ke udara.
Zaaaass!
Jatuh batang buluh menggamit ketenangan burung gagak yang sedang menjamah saki-baki makanan di belakang kantin. Dibelek-belek batang buluh yang tumbang.
“ Hurm, boleh ni. Boleh ni “ dengus Joni.
Bersambung….

dodol utopia

assalamualaikum

nama panggilan beliau ialah dodol utopia. beliau merupakan seorang lelaki macho berjiwa kental yang juga merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat. hebat dalam berpidato, serta mendapat tempat kedua dalam pertandingan pencarian lelaki hensem, kacak dan bergaya (tewas kepada syed afiful). berkawan baek dengan imraan azhar, ahli kumpulan lawak no.1 malaysia serta bercita-cita untuk bekerja di econsave suatu hari nanti. sekarang merupakan penuntut asasi kejuruteraan di puncak alam walaupun pernah gagal untuk menuju puncak semasa menyertai ujibakat af musim ke-3 dahulu.

maka itu, kami warga extrovert mengucapkan selamat hari lahir ke-19 kepada syafiq suhaimi. semoga berjaya mendapat kerja di econsave suatu hari nanti. dan yang paling penting, semoga berjaya menjadi player basketball tersohor di uitm puncak alam dengan kasut yang bergaya itu.

p/s : arepseman.blogspot.com

Monday, January 10, 2011

maen my space plak la pasni


ASSALAMUALAIKUM

anugerah juara lagu baru setanak nasik tamat....kisah faizal tahir tegelincir dalam akuarium kita tolak tepi....konflik member rumah gua salah faham antara sharifah aini dgn rahim maarof pon kita tolak ke tepi...teka teki tentang style baju kurung yg ana rafali pakai malam tadi pon gua mintak awek2 sume tolak tepi...sebab gua rasekan ada satu hal yg lagi penting ntok kita sume amek port piker ramai2....mark zuckerberg mesej gua mase gua tgh maen pes11 cakap yg die nak tutop facebook....KAH KAH KAH

dekat lime nam jam gak gua gelak bace bende tu...ni sape punye perangai cakap facebook nak tutop? cakap cakap!!...takkan paper utusan? diorang pon sebok maen fesbuk...takkan plak harakah punye keje?ape keje plak diorang nak sebar khabar angin pasal fesbuk ni?? paper roket dgn keadilan gua tak pasti....pasal gua pangkah barisan dgn pas je...keh keh keh....hal2 politik ni jgn amek port sgt la...igt,politik itu kotor...gua buat maen2 je ni...

berbalik kepada kes mark zuckerberg cakap nak shut down facebook...mule2 gua bace tajok,gua rase si pengarang berita ni boleh pergi jauh...sekali bace tajok macam boleh percaye,gua nak cerita kat lu org berape powernye tajok tu...silap2 kalau kantoi ngan paper metro, boleh kene amek jadik cover depan....tapi bile gua bace isik dalam berita, mmg boleh buat gua mengekek2 gelak sampai sakit usus perot gak...ahaha..kononnye mark zuckerberg cakap "gua dah malas nak uruskan facebook...facebook dah jadik satu benda yg tak terkawal...gua pon dah malas gak nak jaga citville gua...gua nak hidop gua yg dulu"....kah kah kah....gua nak tanye lu org satu soklan...ape bende yg si mark ni nak dekat idop bliau yg dulu???nampak sgt tak tgk the social network lagi ni....

tapi bende2 camni kadang2 kene amek serius...gua taknak kang tgh gua sedap2 cakap facebook tak tutop, tetibe muke mark zuckerberg kuar kat buletin utama tv3 cakap die dah tutop fb,skang keje bace berita sukan nak bagi sapot kat timnas bola mesia....jadik gua buat keputusan nak tanye sendiri mark zuckerberg betol salah kes tersebot...lincah gua selak balik file2 lame time gua blaja skali ngan mark kat harvard dulu2...mane tau entah2 ade no. enpon beliau..tapi gagal dikesan...gua tak putos ase...gua kol plak member lame dari libya yg dulu satu kelas ngan mark mintak no phone...dapat...gua kol,tapi masok mailbox...cis,gua menge-cis....gua kol lagi skali....tapi kalau 27 kali masok mailbox,ananda krishnan pon boleh bankrap...lagi2 gua yg cume ade 1.50 je dalam kredit...tu pon bekal s.o.s topap due mingu lepas...dari detik tu gua dah mule terpikir macam2 ape akan jadik kalau facebook betol shut down...macamane gua nak layan blues ngan member2 skola lame gua?? abes mati la pokok gua tak siram kat game farmville.....camne gua nak usha2 awek manis?? ape gua nak isik ngan mase terluang gua kalau kelas start pukol 2 ptg?? dan habesla server uitm da takde bende nak block da pasnih kalau fesbuk dah takde...habesla habeslaaaa...

gua mule stat nak nanges...pasal gua rase rugi tak memanfaatkan facebook ni sebaiknye mase ade....skang dah nak tutop kononnye baru gua nak sebok2...tak sempat gua nak join budak2 ni maen stats describe member gune nombor, maen bubblegum squidward, kire gua dah terlepas salah satu 7 wonders of the world la ni....tapi tibe2 gua teringat..gua tak google lagi pasal berita ni...demmit...laju2 gua on alienware mx11,cocok broadband 20gps gua, lantas surfing google yg juga salah satu daripada 7 wonders of the world...jumpa!!!! KAH KAH KAH...berdekah2 gua gelak bace


The rumor was started by a satirical online website whose other news flashes include such items as "Alien Spaceships to Attack Earth in 2011" and "George Clooney Running for President."

...ni adelah petikan daripada berita yg gua bace daripada yahoo..gua amek part yg gua suke je
macam george clooney nak jadik president tu...nak bace panjang lagi, boleh bace sndiri kat sini. sbnarnye mengikot subjek IMP021 information and literacy skill yg gua belajar,source dari tenet ni takleh jadik primary source...tapi baek gua pecaye yahoo cakap daripada budak2 kat kedai aiskrim...keh3....Skang apa macam??lu org tak takot ke mahlok asing nak serang bumi??kah kah kah....george clooney jadik president gua tak takot, lagi gua suke ade....jadik, betol ke mark zuckerberg nak shut down?? kalau betol pon die nak tutop, igt org laen yg pegang share tu nak lepas?? tu kalau betol nak tutop, tapi masalahnye skang takde pon....jadik gua sarankan kepada sahabat handai sume, jangan risau...bak kate imran azhaar yg tak dapat sambut besday taon ni, buat macam biase.....mari kitateroskan buang mase kat facebook tu...tapi igt,jgn request gua gem cityville...gua tak maen...keh3...setakat itu saja...lu org yg pecaya facebook nak tutop jangan marah2 ke,tacing2 ngan gua ke hape ke...blogging utk bergurau senda...chow..gua nak siram pokok bayam gua kat farmville ngan bunoh orang ramai2 nak jadik yakuza kat mafia wars...sementara ade fesbuk ni,gune smpai puas beb...keh3

*kalau betol la facebook tutop, boleh gua ajak eduardo saverin join venture ngan gua jual aiskrim kat tenet...sean parker gua amek budak bancoh kopi boleh la...mark zuckerberg?ape hal...die kan nak kembali ke hidop lame beliau...keh3
*tak kenal eduardo saverin?sean parker?..pegi khatam the social network smpai lagu ending...
*lagi skali gua pesan,kalu betol fb tutop, jgn attack gua plak..gua hanyalah insan yg lemah

Friday, January 7, 2011

bukak cawangan

ASSALAMUALAIKUM

budak2 spm2010 boleh la gua kelaskan sbagai baru abes spm....pasal banyak lagi bende2 yg diorang boleh buat lepas abis spm...contohnye blajar pulas stereng kereta, jalan2 reramai ngan member2 kat time square buat kali ke 7, juga mohon nak join plkn....mule2 baru stat cuti ni memang lu orang takkan terase sgt bosan...tapi bile dah dekat2 3minggu, lu akan mengalami satu perasaan ataupun lebih mesra kalau gua gelarkan fenomena....aura2 die lebih kurang dgn pms, cume kalini, laki pompuan sume boleh rase....ape yg beza dgn pms adelah ubat takde jual kat farmasi sinar...tapi lu orang tak payah takot tak tentu pasal, gelabah berlebihan....gua dan rakan2 gua ada solusinya....blogging

blog periuknasi nih sendiri lahir akibat buntu daya fikir oleh brader2 steady macam arep,nizam,poi,anop,bong dan palo....jadik apekata kalau gua cadangkan lu orang mule ngadap2 laman web blogger.com buat bejinak2 ngan blogging ni...

tapi,sebelom lu orang stat blogging, lu kene ade sifu...sifu ni bukan tempat lu curik idea, tapi tempat lu amek feeling dgn jiwa raga lu orang dalam join venture group2 blogger...memetik kata confucius dalam buku sejarah tingkatan 5, "the best teacher is your worst enemy"...jadik, lu orang tak payah dengar cakap confucius....nama beliau je dah menunjukkan yg beliau mudah keliru...tapi dengarlah cakap qushairi razali(kalau tak kenal,bukak kitab hikayat malim deman)..kata beliau,"blogging is hard...but following is double tripel hard"..walaupun quote die macam bodo tak sedap, tapi layankan aje.....

dgn berpandukan segala ape yg gua sembang kat atas tadi, lu orang dah bole agak lom ape gua cube sampaikan? takpe, bende2 artistik camni mmg ade twist sane sini...budak TEKA pn susah nak paham...biar gua straight to the point...salah sorang admin blog ni iaitu arepseman telah bukak satu branch...bukan branch kedai mamak bagi memudahkan beliau lepak makan malam2 yamcha smpai 4-5 pagi, tapi maksod gua branch blog...sedangkan fergie the dutchess pon nak begerak solo sebab taknak terlalu bergantung pade will.i.am dan taboo,manakala malique dan joe flizzow juga kadang2 gerak solo demi memenuhi permintaan funfair, mengapa tidak arepseman?...sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan puncak prestasi beliau dalam dunia maskulin yg kini penoh pancaroba tidak tergugat...ya....beliau membuat branch blog tersebut bagi mempelbagaikan juga meningkatkan variasi penulisan....juga sedikit sebanyak bagi membantu adik2 kecil yg baru berjinak2 dgn blogger.com juga encik evan williams...sape evan williams? kalini bukak buku ilmu hisab trigonometri sejanjang untuk kenal sape beliau....jadi, siapa2 yg berminat untuk mengetahui lebih banyak lagi genre penulisan blog yg wujud di alam fana ni, bolehlah merujuk sedikit sebanyak pada blog encik arepseman...gua bukan nak promote lebih2 mengangkat member sendiri...gua dgn dia pn bukan baek sgt...selalu gadoh2 berebot awek....tapi bende yg bagos gua tak boleh tipu...header blog memang cantik....lu masok2 je mesti ade rase taknak skroll bawah pasal nak usha teliti dalam2 header blog tu...pastu kale background plak itam, memang kene dgn penaja blog beliau iaitu perillys...hitam mutu keunggulan...tentang isi jadah dalam blog die, gua malas nak komen...lu org pegi bace sndiri....tak hanya tertumpu pada satu kotak minda....sukan paralimpik,lagu kebangsaan croatia,politik iraq, mahupn peluang pekerjaan kat opis dr.rozmey,sume lu orang boleh bace...kalau tak, lu org igt mane gua dapat info2 bermanfaat lagi crucial dalam palotak gua ni? mana? mana?jawab la wey!!!

ahha...mesti lu org dah tegerak nak bukak blog tersebut kan?good boy...tu yg gua mahukan dari penat lelah gua menaep malam2 buta camni...habes bace entry gua, teros tekan link ni-->TEKAN....jangan tekan dulu!!!..kan gua dah cakap lepas habis bace...kamonla jgn nak melawan sgt....ok la...buat adek2 kichi yg mule nak maen blog, pegi la maen...ape gua nak kesah.....cume ade due bende gua nak pesan....mule2 carik sifu....pastu bile lu dah start blogging, jgn lupe pesan gua....blog bukan tempat carik gadoh...kalau gua jumpe,gua repot kat evan williams...setakat itu dari gua...jangan gadoh2...jangan remove friends kat fesbuk..sayangi kawan2 lu org...adios amigos

*arepseman masih lagi admin blog periuknasi ni...awek2 yg pakat usha dari jauh tu takyah risau...nak nampak sweet lu pegi follow blog budak tu cepat2...keh3