Tuesday, November 30, 2010

dont get matured too early. it is not cool.

ASSALAMUALAIKUM

Jangan terpedaya dengan tajuk yang ditulis dalam bahasa inggeris tu. Blog ni masih mengekalkan ciri2 dan adat resam budaya melayu termasuklah penggunaan bahasa melayu sepanjang masa agar pembaca mudah menerima segala ajaran2 yang cuba diterapkan. Pertama sekali gua nak ucapkan yang gua minta maaf kat semua pembaca sebab lama x update. Blog ni dah x up-to-date macam dulu lagi. Ni semua gara2 kerja gua yang berlambak dan ketiadaan personal broadband. Gua x mampu nak bayar bil bulan2. Ni jugak salah dodol utopia. Dia ade broadband tapi x manfaat untuk kegunaan blog. Salahkan beliau kerana beliau tiada alasan yang kukuh.

Bersempena dengan tajuk, hari ni gua nak sampaikan beberapa sudut pandangan gua selaku seorang yang berumur di penghujung 18 tahun-an. Kenapa gua ttibe nak merungkaikan permasalahan dunia berkaitan kematangan seseorang ni? Adakah gua terpengaruh dengan Dr. Syed Iqbal Syed Zubaidi, pakar pramatang di institut kesihatan Kg. Baru, KL. Sama sekali tidak. Ini semua berdasarkan observation gua selaku seorang yang berumur lewat 18 tahun. Walaupun umur gua ini boleh dikira tidak mencapai tahap kematangan tertentu mengikut spesifikasi Suruhanjaya Pilihan Raya, tapi gua dah dikira matang sket mengikut spesifikasi FINAS. Tapi yang gua mahu sampaikan pada hari ni bukanlah pasal matang atau x matang sesorang serta krisis ekonomi amerika syarikat yang kian meruncing, tapi gua hanya nak bagitau kat lu orang bahawa : “Dont get matured too early. It is not cool.”
Example pertama yang gua nak bagi lu orang observe pada hari ini ialah pasal budak2 perempuan zaman sekarang serta fesyen yang melingkari tubuh mereka. Cuba lu orang perhatikan zaman sekarang, camne budak2 perempuan berfesyen. Gua cuma nak bagi beberapa contoh sahaja yang dapat gua perhatikan. First, budak2 yang boleh dikatakan kaya hasil duit bapak mereka. Budak2 ni berfesyen agak musykil pada pandangan gua. Ada yang kadang2 tu pakai heels tinggi melambung sehingga menimbulkan ketidakstabilan emosi dan badan, ada yang pakai lipstik terlebih sehingga dah x pasti tu lipstik ke wáter color yang terpercik, dan ade gak yang jenis pakai fesyen mak2 datin dalam tv2 dan tv1. Aduyaiiiiii makcikkkkk, apekes nak pakai sume2 tu time masih keremajaan ni. Tu yg kadang2 kalau gi kedai ngan mak tu, cashier akan tanya kat mak lu orang, “ni kakak puan ke?” aduyaiii. Gua tau lu orang banyak duit, tapi beli la baju2 yang keremajaan sket. Lagi satu, handbag tu xyah la yang jenis besar2 pastu kulit asli pastu jenama mewah2. Gua cuma nak bagitahu je, nanti kalau lu orang dah dapat first salary as a worker, lu orang nak beli ape ngan duit tu. Mesti tatau nak guna, sebab sume mende jenama mewah lu orang dah beli time kecik2. Dah xde nikmat gaji tu. Pastu time pergi keje, lu orang nak pakai baju camne? Nak pakai macam orang dewasa yang pergi kerja sekarang? Haram la sebab lu orang dah pakai semua time keremajaan dulu2. Gua sarankan lu orang pakai balik baju style baby anakku dan sebagainya. Gua dah cakap, “Dont get matured too early. It is not cool.”

Secondly, gua nak berbicara pasal masalah2 dunia pulak. Kali ni, merangkumi semua peringkat umur. Takde sape yang terkecuali kecuali yang dikecualikan. Gua nak start dengan budak2 kindie. Bukan indie, tapi kindie, sejenis perkataan gua sendiri yang bermaksud kindergarten. Gua xnak cakap banyak, tapi diorang ni time kecik2 ni, ape kata belajar nyanyi lagu tiga kupang ke, njet njet semot, bapaku pulang dari kota dan sebagainya. Paling teruk pon, layanlah lagu2 senario ke. Ambil contoh Imraan Azhar, seorang pelajar dari USIM. Beliau masih menyanyikan lagu2 senario sehinggalah umurnya di tahap ini. Janganlah terlalu nak layan sangat lagu2 justin bibir, justin timberlake ataupun justin dari kumpulan Amuk. Yang lagi teruk layan Metallica. Boleh layan, tapi janganlah sampai tatau langsung pasal lagu2 rakyat terutama lagu rakyat terengganu nyanyian Dzafri Shahimi atau nama FB nye, taukey kambing. Nnti bila besar nak xkan nak nyanyikan lagu justin bibir kat anak2. “Dont get matured too early. It is not cool.”

Seterusnya, meh berbicara pasal dak2 primary lak a.k.a sekolah kebangsaan. Gua cuma nak sarankan, jangan jadi genius awal sangat. Boring. Time kecik2 ni, ape kata lu orang layan lu aktiviti2 kemasyarakatan bagi dak2 sekolah kebangsaan. Kalau ade subjek pendidikan seni kat sekolah, pastu work tu submit esok atau minggu depan ke, pastikan lu orang wat sendiri dan enjoy kerja lu orang tu. Jangan memandai nak submit work yang gune photoshop. Haram tol, kecik2 dah advanced semacam pe citer. Gua pon x expert lagi gune photoshop tu, lu orang leh wat maen2 lak time pendidikan seni. Pastu, kalau subjek pendidikan jasmani, pastikan join. Jangan join subjek pendidikan jasmani mengikut citarasa psp ataupon gameboy. Nnti korang dah tua, nak ikat kasut sukan pon xde mase. Pastu kalau cekgu ajar subjek sains pastu bagitau planet ade sembilan semuanya, angguk je. Jangan nak lawan cikgu pastu kata saintis NASA telah menjumpai planet asing ke-52. Gua tau lu bace berita harian, tapi jangan tunjuk genius sangat muda2 ni. Boring. Dan xde faedah pon sebenarnye. Macam gua kate, “Dont get matured too early. It is not cool.”
Remaja zaman sekarang la yang paling ketara nak matured awal. Pekejadah kalau matured awal pon. Leh jadi hensem macam member2 gua yang gambarnya dipaparkan di skrin belah kiri ni ke? member2 gua ni hensem sebab masing2 mengikut citarasa masing2 selari dengan usia masing2. X perlu kejar perkara yang kita memang akan dapat suatu hari nanti. Sebagai contoh, jangan cuba lari daripada member2. Maksud gua, jangan bersendirian. X cool sangat. Member2 la kenangan untuk zaman remaja. Pastu kalau ade aktiviti2 yang gila2 seperti membakar bunga api di sekolah, memanjat pagar untuk pergi menonton bola, mahupun yang lebih gila seperti bermain kejar2 ngan anjing ataupun pemandu tren ktm, ikut je. Terbaekk kot sume tu. Jangan bagi alasan, “pe la wat sume ni, x matured langsung”. Haram, lu x fun, salahkan manusia lain.
Pastu, yang ni bersifat moral r sket. Gua cuma observe awek2 romantis dan mat2 jambu sekarang ni. Kalau dating, wajib pegang2 tangan, laga2 pipi, usap jerawat mat jambu, dan macam2 lagi. Gua cuma nak bagitau lu orang dari sudut pemikiran logic thinking. Nnti time lu orang kahwin, cuba bagitau gua perbezaan antara kahwin ngan x kahwin. Gua x nampak ade beza melainkan lu orang dapat duduk serumah tanpa perlu risau ustaz2 datang wat serbuan. Pastu bagi awek2 romantis, time2 kuar ngan mat2 jambu, abes satu tubuh badan mat jambu dah merasa. Pastu tukar lak mat jambu laen esoknya. Nanti pe speciality untuk laki lu orang ? gua tatau. Dodol utopia pun tatau. Lagi laa syed afiful. Dia lagi tatau. Weh, mase2 untuk ni sume ade nanti. Xyah nak melangkaui masa awal sangat. Time2 sekarang ni, pe kata lu orang layan tgok bola kat mamak ngan member2 malam sampai subuh. X pon men game sampai pagi. T dah kahwin xleh kuar rumah dah. Macam gua kate, “Dont get matured too early. It is not cool.”

Untuk lelaki, smoke x cool la derr. Umur 19 bibir dah hitam pe cer. Nak jadik nigger pon agak2 r. banyak care laen. Smoke pun x nampak lu orang ni matured sangat. Pastu untuk perempuan, jangan piker banyak sangat masalah dunia. Nnti kahwin nak wat kat mane, berape orang nak jemput, makanan nak catering ke masak sendiri, kerusi nak guna syarikat ah leng punye ke syarikat puvaneswaran punye. Baeklah lu orang layan cerekarama melayu ke, cter2 jepun korea ke, x pun astro ceria. Lagi menarek. Pastu kalau boleh, xyah la keje nak mncari gadoh ngan berhasad dengki je sesame insan. X cool la. Sebab nanti time keje lagilah hasad dengki ni ade kat mane2. Sebab time tu sape2 ade duet, dia yang akan berkuasa. Jadi pergaduhan x dapat dielakkan. Sebab tu gua cakap, “Dont get matured too early. It is not cool.”
Banyak lagi hal2 dunia yang gua boleh kupas sebenarnye. Tapi nanti entry ni akan jadi panjang berjela sampaikan yang dapat habis membacanya hanyalah gua seorang. Tapi papepun, lu orang akan dipandang cool dan direspek kalau lu orang matured dalam hal ni. Iaitu hal agame. Lagi cepat lu matured, lagi power lu orang. Lagi tinggi orang respek lu, lagi rendah diri lu orang. Yang ni xpe, sebab bile lu orang matured bab agame, yang laen lu orang wat x jadik masalah kat orang laen. sekian, wassalam..

Sunday, November 28, 2010

pagi petang malam......

ASSALAMUALAIKUM

kisah cempaka(bukan nama sebenar,juga bukan merujuk kepada nama bunga) ini adalah olahan dari kisah benar....50% kisah benar....30% dioalah...20% penipuan tegar

"huh, huh....cilake punye lipan siber"kata cempaka seorang diri tatkala beliau tersedar dari tidurnya...gua rasekan beliau bermimpi menjadi seorang pahlawan melayu yg disedut ke dalam portal jalur lebar dan terpaksa bertarung dgn virus lipan siber....gua rase sahaja....cempaka gua lihat duduk di atas katil beliau yg beralaskan cadar berwarna kuning dan selimut warna biru muda...sambil cempaka mengurut2 dada menghilangkan rasa gemuruh, sebelah tangannya lagi memegang ridsect yg gua saspek sempat dicekau keluar dari mimpi...takot2 lipan siber datang menyerang kembali mungkin....tiba2 cempaka kaget, hilang seribu bahasa....hanya beberapa ratus bahasa sahaja yg tinggal...dia terlihat beberapa org rakannya melintas laju seperti lipas kudung di hadapan bilik...dan berbaju melayu kain pelikat cap gajah dudok...part berbaju melayu tu yg buat dia gementar...cempaka lantas bingkas bangun dari katilnya, dan terus terlihat kawannya, apek yg masuk ke dalam bilik dgn berbaju melayu..."apek, lu dari mane ni pakai baju melayu?"cempaka bertanya sambil matanya terkebil2....apek terus menjawab soalan itu tanpa berfikir panjang...."cilake lu cempaka, baru bangun tido agak?org semua baru lepas abes smayang suboh la gile"...cempaka terdiam...kini dia kaget bukan takat hilang seratus lebih bahasa, tapi sampai semua kosa kata dan teke silang kata hilang skali....dia bukan takut kene marah warden, bukan pasal tetinggal sarapan nasi lemak hari ahad...tapi dia telah tertinggal solat subuh...jiwanya yg telah terdidik dan diasuh dgn ajaran agam yg kuat dan kukuh kini bagai direntap hebat...dilihatnya jam pada dinding, terus mulutnya mencarut bagai orang hilang ingatan.."BAGAI ORANG HILANG INGATAN!!!"jerit cempaka....jam menunjukkan tepat pukol 7...cempaka tinggal sembahyang subuh....perkataan itu bagai terngiang2 dalam telinganya, tanpa dia sedari, apek sebenarnya yg membisikkan perkataan itu di sebelahnya...cempaka terus berlari ke bilik basuh....

di bilik basuh, cempaka mengambil wudhu' dgn penuh tertib tapi gelabah....solat subuh lambat merupakan rutin paling rare lagi pelik untuk cempaka lakukan...apatah lagi tinggal solat subuh...."org kafir takut melihat akan org Islam solat subuh berjemaah", tiba2 speaker bilik pengumuman melaungkan kata2 itu..."ahhhh,maafkan aku...maafkan aku...aku tak sengaja"teriak cempaka sambil menghentak2 berus basuh pada baju kotor di atas sinki yg masih tidak diketahui siapa tuannya....cempaka amat menyesali akan keterlanjurannya pada hari itu....

cempaka mengatur langkah ke bilik...tetapi langkahnya kali ini amat berhati2...takut2 ada org yg ternampak akan sikap bizarre beliau itu...setibanya di bilik, cempaka menghamparkan kain pelikat budak katil sebelah untuk dijadikan umpama hamparan sejadah....gua berazam ini akan menjadi kali pertama dan terakhir gua sodorm...cempaka berazam dalam dirinya sebelum mengangkat takbiratul'ula.....solatnya ditunaikan sekhusyuk yg mungkin, tetapi juga sepantas yg mungkin...takot2 ada org perasan...selesai memberi salam, cempaka kembali duduk ke tempat tidurnya....

kini, dia tidak tidur...dia bertafakur...berfikir akan betapa besarnya dosa yg telah dirinya lakukan....dulu masa form 1, ada senior2 yg tolong jaga....walaupn susah dan annoying, tapi dia rasakan solat dan peribadinya terjaga....masa form2 pun tidak jauh bezanya...tetapi tatkala melangkah form3, dirinya dilepaskan tanpa sebarang penjaga..senior2 pun tak brape nak amek port...ada rakan2 yg mula terpesong, tetapi dia tetap cuba untuk terus di landasan sepertimana ketika zaman f1 dan f2....dia masih mampu...kini tika form4, cempaka masih terus bertahan, namun pada hari ini...dia telah tertinggal solat subuh....tiba2 dirasakan air yg panas mengalir menuruni pipinya...dirinya menangis tanpa langsung dia sedari....inilah yg dipanggil air mata keinsafan....cempaka mengesat air itu, dan terus bertafakur...

kira2 2 minit sdg cempaka berfikir, matanya terpandang akan rakannya yg kini merupakan kembar bekas pengarah pendidikan...alimuddin...alimuddin hanya bertuala ketika itu, dan berjalan sambil mengenakan butang baju melayu....otak cempak yg sudah agak lama tidak berfungsi kini mula berputar...memainkan kembali segala persoalan yg berlaku dalam dirinya pada hari itu...."alim, ko nak pegi mane ni tetibe pakai baju melayu?"soal cempaka....alim menjawab tanpa banyak pikir"smbayang maghrib derr...da dekat 7 suku da nih...yg ko pakai t-shirt je pahal? nak kene poke ngan warden,smayang maghrib pkai t-shrt?"......skarang kita berpindah pada pandangan sisi apek pula....

*pandangan sisi apek.....
apek: apa yg gua sempat lihat adalah wajah cempaka memegang dumbbell , sebelom semuanya bertukar menjadi gelap gelita.....


gua pernah dengar org cakap....sape tido mase asar, akan mewarisi kegilaan....gua percaya...tapi gua pun pernah dengar, sape main2kan org yg baru bangon tido mase asar, ada potensi kene blasah smpai gile...yg ni pn gua pecaye

Wednesday, November 17, 2010

pesan orang tua

assalamualaikum

hari ni merupakan hari raya eidul adha. salam hari raya gua ucapkan mewakili kru produksi lauk pauk kehidupan dan juga fanz lauk pauk kehidupan, "LAUKS". semoga raya haji kali ni lebih bermakna terutama kepada mereka yang sedang menunaikan haji di tanah suci. juga diucapkan selamat berjaya dan chaiyok kepada warga2 sijil pening minda, SPM yang akan memulakan ekspedisi menuju puncak pada minggu hadapan. di kesempatan ini juga, gua ingin mengucapkan selamat bercuti kepada adik2 di bangku sekolah yang baru memulakan cuti persekolahan. juga kepada cikgu2 yang x terlibat dengan SPM yang juga akan memulakan cuti sepertimana adik2 sekolah yang bercuti. sebelum gua terlupa, SPM ada hubung kait jugak dengan STPM, dari segi masa peperiksaan. juga selamat berjaya gua ucapkan kepada mamat2 n minah2 yang akan amek STPM. x lupa juga, gua ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi syabas kepada adik2 senior sekolah rendah yang dapat result gempak time UPSR. kalau apply untuk gi sbp tuh, pastikan tick sekolah sains macam gua buat. sebab nnti lu akan dapat smap labu, macam gua dapat. tapi lagi bagus kalau lu orang tick sekolah agama, sebab gerenti masuk smap labu, macam member2 gua buat. senang citer baek lu orang masuk smap labu, sebab end up tules blog macam ni, macam gua tengah buat.

baeklah, gua senanye nak sentuh sket pasal peristiwa yang berlaku sekarang ni iaitu cuti sekolah akhir tahun. biaselah, asal nak cuti je, sume pelajar2 sekolah akan semangat. lagi2 pelajar2 yang duduk sekolah asrama, macam gua dulu2. semangat kot nak balik ni. kalau bebudak perempuan tu, beg akan di-pack sebulan sebelum cuti, menandakan semangat yang tinggi dan azam yang jitu. kalau bebudak lelaki yang senior sket, sume tengah pikir hari last nak gi lepak mane. terminal one ke seremban parade. ke dataran seremban. ataupun kedai mamak tempat faeez halim, hanis zakwan dan mustakim mazlan tengok bola time mereka mula2 fly. xpon tengah pikir nak tido ke x malam tu. bagi dak2 laen lak, sume tengah open makanan. menghabiskan makanan2 yang ade. time ni la kite dapat tengok sape yang kedekut, sebab selalunye sape yang kedekut tu la makanan die paling banyak, sebab selame ni die makan sorang. jadi sebagai rumusan, malam last kat sekolah semua akan bz, termasuklah mesin basuh dan tv. dan laptop kat bilik gerakan. dan pendrive dan external yang nak copy movie. dan lampu2 bilik yang terpakse bernyale hingga ke pagi sebab xde light off. dan yang paling penting, percussion yang ditinggalkan kat syukbah musolla yang akan diketuk smpai subuh.

esoknya, pagi2 lagi bebudak perempuan akan ramai2 dah lepak kat dataran. tunggu bas datang. bawak beg besar2. teddy bear besar2. yang ade bawak bantal spare sume pegang kat tangan sebab x muat masuk beg. yang dapat muat masukkan bantal dalam beg adalah bantal2 yang kene tiup pakai mulut untuk mengembungkannya. ade jugak yang kene tiup pakai pam basikal. budak2 laki pulak akan turun lewat sket, sebab lepas subuh baru nak start packing barang. sebab tu kes ampaian masih penuh walaupon cuti terjadi, sebab x ingat baju2 yang tengah kene jemur kat ampaian. pastu bas2 sekolah serta bas2 kilang yang gedebak pulak sampai. pastu wat gangster parking kat dataran. bas untuk ke johor pula bernama bas catar, dinaiki oleh najmuddin "manap" moskori suatu ketika dahulu. dan juga ammar "elmo" hakim. bile bas2 ni start parking sume, budak2 sume teruja pastu konon2 men cop2 sape dapat bas paling best n sape dapat bas catar. haram tol. bile diumum bas paling best untuk negeri 'itu', seluruh pelajar negeri tu bersorak. termasuk la rakyat2 negeri tu yang berada di negeri itu. negeri tu jugak akan ambil cuti peristiwa untuk meraikan kejayaan tu. betapa hebatnya penangan bas tercantik.

sebelum naik bas, akan ade sape2 sahaja yang akan buat ucapan, samada kat darul qiadah atau mercu tanda. sape2 ini ialah orang2 yang berpangkat di sekolah, seperti pengetua, hem atau warden. ucapan ini diberi bertujuan untuk mengingatkan pelajar2 akan kehebatan pemandu2 bas dan keselamatan yang perlu diambil semasa bas berhenti untuk berehat di r&r. dan disebabkan gua dah 5 tahun melalui perkara yang sama, gua dah berjaya simpulkan ucapan kelima-lima tahun itu untuk menjadi satu. dan gua gelarkan ucapan ini sebagai 'pesan orang tua'...

"baeklah, hari ni lu orang sume akan pulang ke kampung. seperti biase, sampaikan salam kepada keluarga masing2 daripada gua. gua sebenarnye berhajat nak datang setiap rumah untuk bagi salam, tapi gua ade masalah pada pemanduan jarak jauh. nak naek flight, rumah lu orang bukan la sebelah airport. jadi ni je la gua mampu.

hari ni,gua sediakan bas2 untuk lu orang pulang. pastikan lu orang x tersalah bas. pertama sekali, periksa no plat bas dan padankan dengan silang kata yang telah gua bekalkan. jika lu orang berjaya menyelesaikan silang kata itu, lu orang akan menjumpai kod2 untuk mengetahui no plat bas masing2. selepas itu, sila pastikan bahawa lu orang mengenali serba sedikit pemandu bas. ambil no telefon beliau untuk memastikan sebarang pertanyaan senang diajukan. kalau boleh, periksa sedikit latar belakang keluarga beliau. cyber cafe akan dibuka untuk membolehkan lu orang semua periksa profile facebook pemandu bas untuk mengetahui asal usul mereka. kalau pemandu bas itu bekas banduan atau penjenayah, sila laporkan kepada admin.

seterusnya, bagi memastikan kelancaran perjalanan, periksa kondisi bas. cek angin dalam tayar. pastikan signal dan wiper berfungsi dengan cemerlang. kalau boleh, tukar minyak hitam bas. periksa keadaan enjin. pastikan bas menggunakan enjin mengikut spesifikasi yang ditetapkan jpj. kalau mampu, pastikan langsir bas ditukar. dan juga sarung kusyen. ini bagi mengelak sebarang jangkitan bakteria. kalau tidak cukup budget, sembur dengan semburan fabreeze sudah memadai.

terakhir sekali, sebelum menaiki bas, periksa dan kira bilangan anak tangga bas. pastikan kaki melangkah betul2 mengikut bilangan anak tangga bas. jangan ade yang terlebih atau terkurang. sebelum duduk, periksa no tempat duduk. borang tempat duduk bas boleh didapati di bawah tempat duduk bas. di dalam borang itu, terselit gambar pelajar yang berhak dan layak menduduki tempat duduk itu. dan juga yang paling penting, pastikan anda bercakap menggunakan loghat yang betul. dilarang sama sekali bercakap loghat kedah ketika menaiki bas untuk ke kelantan. anda mungkin dikenanakan tindakan tatatertib oleh pemandu bas."

setelah sesi ucapan selesai, semboyan akan dibunyikan. bas2 pon berlalu pergi. pelajar2 dalam bas akan melambai rakan2 yang lain yang x naek bas, seperti rakan2 yang pulang ke kl dan negeri sembilan. serta sarawak seperti zubair mustaffa. demikian satu coretan peristiwa terpenting dalam kalendar sekolah. sekian, majulah bas untuk negara. salam..

Saturday, November 6, 2010

rakyat menggigil

ASSALAMUALAIKUM

"rakyat seakan menggigil menantikan kemunculan suatu fenomena yang bakal melanda Malaysia. bermula dari bayi seawal usia 1 hari sehinggalah warga tua yang sudah berusia lebih 80-an, semuanya tidak sabar2 untuk menantikan buah tangan daripada usaha DDR iaitu filem 2 alam." -kosmo-

gua nak kabo awal2, filem ni wajib tonton oleh sume rakyat malaysia. bukan gua kabo, dr rozmey kabo. sape2 dok tonton, adalah akibatnya. sebab ni wajib tonton. diulangi, wajib tonton. sape2 yang zaman mude2 dulu, asal time outing je mesti nak g cinema kat terminal one tuh, memang wajib tonton filem ni di cinema berhampiran anda. especially kepada bakhtiar @ ayol, zamir zunaidi, dan rakan2 lain yang seangkatan dan sering mengunjungi cinema terminal one. dr rozmey juga dengar khabar nye akan membuka tayangan kat mesir, khusus untuk ahmad syafiq hasan menonton. untuk pengetahuan, ahmad syafiq terkenal dengan keupayaannya menonton 4 filem satu hari di cinema terminal one.

satu-satunya filem dalam dunia yang meletakkan muka penerbit di poster utama.


p/s : sape2 yang betul2 tonton, gua salut. siyes kabo, gua salut.

inilah yg dipanggil lauk-pauk kehidupan....

 ASSALAMUALAIKUM

"tweet tweet"....gua menekan kunci kawalan jauh kereta kancil yg gua pinjam setelah beberapa langkah meninggalkan tapak letak kereta di tepi jalan...sambil berjalan sambil gua berharap agar kereta gua tak kene saman sebab tiket parking gua cume bole gune area batu pahat je,area kota kinabalu nih jarang2 gua buat port....malam itu sungguh meriah, lampu2 bergemerlapan menyinari setiap garis tekstur pejalan kaki....pelbagai ragam org di sini....yg berjalan berdua-duaan, bergelak ketawa bersama rakan2,mahupn bersiar2 mengambil angin malam bersama keluarga masing2....sambil tersengih sendiri, gua majukan diri menuju pusat lepak yg bagaikan tiada penghujung...kedai makan munawer

kedai makan munawer memang antara port lepak paleng legend pernah gua temui dlm muka bumi ni...tak kire siang, mahupn malam,lu org boleh order ape sahaje yg lu org inginkan....lu nak makan puding kastard sebagai sarapan pagi? silakan....lu nak makan roti sardin kuah banjer+teh tarik sarbat? silakan jua....segalanya ada di sini....asalkan lu org ade duet yg cukop, lu selamat....

gua sebagai seorang kaki lepak sejati ade gaye gua sendiri....gua rasekan perbuatan lepak kedai makan, layan bola lime-nam game tapi order teh tarik satu gelas merupakan perbuatan yg tidak bermoral....boleh mengurangkan daya kesabaran tokey kedai....oleh itu, gua sendiri mengamalkan order yg pelbagai jenis ketika lepak.....nasi puteh+kangkung goreng belacan+daging masak kicap adelah menu gua paleng simple kalo layan gem johor FC malam2...tapi malam ni gua nak buat provokasi terhadap diri gua sniri.....gua tambah lagi juta2 lauk pauk....ikan kerapu masak tiga rasa, cendawan goreng tepong, dan tak lupe brokoli rebus cecah air asam....byk lagi sbnarnye yg gua order,tapi gua rase tak perlulah gua statekan sgalenye di sini.....bukan makanan yg gua order subjek vitalis....

selesai gua order, gua menyelukkan tangan gua ke poket kanan...."merokok membahayakan kesihatan"gua membaca pada kotak rokok yg baru sahaja gua beli tadi....'ak tau la...pasal tu ak beli nak buang kat tong sampah je'lantas gua membuat balingan ke belakang tanpa menoleh sedikitpun....tak semena-mena seorang pekerja menyambut balingan gua tadi menggunakan tong sampah di tgn beliau....sambil tersenyum,gua membaling tips RM10 kepada mamat tersebut sbagai penghargaan....dengan tak semena2 juga ramai org keliling gua mencapai tong sampah lalu mengerling ke arah gua dgn pandangan tajam....gua menundukkan pandangan ke bawah meja, bermain tolak tarik nset slide gua....malas gua nak layan budak2 metropolitan yg terdidik dgn nafsu serakah materialistik....

sambil bermain nset, kadang2 gua mengalihkan anak mata gua ke meja sekeliling gua....gua dapati malam nih port pacek munawer dipenohi famili2....4 meja keliling gua je gua saspek famili2....cume gua sorang je yg lepak sorang2 kat meja yg boleh lepak ntok patblas org...tapi gua kool, senyap2 sudah....sedang itu jugalah kelibat lime hingga enam org pelayan lelaki yg berpakaian segak serba putih mula berjalan mendekati meja sebelah gua...dengan berdulang-dulang makanan dibahu masing2, konsentrasi mereka kelihatan tertumpu sepenuhnya pada beban di bahu mereka...tidak langsung dilayan kenyitan mata gua.

sudah dekat setengah hari gua menunggu makanan yg gua pesan untuk menerjah meja gua, tetapi jeritan batin gua seperti tak kunjung tiba..ingin sahaja dibentak2 keras si penjaga mesin kira-kira..tapi, mengenang didikan di smap dahulu, gua tahu gua perlu banyak bersabar...bukan selalu diuji di kedai makan...lagipun, brader2 reggae slalu pesan, jgn marah2 depan makanan...ape lagi depan awek baru lepas tekel....fuhh,sekali helaan nafas mungkin sudah cukop untok meredakan kemarahan....

sambil menunggu inilah saat yg gua cukup suka untuk mengaplikasikan skill melihat dan mentafsir gua terhadap segala perkara yg berlaku di keliling....kucing berkata2? pokok menari riang? mahupun lalat terbang bebas......ini merupakan antara perkara yg selalu gua tafsirkan tatkala terlibat dalam senario di kedai makan....dan di sini, gua nak tarek perhatian lu org semua terhadap situasi yg berikut.....

kadangkala, gua melihat akan ada segelintir pihak yg mana, sekilas lidahnya merasa makanan yg terhidang, sekilas itu jugalah mulutnya menghamburkan kata-kata kesat...TAK SEDAP!!! ini tidak kesat ya...cume gua malas nak bagi ekspresi cilaka di sini, takot kanak-kanak tadika taman melati terpengaroh...itu merupakan sikap satu pihak...ade satu pihak pula yang tatkala merasa makanan yg sama tidak sedap seperti pihak pertama tadi, dipanggil dengan cara yg sopan dan berhemah akan pelayan kedai makanan tersebut, membuat komplen dgn tertib dan senang mata memandang...sekarang, mari kita berfikir sejenak mengenai dua perkara yg berlaku di kedai makan ini....

bila kita lihat kembali kejadian tersebut, ianya tidak ubah seperti hidup kita sendiri...bayangkan kita sedang duduk menghadap makanan dan pelbagai lauk-pauk....dan lauk-pauk itu adalah segala perkara yg berlaku dalam kehidupan kita seharian, yg mana ada sedap dan ada tak sedap...ada lauk yg cukup masam manisnya, ada pula yg kurang gula menjadikanya kurang enak, ade yg terlalu pedas membuatkan kita kadang2 melenting menggila tak tentu pasal, dan ada juga yg tidak ada rasa apa2 lantas membuatkan kita buntu sebentar kita tgh makan ayam goreng ataupn biskut wheatmeal keluaran danone...bila kita mengaplikasi akan senario yg berlaku di kedai makan tadi dengan perbincangan kita tentang lauk pauk adalah umpama satu perjalanan kehirupan, kita melihat akan ada individu yg marah2 tatkala merasakan makanannya jahanam tak sedap, ataupn dalam kata kasar, hanya layak dimakan oleh kupu-kupu pemangsa, manakala wujud juga individu yg bersabar melayan karenah makanannya yg tak berapa nak sedap....makanan yg tak sedap tu gua ibaratkan macam ujian yg diturunkan oleh ALLAH kepada kita semua....dalam kondisi sehari-hari yg normal, kita biasanya hanya akan bersyukur dan memuji tatkala menerima nikmat....tetapi bila diberikan ujian?? maka sekarang gua beri lu orang hak memilih dan hak berfikir....jangan menafikan akal lu org untuk berfikir....mana satu bagos? jawapan simpan maseng2...

sekarang kita beralih daripada kisah individu yg memakan kepada lauk-pauk yg dimakan .....macam yg gua dah petik awal2 tadi dalam perenggan atas, lauk-pauk ni macam....lu bace balek, gua malas nak ulang banyak2....semua org nak makan bende sedap, maksodnye semua org nak bende bes....jadik, bende tak bes ape macam? takde2...memandangkan lauk-pauk dah terhidang, lu kene makan jugak...tapi jangan banyak bunyik...makan dengan sopan, terima seadanya....dan kalau nak mintak tukar, mintaklah dgn baek...semua ni dibandingkan seperti sekiranya kita ditimpa musibah, maka berdoalah kepada ALLAH dengan baik dan tertib untuk kebaikan...bukan dgn cara marah tak tentu hala...gua tak hebat macam ustaz nak cerita bende2 camni, tapi takat merepek siket2 camni bole la....

maka selepas tamat sehari gua menunggu makanan yg gua order, tetapi tetap tidak sampai2, maka gua pun mengangkat kaki melabuhkan tirai sehari di kedai makan munawer...gua rasakan ilmu yg gua dapat di kedai makan tersebut untuk hari ini sudah cukup bagos dibandingkan dgn makanan2 yg gua order sehari lepas...tapi jgn lupa, ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah....maka jauhi dari tabiat menanam tumbuhan tidak berbuah...chow

*gua dapat rasakan, lauk-pauk kehidupan gua yg paleng sedap adelah zaman gua idop kat smapl bersama2 xtrovert92.....tapi sayangnya lauk-pauk tu dah pon abes gua makan dengan lu org semua bersama2....sape suro gelojoh makan